Ini Sebab Wajah Syuhada’ (Orang2 yang mati syahid) Tersenyum

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

Boleh buat carian banyak lagi imej para syuhada’ yang dikongsikan. Mereka kelihatan seperti tidur dan tersenyum gembira bukan? Semua tanda-tanda ini Allah SWT zahirkan kepada yang masih hidup untuk meyakini segala janji-janji-Nya serta memperbaiki diri bagi mencapai cita-cita yang murni ini iaitu husnul khotimah dengan anugerah syahid, in syaa-Allah.

Ayat 169 hingga ayat 172 surah A-li -‘Imran di atas adalah sebahagian daripada kalamullah yang menceritakan hakikat si mati syahid berserta janji-janji-Nya.

Ya Allah, kurniakan kepada kami ni’mat iman yang sempurna dan sampaikanlah kami ke darjat iman para syuhada’. Aamiin ya Rabb.

Ummu Abbas

28 Rabi’ul Akhir 1445H/12 Nov 2023

Kota Bharu, Tanah Serendah Sekebun Bunga

#TadabburAyat

#GhozzahTaufan@l-Aqsa

#FreeP4l3stine

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect