Penulis

Bismillah

Penulis berlatar belakang Milford Sound, Fiordland, the south west of
New Zealand’s South Island

Penulis

MAKLUMAN:

Lembaran Pengalaman

Coretan 23 Rabiul Awwal 1442/ 9 Nov 2020

Lebih kurang setahun jugalah saya tidak dapat masuk blog sayangIslam.com sebab terlupa password. Bila saya minta password baru, saya tidak terima email dari admin WordPress (WP). Alahai, rupa-rupanya saya tersalah masukkan alamat email.

Pada May 2020, saya terima email ugutan dari scammer yang mengatakan dia tahu password blog ini. Saya tengok email tersebut kira-kira 3 bulan selepasnya iaitu sekitar bulan Ogos 2020. Saya cuba guna password tersebut namun ditolak WP.

3 hari lepas saya sudah bersedia untuk bye-bye blog ini kerana tempoh bayaran domain hampir habis, namun entah kenapa, saya cuba log in lagi dengan password yang scammer pernah beri melalui email, alhamdulillah, tanpa disangka berjaya masuk semula.

Sudah ada peringatan dari WP supaya saya renew bayaran. Ada 16 hari lagi akan habis tempoh sewa domain sayangIslam.com. Petang kemarin, alhamdulillah, berjaya buat bayaran untuk sambung kembali hayat blog ini. Terima kasih ya Allah SWT atas keizinanMu!

Oleh sebab-sebab yang dinyatakan di atas, saya memohon banyak kemaafan daripada mereka yang meninggalkan persoalan di ruang komen sepanjang tempoh tersebut. In syaa Allah, saya cuba respon mana yang termampu.

Wassalam.

Wan Nor Ainon Wan Abdullah

Anak ke 6 dari 9 adik-beradik kepada Wan Abdullah bin Wan Ahmad bin Wan Ali bin Wan Abbas bin Wan Alias.  Setakat itu sahaja tahu nama moyang.  

Menurut cerita Ma, Ma meminta nasihat dari anak sepupu Abah yang pandai Bahasa Arab untuk menamakan bayi perempuan yang baru lahir ini. 

Alkisahnya, anak sepupu Abah  mencadangkan nama ‘cahaya mata’ kepada bayi tersebut.  Ma dan Abah menerimanya.  Jadilah nama saya Wan Nor Ainon dalam ejaan Melayunya.  Kalau dalam ejaan dan lafaz Arab ia disebut Nurul Ain (نور العين).  

Menjadi tradisi Arab menisbahkan seseorang wanita bergelar ibu kepada nama anak lelaki sulung.  Tradisi itu turun temurun dari zaman jahiliyyah dan diguna pakai selepas fasa kedatangan Islam.  Ia tidak menjadi kesalahan pada syara’.  Bahkan tradisi Arab itu adalah untuk memberi penghormatan kepada wanita yang sudah bergelar ibu.  Oleh kerana saya pernah mendiami bumi Anbiya’@ tanah Arab serta bergaul dengan masyarakat Arab selama lebih kurang 5 tahun, saya berasa selesa mengambil gelaran sempena nama anak sulung, Ahmad Abbas Zainy.  Jadilah gelaran saya ‘Ummu Abbas’. 

Dua pupu yang berjasa memberikan nama baik kepada saya itu sekarang sudah berbesan pula dengan Abah dan Ma.  Hubungan kekeluargaan bertambah rapat.

Pengalaman Kerja


Pernah menjadi guru sementara di sekolah menengah kebangsaan dan Maahad Muhammadi Perempuan di Kelantan, juga pernah mengajar di Tahfiz Darul Furqan, Kg Padang Balang, Gombak.

Sekarang memilih untuk menjadi home manager, pendidik anak-anak, penulis, penceramah bebas, pernah menjadi pengedar buku sepenuh masa dengan membuka sebuah kedai buku {SABA Islamic Media, PTS, Al-Hidayah dll} sebelum mengikut suami ke Melbourne pada Ogos 2010 dan sukarelawan dalam masyarakat khususnya berkenaan hal ehwal wanita.   Pilihan ini sesuai dengan jiwa dan Allah telah memudahkan untuk menjadi seperti apa yang saya minat dan mahu.

Antara bangunan lama MMP tempat saya mendalami ilmu agama.

Pengalaman Belajar

Bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu.  Menyambung pelajaran di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri .  Sempat belajar selama 2 bulan, kemudian terbang ke Amman, Jordan.  Belajar di Fakulti Syariah, University of Jordan, Amman dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Alhamdulillah pulang ke tanah air pada tahun 1997.  Selepas berkahwin, sambung belajar lagi di Universiti Malaya di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama [pengkhususan Kehakiman Islam].   Alhamdulillah tamat pada tahun 2004. 

Sekarang, sedang mengintai peluang menyambung pelajaran di peringkat PhD.   Insya Allah, sekiranya ia baik untuk dunia dan akhirat saya, moga Allah lapangkan jalannya buat saya.


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ 

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Surah Ibrahim 14: 24

Contact Us
Kota Bharu, Kelantan 15100
Malaysia

81 thoughts on “Penulis

Add yours

  1. salam
    saya ada terbaca permasalahan muslimah diblog akak.bole saya dapat email atau apa saja yg membolehkan saya mhubungi muslimah?terima kasih ya kakak.moga allah merahmati kita semua.aminnn

  2. Assalamu’alaykum!

    Akak baru sahaja hubungi Muslimah untuk mendapatkan izin darinya. Akak akan maklumkan sebaik sahaja mendapat respon darinya. Terima kasih atas keprihatinan Fina.

  3. assalammualaikum ummuabbas,saya baru saja jadi pengikut blog ini.saya juga seorang surirumah,4 org anak(semua lelaki) dan sedang mencari2 blog yang berkisar tentang pendidikan anak2 dan pengalaman menjadi ibu.semoga sudi menjadi rakan berbual dan berbincang demi anak2 soleh yang kita sama2 impikan.

  4. assalmmualaikum ummu abbas,masih di malaysia atau sedang merantau di negara orang?

  5. Assalamualaikum.
    Salam perkenalan, saya minta maaf kerana tidak meminta izin terlebih dahulu kerana telah copy and paste sedikit apa yang dipaparkan diblog saudari ke blog saya. tujuan saya adalah untuk berkongsi dan mengembangkan lagi ilmu tersebut dengan rakan-rakan lain. Untuk pengetahuan saudari, saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blogger ni dan masih banyak yang perlu saya belajar. Tujuan blog saya adalah untuk berkongsi ilmu dan juga sebagai tempat berdakwah. Semoga saudari memaafkan kesilapan saya kerana ‘mencuri’ paparan blog saudari dan seterusnya memberi izin kepada saya untuk mengetengahkan isu-isu paparan saudari.

  6. Azie,

    Saya telah memberi izin melalui nota di sebelah artikel. Cuma diharapkan ukhti dapat sertakan rujukan link ini kerana saya bertanggungjawab penuh terhadap tulisan saya. Ia juga membantu para pembaca menghubungi penulis asal bila terdapat sebarang persoalan.

    Jazakillah atas perkongsian.

  7. Terima kasih atas kesudian perkongsian ilmu. InsyaALLAH saya akan masukkan link ini. Untuk pengetahuan saudari, saya akan berhijrah ke tanah arab tak lama lagi. Saya sangat berharap agar tujuan penghijrahan ini untuk mendapat kebaikan dan keberkatan hidup dunia-akhirat akan termakbul. Semoga segala impian dan cita-cita kami akan dimakbulkan-NYA InsyaALLAH. Saya akan jadikan link ini sebagai rujukan kemusykilan yang timbul. Terima kasih sekali lagi.
    Wassalam

  8. Tahniah diucapkan. Saya berharap tempat saudari akan pergi nanti dikelilingi suasana (biah) solehah.

    Kalau Azie tidak keberatan, boleh sebutkan negara mana yang saudari akan berhijrah?

    Selain Jordan sebagai tempat saya belajar, saya pernah ziarah Syria, Mesir dan Saudi. Dubai dan Beirut menjadi lokasi transit semasa mahu pulang ke Malaysia.

    Saya akan berusaha memenuhi sebarang persoalan setakat yang saya mampu.

