Kuasa Berbelanja Tinggi di Kalangan Rakyat Kelantan

Rakyat Kelantan Gemar Belanja Dan Bayar Tunai Faktor Al-Quds Travel Terus Kukuh

KOTA BHARU, 14 April (Bernama) — Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al Quds Travel Sdn Bhd terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusan Al-Quds Travel Sdn Bhd Wan Mohd Zamri Wan Salleh berkata sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

“Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini bermula tahun 2000, pihak kita belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan.”

“Bermula dengan pendapatan sebanyak RM1 juta pada tahun 2000, Al-Quds pada tahun lepas memperolehi pendapatan RM17 juta dan yang uniknya pendapatan itu disumbangkan seratus peratus oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas satu Majlis di mana Al-Quds Travel dilantik sebagai agen MAS di sini Rabu.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan MAS Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz.

Wan Mohd Zamri berkata sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja secara tunai meski pun dalam jumlah yang besar juga mendorong syarikat terbabit mencatatkan keuntungan setiap tahun.

“Orang Kelantan memang suka berbelanja secara tunai dan ada yang bayar tunai RM50,000 terus di atas meja… itulah sikap dan keistimewaan rakyat Kelantan menyebabkan kita di Kelantan boleh berjaya kerana mereka mempunyai kuasa berbelanja yang hebat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata rakyat kelantan juga dilihat kerap melancong ke luar negara terutama menunaikan haji dan umrah.

“Rakyat Kelantan kerap menunaikan umrah dan pada suku pertama tahun ini juga Al-Quds Travel telah menghantar kira-kira 600 orang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

“Dalam tempoh yang sama juga, lebih 400 orang rakyat Kelantan lagi telah ke negara China selain destinasi pilihan lain di seluruh dunia termasuklah negara Eropah dan juga Jepun,” katanya.

Wan Mohd Zamri berkata, pemilihan destinasi itu bagaimana pun berdasarkan kepada dua faktor iaitu membabitkan acara peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan juga tanggungjawab pada agama.

“Setiap orang Islam akan mempunyai hasrat untuk pergi umrah dan bilangannya sentiasa bertambah, mereka akan pergi ke sana (menunaikan umrah) meski pun terpaksa berdepan peningkatan harga tiket (penerbangan), tetapi permintaan sentiasa ada,” katanya.

Wan Mohd Zamri berkata perlantikan Al Quds Travel sebagai agen oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai agen bagi membolehkannya menikmati keutamaan dalam tempahan tiket pelanggan dan menerima diskaun lebih murah bagi destinasi yang dilalui syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Datuk Tengku Azmil Zahruddin berkata jalinan kerjasama antara MAS sebagai agen yang dilantik Syarikat Al-Quds Travel Sdn Bhd merupakan satu usaha untuk memajukan bidang pelancongan di Kelantan dan Kota Bahru khususnya.

Menurutnya, pengalaman Al Quds Travel yang telah berfungsi sebagai agen pelancongan selama hampir sepuluh tahun menjadikan pihaknya yakin untuk bekerjasama dan memberikan keistimewaan kepada pelanggan syarikat itu.

Al-Quds Travel Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2000 dengan tumpuan awal membabitkan pakej umrah dan sehingga kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuantan, Pahang.

Selain itu, selain menyediakan kemudahan pelancongan, Al-Quds Travel turut menyediakan kemudahan penginapan iaitu Al-Quds Hotel & Resort, yang kini sudah beroperasi di Wisma Al-Quds di sini.

— BERNAMA

Pejabat Al-Quds Travel di Wakaf Siku. Bahagian atas dijadikan hotel. Bangunan ini berhampiran KB Mall.

Ummu Abbas:  Tahniah kepada Syarikat Al-Quds Travel kerana berjaya menjadi agen MAS.  Dua hari lepas yakni tenghari Rabu 14 April, saya melintas di hadapan pejabat Al-Quds dan ternampak khemah untuk majlis pengiktirafan sebagai agen MAS.  Teringat pada tahun 2007, saya dan suami pernah ‘survey’ harga tiket MAS ke Sydney di Al-Quds namun Al-Quds tidak dapat memberikan harga yang lebih murah dari syarikat yang menjadi agen MAS waktu itu.  Benar, jika sesebuah syarikat pelancongan menjadi agen MAS, mereka dapat memberi diskaun tiket MAS yang lebih kepada pelanggan.    Agaknya antara lebih 400 orang yang ke China itu adalah rombongan kami yang melawat Beijing awal Februari 2010.  Hi..hi.hi…  Sekali lagi tahniah dan semoga sentiasa murah rezeki.

Bagi rakyat Kelantan pula, oleh kerana kos sara hidup yang agak rendah, maka mereka dapat berbelanja lebih dari keperluan asas.   Alhamdulillah.  Sesebuah kerajaan yang prihatin mengenai kebajikan rakyatnya akan mengutamakan keselesaan hidup rakyat lebih dari berlumba-lumba membina bangunan atau lain-lain pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat,  sebaliknya memenuhi kocek segolongan manusia sahaja.  

Teringat juga, selepas pulang dari Jordan dulu, (kira-kira 13 tahun yang lalu) seorang kawan dari Pulau Pinang datang melawat Kelantan.  Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu menuju Tumpat dan lain-lain tempat,  setiap kali melihat banglo besar dan agam, dia akan bertanya, “Rumah siapa ini?  Melayu atau Cina?”…. dan jawapan yang sentiasa diperolehinya ialah rumah orang Melayu (muslim).  Rumah orang Cina biasanya terdapat di penempatan tertentu sahaja seperti di kawasan perumahan dan kampung Cina.  Lagi pula, majoriti rakyat Kelantan sememangnya berbangsa Melayu yang beragama Islam. 

Teman saya itu melahirkan rasa kagum dan sempat mengeluh, “Hmmm.. di Pulau Pinang, jika rumah besar-besar begini sudah tentu rumah orang Cina.  Susah nak jumpa rumah Melayu yang besar dan cantik”.

Jika dulu rumah banglo yang besar sudah wujud di kampung-kampung dan kawasan bendang padi, sekarang kewujudan banglo cantik meluas sehingga ke ceruk hulu Kelantan.  Bukanlah rumah banglo cantik itu yang mahu dibanggakan, bahkan ia adalah petanda bahawa rakyat Kelantan sebenarnya bukanlah sesusah yang digambarkan oleh media kerajaan persekutuan.  Ia menunjukkan kuasa beli rakyat Kelantan yang tinggi sehingga mampu memiliki kediaman yang selesa.   Meskipun terdapat rakyat miskin, namun mereka tetap mendapat pembelaan dari kerajaan negeri.  Sebahagian dari mereka diberi rumah oleh kerajaan.

Hmm… seronok rasanya bila dapat bercerita tentang kebajikan rakyat yang terjaga dan hasil kebaikan pemerintahan “Membangun Bersama Islam”.  Mana-mana yang kurang tu tolonglah perbaiki lagi ye… wahai YB-YB sekelian… 🙂

Rakyat Kelantan Serambi Mekah

5.40pm.

2 Jumadil Awwal 1431H

6 thoughts on “Kuasa Berbelanja Tinggi di Kalangan Rakyat Kelantan

Add yours

  1. Salam Ummu Abbas,

    Ayah saya orang Kelantan….Memang tiap-tiap kali balik Kelantan rasa macam bahagia…Walaupun orang tua-tua pekerjaan mereka terjamin,…Moga dapat dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain…Tahniah sebagai warga kelate…:)

  2. Syabas untuk Syarikat Al-Quds Travel dan seluruh rakyat Kelantan. Membangun bersama Islam!

  3. wahh, ustaz wan dah jadi orang kaya, sekarang, akk nak minta sponsor dia. Kami tengah wat projek besar ni, bawah Tarbiyyah Pusat.

    Minta Kak Ica… jangan tak minta… heheh..:) Kita tolong dia penuhkan bank akhirat pula.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: