Perjalanan Akhir Seorang Hamba

(Entry ini di dedikasikan buat Kak Aizah Mustakim yang berada di Jordan.  Juga buat sahabat-sahabat yang ingin mengetahui.  Kak Aizah meminta saya bercerita detik-detik ketibaan jenazah Ustaz Arman di Kota Bharu dan perjalanan  akhirnya. )

13 Disember 2009

Petang Ahad, saya dan suami ke pejabat al-Quds Travel.  Kami bersetuju mengambil pakej ke Beijing yang ditawarkan al-Quds sempena ulangtahun syarikat ke 10.  Selepas berbual seketika dengan staf al-Quds, Ustaz Wan Zamri tiba.

Kami bertukar maklumat mengenai jadual penerbangan jenazah Ustaz Arman.   Ustaz Wan Zamri pantas meneliti  di skrin komputer mengenai penerbangan Amman- Kuala Lumpur pada keesokan hari.  Dia turut menghubungi Kedutaan Malaysia di Jordan.  Kami sangat menghargai kerjasama yang diberikan walaupun tanpa dipinta.  Sekurang-kurangnya kami mendapat maklumat yang lebih tepat. 

Antara ciri yang baik dalam bersahabat ialah yang memberi atau menawarkan pertolongan sebelum diminta oleh sahabatnya yang lain. Continue reading “Perjalanan Akhir Seorang Hamba”

Advertisements