PRN 6 Negeri:  ‘Senjata’ Orang-orang Beriman

“Doa itu ialah senjata orang mukmin.”

Doa adalah jalan mendapat keselamatan, tangga kejayaan, amalan orang yang dekat dengan Allah SWT, asas kekuatan orang yang lemah, tempat berlindung orang yang dianiaya dan otak ibadah. Bersama doa, berkat disemai dan musibah dapat dijauhi.  Orang yang beriman tidak boleh mengabaikan doa dalam apa jua keadaan:  Senang atau susah, gembira atau sedih, disukai atau dibenci, sedikit yang bersama atau ramai yang menyokong.

Doa orang-orang beriman bersifat komprehensif:  Diiringi usaha bersungguh-sungguh dalam segenap aspek, kemudian bertawakkal kepada Allah SWT.  Allah SWT berpesan dalam bab usaha:

Al Anfaal 8: 60

Allah SWT juga menganjurkan berdoa kepada-Nya dengan janji yang pasti Dia tepati,

Ghaafir 40: 60

Alhamdulillah.  Walau terdapat serangan yang bertubi-tubi, ancaman terhadap kebebasan bersuara, pelbagai kutukan, makian dan sindiran hantaran cybertrooper yang banyak menggunakan akaun palsu, dalam masa yang sama, berita-berita sama ada berbentuk tulisan, foto-foto dan video yang memihak kepada PN juga bertali arus di media sosial serta mendapat sokongan ramai.  

Situasi ini menarik peringatan-peringatan penting daripada pimpinan dan pengulas politik supaya mengambil ibrah daripada peristiwa al-Hunayn, yakni Allah SWT tidak memberi kemenangan kepada tentera Nabi Muhammad SAW disebabkan ada di kalangan mereka yang  mulai lalai dan kagum kepada kuantiti sehingga mengurangkan tahap pergantungan mutlak kepada-Nya. 

Surah al-Tawbah 9:25

Hakikat yang memberi apa jua kemenangan adalah Allah SWT jua.  Justeru itu, tulisan ini ingin berkongsi sedikit tip atau petua daripada al-Quran dalam usaha memelihara hati daripada merasa ‘ujub dengan kelebihan zahir yang ada.

TIP 1:

Setiap kali membaca berita mengenai program yang mendapat banyak tontonan sama ada secara bersemuka atau online di media sosial atau hadir sendiri sebarang majlis dan melihat jumlah kehadiran yang ramai, ucapkan zikir atau doa berikut,

Doa ini dapat mengekalkan pergantungan hati hanya kepada Allah SWT untuk mendapatkan pertolongan bagi mencapai kemenangan.  Hati menjadi tenang serta tidak mudah melatah, in syaa-Allah

Surah al-Tawbah 9:129

TIP 2:

Apabila merasa susah hati, sempit dada dan tertekan akibat dicaci, dihina, diumpat dan difitnah sedangkan kita dipihak yang benar, ucapkan tasbih (Subhanallah) sambil memuji Allah SWT (Alhamdulillah) dan tetap bersujud yakni menunaikan solat.  In syaa Allah, hati akan mampu  bersabar, tenang dan bahagia. Panduan daripada ayat 98 Surah al-Hijr.

Merasa susah hati, sempit dada dan tertekan akibat dicaci, dihina, diumpat dan difitnah adalah fitrah manusia.  Oleh sebab itu Islam mengharamkan semua perbuatan tersebut sama ada berbentuk lisan atau tulisan atau audio video yang disunting.  Namun perbuatan yang menyakitkan hati ini tetap berlaku kerana manusia ada dua golongan iaitu baik dan jahat.  Lagikan Rasulullah SAW diuji Allah SWT lebih hebat dengan perbuatan buruk sedemikian.

TIP 3:

Apabila disapa dengan cara menyakitkan hati oleh golongan yang jahil serta tidak beradab,  Allah SWT mengajar kita supaya menjawab dengan salam atau abaikan sahaja tanpa membalas kata-kata mereka.  Panduan daripada ayat 63 Surah Al-Furqaan dan ayat 199 Surah Al-A’raaf.

Surah al-Furqaan 25:63

Surah Al-A’raaf 7:199

Al Faqiirah ila Rabbiha,

Ummu Abbas

12 Muharram 1445H

30 Julai 2023

Negeri Tadahan Wahyu

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect