Isu Manohara: Rebut Sahaja Gadis/Wanita Solehah

Manohara menantu Sultan Kelantan itu mengambil tempat lagi di media cetak dan media maya. Para blogger pun ada yang berminat menyiarkan berita-berita mengenainya. Saya kira ia hanya membazir masa dan ruang ‘bertumah’ (bertungkus – lumus) mengenainya. Ia adalah isu rumahtangga seseorang. Biarlah mereka selesaikan sendiri masalah mereka menurut lunas undang-undang yang ada. Nabi s.a.w memberi panduan kepada kita,

Salah satu tanda kebaikan seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya

Berita Harian dan Utusan juga telah melaporkan bahawa pihak istana Kelantan telah memutuskan isu ‘Manohara’ adalah isu peribadi suami isteri berkenaan. Berikut merupakan petikan dari Utusan Malaysia Online,

Kes Manohara perlu ikut perundangan

KOTA BHARU 3 Jun – Istana Kelantan hari ini menegaskan isu ‘Manohara’ merupakan urusan peribadi suami isteri yang perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Ini merupakan kenyataan pertama pihak istana yang diedarkan kepada media oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad sejak isu itu tercetus April lalu.


Akhir kata, buat renungan semula, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan mengenai kriteria isteri pilihan:

Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini; kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka REBUTlah kerana agamanya. Justeru itu akan beruntunglah kedua2 tanganmu.”

Hadis dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

Perkataan REBUT yang saya HURUF BESARkan di dalam hadis di atas biasanya diterjemahkan dengan perkataan PILIH. Namun kalimah yang lebih tepat dengan lafaz ‘Fazfar’ (dalam Bahasa Arab) ialah REBUT. Nabi s.a.w bukan suruh pilih-pilih sama ada mahu cantik dulu atau kaya dulu atau berkedudukan tinggi dulu, bahkan Nabi s.a.w menganjurkan agar berebut jika terdapat mana-mana gadis/wanita yang beragama. Jika kebetulan wanita solehah itu memiliki salah satu atau mana-mana ciri dari 3 sifat duniawi itu, maka ia mungkin bonus atau mungkin juga menjadi ujian. Bergantung sejauh mana ia menambah iman dan taqwa di hati suami.

Untuk memiliki isteri solehah, lelaki perlu berusaha menjadi soleh terlebih dahulu. Begitu jualah sebaliknya. Ini janji Allah yang pernah mengatakan dalam surah al-Nur, ayat 26,

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. (sebaliknya) Perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan kurniaan yang mulia.

Wallahua’lam.


Ummu Abbas
4.55pm
10 Jamadil Akhir 1430H

4 thoughts on “Isu Manohara: Rebut Sahaja Gadis/Wanita Solehah

Add yours

  1. Salam,

    alangkah baiknya jika berita harian dan utusan dan tv berpendirian begitu juga dalam masalah rumahtangga ustaz akil.

  2. Betul cikli. Bukan isu Manohara dan Ustaz Akil sahaja, bahkan semua artis atau sesiapa sahaja. Ia isu peribadi yang tidak perlu ditonjolkan secara ghairah begitu. Rakyat Malaysia diajar menghabiskan masa membaca perkara yang tidak penting.

    Isu murtad, ISA, PPSMI, pengangguran, pemimpin ‘belantara’ (yang tidak menghormati undang-undang) dan banyak lagi isu-isu penting lebih patut diberi tempat secara serius sehingga ‘kanser’ ummah tersebut benar-benar menemui penawarnya.

    Akhbar dan konsep pemberitaan hari ini lebih cenderung kepada ‘ghibah’ (fitnah). Sepatutnya mereka berfikir panjang sebelum menulis dan menyebarkan sesuatu, apakah hasil tuaian yang mereka akan kutip di akhirat kelak.

    Ya Allah, pimpinlah kami ke jalanMu!

  3. bt0l tu..
    laki2 yg baek tuk p0mpuan yg baek..
    pmpuan2 yg baek tul laki2 yg baek..
    sm0ge kite dijauhkan dr d0se,fitnah dan maksiat..

  4. kedua pihak buat lah cara terbaik untuk menyelasaikan masalah ini.
    kami rakyat jelata mahu kes ini diselesaikan dengan cara terbaik.
    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: