Alhamdulillah, jika tahun lalu menyaksikan adik Nik Nur Madihah menggegarkan Malaysia sebagai anak nelayan yang meraih Pelajar Cemerlang SPM 2008, tahun ini dua pelajar sekolah agama anjuran Yayasan Islam Kelantan terus mengharumkan nama negeri Kelantan dengan pencapaian cemerlang mereka. Nampaknya ‘yang jadi kerja’ untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang adalah apabila kita melaksanakan ISLAM yang asli dan bukannya ISLAM yang dihadharikan. ISLAM hadhari pun sudah pupus sebelum sempat melihat hasilnya. 1 Malaysia pula mengambil alih.

1 Malaysia yang bagaikan adik beradik dengan 1 Israel itu pula turut menyaksikan perlaksanaan Islam di Kelantan sekali lagi berjaya menonjolkan 2 orang pelajarnya sebagai Ikon Pelajar Melayu 2010. Terima kasih kepada Utusan Malaysia atas paparan foto di atas.
Diharapnya adik Ahmad Harith dan adik Nor Habibah Hanan bukan sahaja membawa misi Score A dalam subjek peperiksaan, bahkan turut membawa mesej Islam sebagai Duta Kerajaan Negeri Kelantan. Adakah GPMS membenarkan sebaran mesej sedemikian? Jika anggota GPMS itu bangga dengan Islam yang dianutinya, tiada sebab mereka mahu menghalangnya. Bahkan mereka wajar membuka ruang seluas-luasnya untuk dua orang pelajar dari sekolah agama ini menyampaikan kebaikan dan keindahan Islam sebagai motivator unggul bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Antara mesej Islam yang penting disampaikan kepada remaja muslim sebaya mereka ialah mengenai apa erti mereka menganut Islam, apa itu aqidah Islam, apa itu syariat Islam dan apa itu akhlak Islam. Jika mereka dapat menguasai 3 asas ilmu Islam yakni aqidah, syariat dan akhlak, tentunya remaja hari ini dapat bangkit sebagai pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajarannya, bahkan gemilang dalam ibadahnya serta mempunyai keperibadian yang unggul. Seterusnya, kejayaan yang dicapai bukan sahaja memberi manfaat di dunia, bahkan di akhirat ganjaran syurga sedia menanti.
Teruskan langkahmu wahai adik-adikku… berilmu, beriman dan beramal.
Jangan lupa faktor pertama kejayaan orang-orang beriman ialah score A dalam solat!
Allah berkata dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 1 dan 2,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.
Ummu Abbas
1 Jumadil Awwal 1431H
5.28pm
Subhanallah.Tahniah kepada mereka dan Ummu Abbas juga atas perkongsiannya.Saya juga bercita-cita utk menjadi seperti mereka.Walau terasa begitu mustahil.
Iffah Nabiha a.k.a islami98
salam, kejayaan pelajar tersebut adalah disebabkan pelajar tersebut tersebut fokus dalam pelajaran dn mengamal ciri2 pelajar cemerlang.. namun sy kurang bersetuju utk mewar2kan ttg kerajaan negeri Kelantan atau mana2 kerajaan negeri atau pun kerajaan persekutuan… jgn politikkan agenda pendidikan… dulupun sewaktu adik Nurul Azali dr sek di bawah kerajaan persekutuan pun gpms tidak meminta beliau menyatakan sistem sek kerajaan persekutuan adalah terbaik… namun yang lebih penting ialah resipi kejayaan pelajar2 ini hendaklah dicontohi oleh semua pelajar Melayu… JANGAN MEMPERTARUHKAN AGENDA POLITIK UNTUK PENDIDIKAN….
Ok… terima kasih atas pandangan.
salam,
saya pun bersetuju dengan pandangan sdr Zamri.
janganlah semua perkara mahu dipolitikkan.
Agenda pendidikan adalah agenda bersama. Mana yang baik kita ambil, sama ada hadhari, 1malaysia atau apa sahaja.
Yang kurang elok, kita tegur, betulkan bersama.
Semua orang penat asyik berlegar soal politik kepartaian semata-mata. Melayu kena bersatu atas nama islam, islam mengajarkan yang baik-baik sahaja. Yang buruk jadikan tauladan.
Maaf atas pandangan.
Ridwanto