Archive | April 2010

Meleraikan Anak Yang Berkelahi

Sumber: 3.bp.blogspot.com/

Saya mencuri masa sekejap untuk up date blog. Seminggu dua ini memang kena ‘berkurung’  kerana buku Fikah Perubatan diminta edit lagi oleh bos. Permintaannya sudah lama, namun selepas sebulan baru saya mula edit. Saya dahulukan perkara lain sebab dia pun tidak tetapkan waktu bila perlu dihantar.   Selepas Tuan Shakir PTS Millennia menggesa, barulah dia pun bertanya khabar apakah saya sudah siap mengeditnya.

Minggu ini pula diuji Allah dengan anak kecil yang demam dan mulutnya melepuh.   Hari ini, masuk hari ketiga dia tidak dapat makan apa-apa walaupun sudah diletakkan krim Bonjela.   Saya menaip sambil meribanya.   Bukan setakat meribanya, dia juga kerap menangis apabila mulutnya terasa sakit.  Melepuhnya bukan satu tetapi banyak pada bibir atas dan bawah.   Kasihan dia.   Daripada saya meminta dia bersabar, lebih baik saya menyabarkan diri terlebih dahulu dalam menghadapi kerenah anak yang demam yang mana dalam masa yang sama, saya perlu urus rumahtangga, anak anak yang lain dan juga menyiapkan buku ini.

Apa yang diaturkan Allah, itu yang terbaik buat saya.  Teruskan membaca

Kuasa Berbelanja Tinggi di Kalangan Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan Gemar Belanja Dan Bayar Tunai Faktor Al-Quds Travel Terus Kukuh

KOTA BHARU, 14 April (Bernama) — Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al Quds Travel Sdn Bhd terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusan Al-Quds Travel Sdn Bhd Wan Mohd Zamri Wan Salleh berkata sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

“Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini bermula tahun 2000, pihak kita belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan.” Teruskan membaca

Syabas! 2 Pelajar Kelantan Dijadikan Ikon

Alhamdulillah, jika tahun lalu menyaksikan adik Nik Nur Madihah menggegarkan Malaysia sebagai anak nelayan yang meraih Pelajar Cemerlang SPM 2008, tahun ini dua pelajar sekolah agama anjuran Yayasan Islam Kelantan terus mengharumkan nama negeri Kelantan dengan pencapaian cemerlang mereka.  Nampaknya ‘yang jadi kerja’ untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang adalah apabila kita melaksanakan ISLAM yang asli dan bukannya ISLAM yang dihadharikan.  ISLAM hadhari pun sudah pupus sebelum sempat melihat hasilnya.  1 Malaysia pula mengambil alih.  Teruskan membaca

Sheila Majid masuk Guinness World of Records kerana sepasang Kebaya.

Ramai insan yang dikelilingi kemewahan hidup namun hatinya bagaikan gersangnya padang pasir.  Kosong, hambar, tawar, panas dan pelbagai lagi keresahan yang mencengkam jiwa.  Wang berjuta, pakaian anggun ratusan dan ribuan ringgit, kereta mewah berderet,  isteri-isteri yang jelita, anak-anak yang ramai dan pelbagai lagi  tidak menjamin dapat  rasa bahagia dan tenang.  Justeru apakah nilai sebenar yang mampu menyejukkan hati dan menyamankan jiwa? 

Nilai yang dapat mengisi jiwa manusia hakikatnya tidak terpahat pada kilauan berlian, kerlipan emas, kejelitaan wajah dan lain-lain.  Oleh itu dimanakah kita dapat mencarinya?  Apakah nilai yang membahagiakan itu sebenarnya tidak wujud atau ia sengaja disembunyikan kerana takutkan sesuatu?  Teruskan membaca

Purdah: Gadis India dan Islam

Sumber: qa.blogs.reuters.com/

“Pakai purdah boleh menakutkan bukan Islam”

“Berniqab tidak sesuai dengan waqi’ Malaysia terutama untuk berdakwah kepada mereka”

 

Pelbagai rasional diberikan untuk menanggalkan  ‘purdah’ dari muslimah yang mahu istiqamah dengan niqab. 

Pendapat sebegitu memberi kesan kepada saya untuk berfikir dan berfikir mengenai kebenaran alasan tersebut dan sejauh mana saya perlu mengaplikasikannya dalam hidup saya.  Sementelah saya salah seorang individu yang berminat menyampaikan keindahan Islam kepada orang lain. Teruskan membaca

Isterinya 1000 orang

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

 

Surah al-Ruum 30: 9

 

Nasi Goreng China

Kira-kira jam 8.30am, kami sudah berada di restoran untuk bersarapan. Sarapan apa agaknya yang akan dihidangkan. Oh… Nasi goreng China dipadankan dengan sayuran goreng, telur rebus, roti, sejenis kuih yang digoreng dan minuman seperti nescafe + susu. Teh China setia menemani hidangan. Alhamdulillah, sedap juga makan nasi goreng dengan sayur goreng bercampur kulat hitam.

Seusai sarapan, kami dibawa ke Medan Tian An Men. Sepanjang perjalanan, kami berpeluang melihat suasana Kota Beijing yang sibuk kerana waktu itu adalah waktu penduduk keluar bekerja. Kami dapat melihat suasana masyarakat setempat yang berbasikal dan juga terdapat ‘tut tut’ seperti di Bangkok. ‘Tut tut’ ialah teksi menggunakan motosikal. Biasanya hanya mampu memuatkan dua orang penumpang sahaja. Teringat pula beca roda tiga di Kota Bharu. Bagus juga jika mereka mengubah suai beca menggunakan motosikal pula. Kasihan pada pakcik-pakcik yang mengayuh! Teruskan membaca