    Selamat berhijrah

  9. Saya sekeluarga akan menetap di Doha, Qatar. Cari rezeki kat sana, semoga rezeki yang diperolehi diberkati oleh-NYA insya ALLAH. Dan semoga diri kami sekeluarga juga akan berhijrah dari semua segi ke arah hidup yang diredhaiNYA . Suami dah ada kat sana. Azie dan anak mungkin pertengahan april kot, InsyaALLAH

  10. Assalamualaikum akak… =)

    saya punya bbrp soalan yang ingin ditanya pada akak mengenai niqab… bagaimana ya utk dpt email akak?

    terima kasih ya =)

  11. Wa’alaykum salam wbh,

    LeeN,

    Ahlan wasahlan.

    Akak sudah update maklumat di atas dengan menyertakan email.

    Harap maklum.

    Sama-sama.

  12. Selamat datang Kak Zai. Terima kasih atas dorongan.

    Teringat pada pesanan Tok Guru dalam salah satu kuliahnya tentang pentingnya berjihad melalui mata pena.

    Ana hanya memanfaatkan peluang yang Allah kurniakan untuk mengisi salah satu medan perjuangan fisabilillah.

    Realitinya, mana-mana cabang jihad di jalan Allah tetap ada bebannya yang berat untuk dipikul.

    Wallahua’lam.

  13. salam ziarah buat ummuabbas..
    sy dapat link akak dr tapak web mmp..
    semoga terus bergiat dalam usaha anda mengembangkan dakwah melalui blog..
    doakan sy jugak yer..(junior anda, ex-mmp spm 2007)

  14. Salam’alayki MisSHazZi,

    Terima kasih sudi ziarah blog akak. Insya Allah, sama-sama kita meriahkan dunia blog dengan dakwah ilallah.

  15. Saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan solat. Perjalanan rumah ke tempat kerja suami mengambil masa kira-kira 2jam dengan kenderaan yang disediakan majikan. Dia bekerja syif, untuk syif siang tiada masalah dengan jadual solat. tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkenaan solat maghrib dan isyak apabila dia bertugas syif malam.
    Dia bertolak awal sebelum masuk waktu maghrib dan akan sampai ke tempat kerja setelah masuk waktu isyak…bas yang dinaiki tidak berhenti untuk menunaikan solat. Adakah suami mesti sembhayang maghrib didalam bas atau dibolehkan jama’, walaupun telah sampai ke destinasinya ?

  16. Azie,

    Kalau jarak perjalanan melebihi 2 marhalah, boleh jamak di tempat kerja.

    Sekiranya tidak mencukupi 2 marhalah, boleh solat Maghrib di atas bas dengan kaedah solat secara duduk atas kerusi.

    Wallahua’alam.

  17. assalamualaikum..salam perkenalan. saya orang baru kat sini.saya tertarik hati dengan info-info yang ada kat sini. semua menarik.

  18. Wa’alaykum salam warahmatullahiwabarakatuh,

    Salam ukhuwwah fillah mama iman,

    Ahlan wasahlan.

    Sama-sama kita berkongsi pendapat dan saling memberi teguran membina.

    Saya hanya insan lemah yang diberi amanah oleh Allah untuk berkongsi ilmu dengan ummah.

    Hamba yang fakir,
    Ummu Abbas

  19. Wa’alaykum salam warahmatullah.

    Terima kasih.

    Saya baru jumpa template ini dalam wordpress. Lama sudah tidak jenguk bengkel blog ini.

    Saya pun rasa lebih selesa dengan template baru ini.

    Latar hijau yang mendamaikan.

    Saya terpaksa bersabar dengan template sebelum ini walaupun rasa kurang selesa kerana tiada alternatif yang lebih baik.

    Alhamdulillah. Sudah menemui yang serasi dengan jiwa saya.

    Wassalam.

  20. بسم الله الرحمن الرحيم

    Masukan untuk ukhti fillah Ummu Abbas dan kaum muslimin… سددهم الله

    Perhatikan dalam memilih font (huruf) dalam tulisan, jangan pilih font yang huruf “t”nya berbentuk ” salib “, itu jelas merupakan bagian syi’ar-syi’ar nasrani yang tersembunyi.
    Rubahlah font tulisan yang ada dengan font lain selagi masih ada kesempatan.
    نسأل الله التوفيق والسداد

    Akhukum,
    AbuYahya Indonesiy

  21. assalamu’alaikum… salam kenal dari indonesia.
    keep up blogging. may i add ur id in my list?
    syukron

  22. Wa’alaykum salam wbh,

    Sofie ukhtie fillah,

    Salam ukhuwwah. Dipersilakan.

    Moga memberi manfaat di dunia dan akhirat.

    Amin.

  23. assalamu’alaikum, shukraan atas reply-nya. saya minta izin untuk tautkan (add link) blog kakak di blog saya ya…. Terimakasih sebelumnya.

  24. Salam kak, akak ada cuba dapatkan balik tak email tu..ummuabbas@yahoo.com tu, maybe si pencuri belum menukar soalan secret.. tadi saya cuba Yahoo Password Helper..soklan pertama dimanakah anda berbulan madu? try la kak ye..sayangnyer kalau hilang email..lebih2 lagi kalau email tu dah lama digunakan..

    Salam’alaykum Murni,

    Selamat bertaaruf. Akak dah cuba banyak kali tapi ada jawapan yang akak lupa. Tak pe lah… ada la tu hikmahnya. Ada rezeki dapat balik email tu. Terima kasih atas keprihatinan. 🙂

  25. kak Nur, letak la Follower ke MyBlogLog ke, leh saya jadi follower akak..
    Naper kak Nur tk letak ShoutMix,ShoutBox,lebih senang berinteraksi kan.. cadangan jer..

    Terima kasih Murni atas cadangan.

    Akak dah cuba berkali-kali letak shoutmix/shoutbox tapi wordpress ni kurang mesra pengguna la. Shoutbox tu tak boleh letak di depan tapi akan keluar di laman belakang. Sekarang baru diorang update sikit. Follower atai MyBlogLog tu belum cuba lagi.

  26. salam..macamana nak jadi follower blog ni ye…syukran…(maaf saya tak tau nak tanya di ruang mana,cari cbox x jumpe, dah lama saya melayari blog ni tapi tidak meninggalkan jejak…salam ukhuwwah dari saya…

    Ahlan wasahlan Illiyyunn (sedap nama ini:))… insya Allah sedang diusahakan follower dan chatbox tu..

  27. Assalamualaikum Warahmatullah,

    Pelima Media Sdn Bhd berbesar hati menjemput anda menyertai kami jika berminat untuk menambah pendapatan atau berkongsi pengalaman hidup/ilmu pengetahuan dalam bentuk penulisan. Ayuh segera hubungi kami dan cipta nama anda sebagai penulis dengan kami.

    Kami memerlukan penulis buku tentang kanak-kanak, novel, Ilmiah, motivasi dan sebagainya. Kebetulan kami mencari-cari tulisan berkenaan wanita dan anda adalah antara calon yang kami cari.

    Kehadiran anda amat dialu-alukan.

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.
    Terima kasih kerana menghubungi saya.

    Insya Allah, saya fikirkan tawaran tersebut.


  28. Assalamualaikum Warahmatullah,

    Saya selalu mengikuti blog ummu abbas ini dan ternyata byk ilmu yang dpt saya jadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian dan mendidik anak2.

    Terimakasih banyak2.

    Saya tinggal di Kota Bharu juga. Saya dipahamkan Ummu Abbas menjadi pengedar kpd buku Saba Islamic Media. Hari tu, saya terlihat papan tanda Saba Islamic Media di Kubang Kerian. Adakah ianya kedai kepunyaan Ummu Abbas? Memandangkan tiada no.tel tercatat di papan tanda tersebut saya tidak menemui kedai tersebut. Saya memang peminat buku keluaran Saba Islamic Media dan amat gembira jika ianya ada di jual di Kota Bharu, kerana mudahlah saya menambah koleksi buku Saba terutamanya buku karya Harun Yahya.

    Wassalam.

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.

    Selamat berkunjung ke blog saya dan sama-sama kita berkongsi ilmu.

    Cawangan SABA di Kubang Kerian milik orang lain. Saya sendiri masih ada stok buku Harun Yahya. Saya bercadang memberi diskaun sehingga 15% untuk jualan penghabisan stok.

    Jika berminat mendapatkan dari saya, boleh hubungi saya melalui email untuk mengetahui lokasi rumah dan nombor telefon saya.

    Sekian.

    Terima kasih.


  29. assalaamu’alaykum warahmatullaah wabarokaatuh..

    salam ukhuwah dari indonesia ya ummu 🙂

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh Mrs Children.

    Ahlan wasahlan dan salam ukhuwwah kembali. 🙂


  30. assalamu ‘alaikum.
    minta nasihat dalam mendidik isteri dan anak-anak.
    saya ni jenis direct.bagaimana nak bicara dengan isteri yang sensitive kalau di tegur. Susah nak berbincang.
    sila email saya jika tidak keberatan.
    wassalam.

    Wa’alaikum salam wbh,

    Insya Allah, saya hubungi melalui email seberapa segera yang mungkin. Sehari dua ini, saya agak sibuk.

    Wassalam.


  31. salam perkenalan semua,

    saya lyn, saya berminat dengan pengalaman yang dikongsi di blog kak nur dan ilmu yang boleh diaplikasikan dalam menghadapi rumahtangga saya. semoga kita semua boleh menjadi sahabat walaupun hanya di alam cyber. insyaallah…

    Insya Allah.

  32. saya nak tanya pendapat semua, jika ada yang arif tentang maksud nama dalam islam…begini….anak sulung saya berusia 10 bulan, yang kami suami isteri nama HERLYN ADRIANA . jika ada sesiapa yang arif minta dapatkan maksud nama baby lyn ni ya….terima kasih.

  33. jazakumullahu khairan ummu atas kunjungannya..
    blognya ummu juga bagus.tapi sayang saya sambil agak gimana gitu baca nya maklum agak sedikit beda bahasanya walaupun melayu..^^

    Sama juga dengan saya. Tapi mungkin kerna saya sering juga nonton cerita Indonesia di sini makanya, saya bisa faham lebih cepat. Pun begitu, kalau diguna bahasa pasar, nggak bisa faham…

  34. salam. jumpa blog ni masa google2.salam perkenalan. kita pun ex-mahadian jugak

    Wsalam. Ahlam wasahlan Kakwe.


  35. assalamualaikum wbt…

    selamat hari lahir kak nur…semoga sentiasa istiqomah menyebarkan ilmu dan mendidik para pendidik masyarakat…besar amanah tu..

    terima kasih kerana sudi menerima kami dan mendidik kami dalam majlis ilmu, Riyadhus salihin..sedikit sebanyak yang sya belajar akan dijadikan panduan dalam kehidupan…

    mohon juga agar sentiasa membimbing kami…=)

    http://www.teambinainsan.org
    ini laman web motivasi yang sya dan sahabat2 tubuhkan..

  36. kak nur, cikgu azemi tu cikgu lama sya..semasa di sms tg muhd faris dulu..kalau kak nur ada num emailnya boleh bagi?

  37. blog dah dapat banyak pengunjung….bila nak tukar kpada dot.com? Tkkn nak dot.wordpress (free) je memanjang? 😦

    Terima kasih atas saranan. 🙂 Setakat ini, blog ini masih mampu menerima pengunjung yang tidaklah berapa ramai sangat sebenarnya. Agaknya dalam berapa pengunjung sehari, baru kita patut upgrade blog kepada domain sendiri.. bantu saya…

  38. assalamualaikum…selalu dah masuk blog ni..tp ni baru nak tinggalkan msg. terima kasih kpd tuan punya blog krn byk memberi maklumat dan panduan utk kaum ibu spt saya terutamanya bila jauh di perantauan..terima kasih byk2.

  39. salam.lama dah sy tk berkunjung ke blog ni.banyak pembaharuan da ea kak..ade ruang kongsi masalah..bgs la.lepas ni mungkin saya akan kerap dtg ke blog ni (:

    Wsalam.

    Untuk makluman, ruangan Kongsi Masalah diwujudkan semenjak hari pertama blog ini dibuka kepada umum. Mungkin Zati tidak perasan :).

    Ahlan wasahlan.

  40. mashaALLAH..moga2 ALLAH kuatkan hati ukhti,be strong ukhti!mm,ana dah try add email yg ukhti update tue,but x boleh ukhti,limaza ya ukhti?

    Cuba lagi ye… Akak selalu guna email tu.. ummu_abbas@ymail.com.


  41. salam ziarah, salam ukhuwwah

    semakin rajin membaca tulisan dalam blog ummuabbas…alhamdulillah banyak sekali ilmu bermanfaat…^^,

  42. Asmkm…

    sy kerja di Saba Islamic Media, Kubang Kerian KB..

    Alamat:
    Lot 393,
    Kompleks Pondok Antarabangsa,
    Jalan Raja Perempuan Zainab.

    Pemiliknya:
    Pn. Rita Sarbani

    No tel kedai:
    09-7647388 – klu sesat calling2 la yer..hehe

    Peta senang:
    -belakang 7eleven, ada bangunan apartment warna peach, bawah apartment tu la kedai buku saba islamic media.

    -nak senang lagi, klu duk ngadap pintu masuk mydin mall, sbelah kiri nmpk bngunan apartment warna peach, dan nmpk signboard besar saba islamic media.

    *tumpang ads yer pmilik blog…sorry…tqvm

  43. maaf, tmpg lalu lg yer..hehe…

    klu nk diskaun beli buku di Saba Islamic Media, kami boleh bagi 10% …
    maklum je pd sy(ilham), dpt tahu dari blog nie..bgntung pd t&s..

    klu jd ahli kad kami, lg snng nk dpt diskaun…hehe..

    syukran

    Better jadi ahli terus, kan Ilham? 🙂 Syarat jadi ahli macam mana?


  44. Assalaamu’alaikum wr.wb Wan Nor Ainon…

    Alhamdulillah, senang dapat berkenalan. Kenapa di blog saya menggunakan nama Abu Huzaifah ya. Bila saya ke mari, namanya Ummu Abbas pula. 😀

    Saya dulupun pelajar di Akademi Islam, Nilam Puri. Mungkin lebih senior dari Ainon. Mudahan silaturahmi ini bisa terjalin dengan baik di masa depan.

    Semoga cita-cita Ainon dalam pencarian ilmu akan dimudahkan Allah.

    Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak

    Wa’alaikum salam warahmatullah wabarakaatuh Kak Siti Fatimah 🙂

    Terima kasih sudi berkunjung ke sini dan meninggalkan jejak.

    Semoga ukhuwwah ini dibina kerana Allah jua.

    Untuk makluman, saya tidak pernah menggunakan nama Abu Huzaifah di blog Kak Siti atau di mana-mana. Mungkin ada orang lain yang tersalah meninggalkan alamat blog saya di sana.

    Terima kasih beritahu saya.

    Wassalam.


  45. ASSALAMUALAIKUM

    BOLEH SAYA TAHU MACAM MANA NAMA LAFAZ MELAYU DITUKAR KE LAFAZ ARAB, SPT CONTOH YANG PUAN NYATAKAN;

    Wan Nor Ainon = Nurul Ain

    SAYA JUGA ADA SEORANG KENALAN YANG MENULIS BUKU BELAJAR BAHASA ARAB DAN NAMA PENULIS NYA DINYATAKAN DLM NAMA LAIN, ADA BUNYI ARAB DITAMBAH LAGI DGN AL-

    MOHON DIJELASKAN

  46. Assalamualaikum…ni kali pertama saya masuk blog ni, terjumpa sebab nk cari jawapan utk masalah haid dan istihadah…alhamdulillah, saya dh dpt jwpn utk masalah tersebut…saya pun cari siapa yg tulis blog ni..akak belajar kat mmp, kb..saya asal kb dan pernah belajar kat maktab pengajian islam..juga saya ada tgk beberapa gambar di victoria, australia..akak menetap kat sana ke??sebab saya sekarang menetap di hobart, tasmania…

    salam perkenalan.

    Wa’alaikum salam warahmatullah. Ahlan wasahlan Nurul, iye, akak tinggal di Melbourne. Kenal Nik Aziz tak? Dia belajar di Tazzy juga tapi lupa kat mana. Kalau ada FB, add Akak dan PM akak ye.

  47. assalamualaikum, dik nor, ini kak zubaidah ishak, dulu belajar di irbid. Adakah diknor masih ingat? Baru-baru ini k.dah sempat baca buku diknor dan kakcik tu, tahniah untuk adik berdua. Terus menulis berkongsi ilmu ye..

  48. Wa’alaikum salam warahmatullah Kak Dah.

    Kak Dah yang dikasihi, tengok nama saja, sudah kenal 🙂 Ye Nur masih ingat Kak Dah.

    ALhamdulillah dan jazakillah atas sokongan. Insya Allah, boleh terus berhubung via email atau FB ye…

    Terima kasih kerana sudi tinggal jejak di sini.

    Sayang Kak Dah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: