Purdah: Gadis India dan Islam

Sumber: qa.blogs.reuters.com/

“Pakai purdah boleh menakutkan bukan Islam”

“Berniqab tidak sesuai dengan waqi’ Malaysia terutama untuk berdakwah kepada mereka”

 

Pelbagai rasional diberikan untuk menanggalkan  ‘purdah’ dari muslimah yang mahu istiqamah dengan niqab. 

Pendapat sebegitu memberi kesan kepada saya untuk berfikir dan berfikir mengenai kebenaran alasan tersebut dan sejauh mana saya perlu mengaplikasikannya dalam hidup saya.  Sementelah saya salah seorang individu yang berminat menyampaikan keindahan Islam kepada orang lain.

Hairan juga saya, dalam majoriti muslimah di Malaysia tidak memakai purdah, si pemakai purdah juga yang menjadi sasaran.  Jika pilihan wanita tidak berpurdah adalah yang terbaik untuk menyampaikan dakwah, maka pilihannya terlalu ramai untuk kita gerakkan mereka sebagai pendakwah.  

Saya tidak berminat  mengulas lanjut mengenainya sekarang.  Mungkin justifikasi tersebut lahir hasil pengalaman sendiri, kaji selidik dan pemerhatian pada realiti yang berlaku.  Jika begitu tidak mengapalah.  Ia boleh diraikan.  Namun jika ia lahir dari faktor ketidakyakinan kepada salah satu juzuk ajaran Islam, nampaknya empunya pendapat begitu dihinggapi penyakit pada aqidahnya.

Pengalaman di bawah adalah untuk muslimah yang berminat memakai niqab dan dalam masa yang sama punya cita-cita yang tinggi menyampaikan kebaikan Islam kepada masyarakat di sekitarnya.

Saya suka jika sesiapa mahu memberikan pendapatnya mengenai pengalaman saya di bawah.

******************

Kira-kira 11 tahun yang lalu, saya menemani suami ke sebuah kantor kerana beliau mempunyai urusan kerja di sana.  Saya menunggu suami di luar pejabat sambil duduk di atas sebuah bangku yang disediakan. 

Seperti biasa, saya mengenakan niqab kerana kawasan itu kawasan terbuka dan dikunjungi orang awam.  Kalau tidak silap, hari itu saya mengenakan pakaian berwarna agak gelap.  [Bukan hitam sebab hitam adalah warna yang tidak digemari waktu itu].

Tiba-tiba seorang gadis India berpakaian seragam kerja menghampiri saya.  Gadis itu memakai blause putih berlengan pendek dan berskirt paras lutut.  Dia minta izin untuk duduk di hadapan saya.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya mempersilakan dia duduk.  Meja bulat diperbuat dari simen itu menjadi saksi perbualan kami seterusnya.

Saya teruja sebenarnya kerana didekati gadis non muslim sedangkan saya mengenakan niqab yang dianggap ramai orang boleh menakutkan non muslim.  Apatah lagi mahu mendekati mereka.

“Mata awak cantik… tentu awak cantik orangnya”, gadis itu memuqaddimahkan perbualan.

Ke situ pula dia menegur.  Saya rasa tidak sedap hati lalu menjawab, “Hmm… tak delah… biasa je”.  Itu hanya persepsi dia semata.  [Untuk mengetahui apa perasaan saya yang sebenar ketika mengenakan purdah, boleh rujuk artikel “Purdah: Hari pertama memakainya”.]

“Boleh saya tanya sesuatu?”  gadis India itu menyambung.

Saya dapat lihat keresahan menghiasi wajahnya.  Tanpa bertanya nama dan tanpa taaruf apa-apa, dia terus meluahkan masalahnya.

Saya lupa apa masalah yang telah diceritakan, namun rumusannya dia mengatakan dirinya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.  Memang dia cerita satu persatu masalah yang datang menimpa dirinya tidak putus-putus.  Belum selesai yang pertama, datang masalah yang kedua.  Belum selesai masalah yang kedua, datang  masalah yang ketiga.

Kasihannya.  Patutlah wajahnya sugul sahaja.

Seperti biasa juga, bila seseorang mahu berkongsi masalah, saya mendengar dengan tekun dan penuh minat.  Akhirnya dia meminta pandangan saya bagi mengatasi masalahnya.

“Maaf ye… saya tidak tahu penyelesaian dari sudut agama lain.  Saya hanya tahu dari sudut Islam.  Boleh saya beritahu dari sudut pandangan Islam?”

Sememangnya waktu itu saya belum terdedah dengan ilmu perbandingan agama dan budaya bangsa lain secara khusus.  Modal yang saya ada hanyalah pada konsep dan matlamat manusia diwujudkan.  Saya juga meyakini fitrah manusia adalah sama walaupun mereka berbeza bangsa, bahasa dan warna kulit.

“Boleh… saya mahu mendengarnya…”  respon positif diberikan.

“Dalam agama Islam, Nabi Muhammad s.a.w adalah insan yang paling dikasihi Tuhan tapi dialah yang paling banyak menerima ujian…”

“Saya tahu itu… ada ahli keluarga saya yang sudah memeluk Islam… tapi… ”  sambil gadis India itu menyebut ahli keluarganya yang telah memeluk Islam sambil terus mengeluh terhadap masalah yang menimpanya.

“Hmm setahu saya…  bila diuji,  itu tanda Tuhan sayangkan kita…”

Perbualan kami tidak lama kerana  sama ada suami selesai dari urusannya dan saya perlu pulang atau gadis itu sendiri perlu menyambung kerjanya.

Saya berharap suatu hari nanti, gadis itu bisa memahami apa yang saya maksudkan ujian sebagai tanda Tuhan sayang. 

Meskipun secara zahirnya, gadis India itu  belum beriman kepada Allah dan rasulNya namun konsep Tuhan sayang itu adalah satu ‘point’ yang relevan untuk dia jadikan panduan mencari yang tersirat di sebalik yang tersurat.   Apatah lagi bila saya menyebut Islam, dia terus mengakui sudah ada di kalangan keluarganya yang memeluk Islam.

 

Bunga-bunga Islam sedang mengembangkan kelopaknya pada gadis itu… adakah dia sudi menerima harumannya?

Wallahua’lam.

Semoga Allah memberinya hidayah.

Ummu Abbas

3.50pm

23 Rabi’ul Thani 1431H

20 thoughts on “Purdah: Gadis India dan Islam

Add yours

  1. alhamdulillah, saya sudah mula berniqab secara istiqamah di bumi kanada. satu impian yang tertanam sebelum menjejakkan kaki di sini.

    berada di negara barat, mungkin ramai menganggap risiko tinggi atau bahaya kerana bakal dilabel dengan gelaran ‘terrorist’.

    namun, syukur Alhamdulillah selama saya berniqab di sini, tiada pengalaman label sebegitu dilemparkan. sy percaya, makin ‘educated’ seseorang itu, fikirannya lebih terbuka. menerima diri kita seadanya walau pegangan dan prinsip hidup berbeza, pembawaan dan penampilan diri berbeza.

    seringkali saya rasa sungguh selesa keluar dengan berpurdah di sini. walaupun kelihatan pelik, namun tiada yang menyisihkan saya. (anda saja kita bijak tidak menyisihkan diri dari orang ramai).

    dakwah itu berseni.
    mesej islam yang sebenar bukan sekadar kata-kata. tetapi mesej islam yang sebenar itu adalah AKHLAQ.

    nabi diutuskan pada manusia, bukan untuk mengajar ilmu sains, atau ilmu bercucuk tanam.tapi untuk memperbaiki akhlak manusia.

    runtuhnya akhlak manusia, maka runtuhlah tamadun.

    rosaknya masyarakat,
    bila rosaknya akhlak ahli masyarakat.

    rosaknya sesebuah bangsa dan negara
    apabila keruntuhan akhlak makin bermaharajalela.

    soalnya sekarang, dakwah itu halus.
    boleh saja terjadi, niqab itu menjadi alat dan tarikan untuk kita punya ruang dan peluang menyampaikan dakwah dan mesej-mesej islam kepada manusia.

    niqab tidak membataskan.
    malah seharusnya dengan berniqab diri patut menjadi lebih yakin untuk cuba mendekati masyarakat. mengubah persepsi yang salah. dengan menunjukkan akhlak, tingkah laku, dan peribadi yang terbaik dan mulia. kerana ‘action speaks louder than words’.

    Wallahu’alam.

    Jazakillah Qurratul ain.

    Alhamdulillah. Tahniah dan syabas kerana berjaya dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk menunaikan hasrat yang baik yakni berpurdah.

    Setuju dengan pandangan Ain dan terima kasih atas perkongsian ini. Ia sungguh bermakna buat Kak Nur.


  2. assalamualaikum…

    Ummu Abbas,
    terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan pengalaman saudari pada saya.saya amat bersyukur.
    saya baru 4 bulan mengenakan niqab..saya menyimpan hasrat untuk berniqab selama 10tahun.baru sekarang Allah swt membuka jalan yang luas untuk saya meneruskan hasrat saya ini.. keluarga mertua dan keluarga saya menerima dengan seadanya..saya bersyukur.cuma kadang2 saya rasa agak tidak selesa apabila menghadiri kenduri,dinner dan lain2 keramaian…saya menanggalkan niqab ketika makan.ketika itu banyak mata2 yang memandang saya…saya cuba untuk makan tanpa membuka niqab…tapi rasa amat kekok sekali.. saya memakai niqab dengan mengambil sunat..saya harap ummu Abbas dapat membantu saya…terima kasih.

    Wa’alaikum salam Diyana.

    Tadi akak dah beri pandangan secara ringkas tapi ada masalah line internet… Insya Allah akak respon semula di lain waktu secepat mungkin.

    Apa pun tahniah dan alhamdulillah kerana berjaya berpurdah.


  3. salam.
    sy ni ttup aurat minimum je. tp stakat ni sy slalu jumpa & respek muslimah yg berniqab esp my aunt & my colleague yg sgt attractive, pembersih, kemas, sopan, rajin, baik hati, peramah – mmg muslimah sejati la. suka sgt la dsamping mereka.
    cuma adala segelintir yg bertudung labuh agak kurang sikit bab habluminannas & kebersihan… sedih rasa…. harap kita smua dpt bg cth yg baek kpd Islam.

  4. Assalamualaikum.
    Ummu Abbas mohon keizinan untuk di’copy’ ke blog Abu Huzaifah untuk manfaat sahabat ziarah.Syukran jazilan

    Tafaddhal…


  5. assalamualaikum…

    saya mohon ummuabbas untuk menjawab persoalan saya diatas.
    terima kasih….

  6. Wa’alaikum salam Diyana,

    Pada pandangan saya, apa yang Diyana lakukan merupakan satu keperluan dalam suasana Malaysia.

    Biasanya akak pilih tempat yang agak terlindung untuk makan di tempat umum. Kemudian bertawakkal kepada Allah. Jika jenis makanan mudah disuap di sebalik niqab, akak suap di sebalik niqab tanpa membukanya seperti kuih muih dan sebagainya.

    Pedulikan mata-mata yang memandang. Jika sesama wanita, ia satu keperluan untuk mengenali. Jika lelaki, mereka sepatutnya tahu apa yang terbaik untuk mereka lakukan. Dan kita tidak akan ditanya oleh Allah tentang perbuatan orang lain. Insya Allah, pahala usaha kita untuk menjadi muslimah mukminah tetap tidak akan berkurangan.

    Rimas memang rimas tapi apa boleh buat … kita hidup dalam masyarakat yang tidak soleh… jadi buatlah setakat yang termampu tanpa memberatkan diri sendiri… insya Allah, kita akan mampu istiqamah. Apalagi Diyana beritahu memakainya kerana sunnah. Maka sama seperti kita menunaikan solat sunat, puasa sunat dan lain-lain. Ada masa tertentu kita meninggalkan perkara tersebut apabila wujud halangan. Namun bukanlah bererti kita ‘bercerai talak tiga’ dengan amalan tersebut.

    Permudahkan, jangan disusahkan.

    Ummu Abbas

  7. Syukur Kehadrat Allah SWT…

    Terima kasih kak Nur kerana sudi membalas pertanyaan saya…

    saya masih mentah dan terlalu cetek pengalaman yang saya ada..

    Sokongan dan pengalaman kak Nur serta teman-teman ketika berniqab amat saya perlukan dan saya amat hargainya…

    Insya Allah… sama-sama kita saling menyokong pada perkara kebaikan.


  8. Sila rujuk pada ustaz atau guru yang mursyid (yang mengamalkan sunnah sepenuhnya) berkenaan syarah Imam Syafie yang mengatakan lebih baik menutup muka kecuali mata bagi wanita. Sahabiah menutup semua anggota takder kecuali-kecuali. Ada dua golongan sahaja wanita yang menutup aurat.

    tutup semua kecuali muka dan tapak tangan (FATWA)
    tutup semua (TAKWA)

    ***peringatan: kalau isteri ustaz pun tak pakai purdah, tak payah tanya dier. Kalau janggut pun seciput n trim lagi, lagi tak payah tanya.

    🙂 Bagus mengenai peringatan akhir yang diberikan sebelum bertanya seseorang ustaz@alim.


  9. salam…
    sy mmg berniat ingin pki purdah..tp prngai sy tak lah sbaik mna ble dgn rkn2 spt byk berckp&berjenaka..skarang ni sudah istiqamah mmkai bju kurung@jubah ble kluar rumah..tlg bg sy nsht&pnduan,jka sy mmakai purdah sy risau sikap sy terbawa2 jka sy mmakai purdah dan ini hny akan mmbuat msyrkat mmndang serong terhdap org yg mmakai purdah dsebabkan sikap sy..adkah sy ptt mngubah sikap sy dhulu,kmudian bru mmakai purdah krn sy berniat apbla sy smbung blajar di universiti tdk lme lg,sy sudah mmkai purdah…wslm.

    Wa’alaikum salam wbh Anak Umi,

    Alhamdulillah kerana diberi taufik oleh Allah untuk mengenakan pakaian Ummahatul Mukminin.

    Pada pandangan akak (atau mungkin berpangkat Ummu dah dengan Anak Umi ni 🙂 ), berdasarkan pengalaman diri, Anak perlu bermujahadah untuk mengisi hati dengan sifat mahmudah dan menyingkir sifat mazmumah sedikit demi sedikit sekiranya ada. Dari usaha membersihkan hati inilah akan melahirkan akhlak yang mulia. Kebersihan hati akan memberi sumber keyakinan dan kekuatan kepada diri untuk terus berniqab seterusnya istiqamah dengannya, insya Allah. Dengan lain perkataan berusaha memperbaiki akhlak diri adalah lebih utama dari mengenakan niqab. Namun usahlah menunggu diri sempurna kerana tiada manusia yang mampu menjadi sempurna.

    Dalam masa yang sama, tingkatkanlah pengetahuan agama dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. Ilmu itulah yang akan sentiasa mengingatkan kita untuk terus memperbaiki diri meskipun adakalanya kita akan jatuh.

    Setelah berazam dan berusaha, maka bertawakkallah kepada Allah. Allah amat suka kepada hamba yang bertawakkal kepadaNya.

    Selalulah memohon pertolongan dariNya dan meminta petunjuk apakah tindakan yang terbaik untuk dilakukan.

    Akak juga jenis peramah sebenarnya dan suka berjenaka tetapi akak cuba sesuaikan sikap itu dengan kehendak Islam seperti bercakap pada perkara yang penting dan memberi ilmu dan juga berjenaka pada tempat yang sesuai. Percakapan dan gurau senda akan memberi kesan kepada hati dan hati orang mukmin itu sentiasa tenang serta tidak suka kepada perkara lagha.

    Akak harap apa yang dinyatakan di atas dapat membantu.

    Mohon maaf atas segala kekurangan.

    Wassalam.

  10. assalamualaikum…

    alhamdulillah kerana ana diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menemui blog ni..
    Ana perlukan nasihat/saranan/pendapat/ komen yang boleh membantu kekusutan yang ana alami sekarang…

    maaf, mungkin ana akan berterus -terang bagi merungkai segala permasalahan yang ana hadapi.. moga2 kalian dapat membantu ana untuk mencari solusi bagi ana supaya ana tak menjadi penyebab kepada timbulnya fitnah kepada Islam..

    Bismillahirrahmanirahim..
    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

    Ana kini sudah berniqab namun masih baru kira-kira 2 bulan yang lalu.Namun sebelum ni ana still on off..maksudnya kalau keluar pergi supermarket ke, ana pakai tapi kalau pergi kuliah ana tak pakai..namun, ana mula memakainya secara istiqamah ketika musim peperiksaan yang baru sahaja berakhir awal bulan ni..Alhamdulillah, rakan2 kuliah ana nampaknya boleh terima ngan perubahan imej ana.. tapi yang ana kesalkan, masa ana pergi mintak kerja sebagai part time guru tadika ketika semasa cuti sem selama 2 bulan, niqab yang ana pakai menjadi isu..

    mereka kata kalau kita berada dalam dunia pekerjaan, memakai niqab tidak digalakkan malah berkemungkinan diharamkan..mereka seolah-olah memandang orang yang berniqab nie sengaja nak pakai/cume nak test pakai/tengok kawan pakai rasa nak pakai jugak..Ana sedih sangat sehingga ana terpaksa membuka niqab.

    sebenarnya apa yang patut ana buat??
    sedangkan ana dah pakai niqab dhadapan rakan-rakan kuliah ana, kalau ana tanggalkan niqab, pasti ia akan menjadi isu…

    mohon bantuan antum…

    Wa’alaikum salam wbh,

    Muslimah,

    Insya Allah akan cuba diberi respon secepat mungkin. Hara bersabar ye… sambil-sambil tu boleh search artikel bertajuk purdah. Mungkin di sana akan ada pengalaman yang dapat membantu muslimah.

    Wassalam.


  11. salam,
    saya masih baru berpurdah..ingin pendapat..
    saya still on off kerana masih bersekolah….
    saya masih belum berpurdah di bandar saya sendiri kerana kerap terjumpa rakan-rakan di bandar dan bimbang mereka akn pertikai “apa lah najihah ni,kat luar sekolah berpurdah,macamlah orang tak tahu muke dye camne ” saya nak tnye.. dalam keadaan camni, lbih baik untuk sayer on off di bandar saya atau hold dulu niat sayer..
    alhamdulillah, di luar bandar saya..sudah mampu berpurdah..

    Wsalam.

    Pada pandangan akak, lebih baik tangguh dulu niat tu kecuali sudah punya kekuatan untuk berpurdah secara istiqamah.

    Tiada masalah orang yang sudah kenal wajah kita kerana wajah tidak termasuk aurat. Wajah ditutup untuk memelihara diri daripada fitnah.

    Jika lelaki ajnabi yang mengenali kita, maka bila berpurdah, mereka tidak mudah-mudah menegur kita tanpa tujuan penting. Banyak lagilah hikmahnya yang lain.

    Wassalam.


  12. sy juga terniat d dlm hati ingin..mmakai purdah..sy salah seorng pesakit yg menghadpi penyakit gangguan makhluk2 halus..dan telah bnyak amalan2 yg d berikan kpd sy oleh ustaz2 sy..sy sntise ngun d tengah mlm untuk d beri pertunjuk..makin kuat niat sy untuk mmkai pudah..tapi msalahnye sy berskolah lagi..umur sy bru17 thun..sy tkut pihak skolah tidak mmbenarkan sy uniuk mmelakukannya..

  13. Salam ukhwah….saya baru berniat untuk memakai niqab. bukan kerana fesyen atau yang sewaktu dengannya. niat terdetik di hati kerana saya bakal berpindah ke tempat lain yang berjauhan dengan suami. dah ramai yang saya tanyakan tentang pemakaian niqab nie. tuntutan kerja tidak membenarkan saya berniqab sepenuh masa. setelah bertanyakan pada ustaz & ustazah mereka mengatakan jika berniat untuk mengelakkan fitnah atau gangguan, pakai aje. tak salah.semoga diberikan kekuatan untuk saya berniqab

    Salam alaikum… Iya… semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk memakainya menurut keadaan yang sesuai.

  14. Bismillaahirrahmaanirrahim.. Sy xde kwn yg pakai purdah pun.perasaan nk pkai purdah ni dtg dr tahun lepas lg.tp sebulan dua ni makin kuat.sy kerja manufacturing,jubah&bj kurung pun xleh pakai.tp hati makin kuat dn tertarik nk berniqab.apelg bila t’baca buku Aisyah ummul mukinin Keanggunan Sejati,rs mcm indah nya..Tuhan,berikan aku kekuatan.kelemahan sy krn maseh takut apa yg org akn pikir bila kt b’niqab,mcmana org pandang,kwn2 blh terima x,kuarge blh trima x..dan mcmana nk sesuaikn diri dgn situasi berbeza t’utama majlis2 ,kenduri,dn kerja.

    Alhamdulillah. Ia adalah fitrah wanita. Ramai yang tidak tahu, kebanyakan wanita bertamadun sebelum kedatangan Islam menutup seluruh tubuh mereka termasuk wajah.

    Buat masa sekarang, pelihara keinginan yang baik itu. Suburkan ia dengan menambah ilmu dan amalan yang boleh memberi kekuatan jiwa. Pertingkatkan hubungan dengan Allah swt serta perbaiki akhlak yang masih kurang baik. Insya Allah, lama kelamaan kekuatan itu akan datang sendiri.

    Apabila sudah ada kekuatan, banyak jalan keluar yang akan kita nampak sedikit demi sedikit dari perkara yang menghantui kita sekarang.

    Semoga Khadijah sentiasa dibawah pemeliharaan Allah sentiasa.


  15. Alhamdulillah..syukran Ummu Abbas reply my message..it’s getting stronger day to day.sejak niat nak berpurdah ni hampir setiap minggu Allah temukan dgn org yg berpurdah..rasa mcm Dia berinteraksi dgn sy using His own way. inshaAllah 01 Jan 2011 will be my first day wearing niqab/purdah..doakan sy diberikan kekuatan. kebetulan juga ada sorang kwn 1 tempat kerja yg rupa2 nya sedang berminat nk pakai purdah. so Allah temukan kami, dan dlm 1 masa Allah bagi kekuatan utk sy & kwn tu utk memakai purdah/niqaab..makin kuat keyakinan sy bila ada kwn dekat yg dpt faham apa sy rasa dan inginkan:)

    Iye… fikir secara positif dengan setiap perkara yang berlaku… Allah merancang sebenarnya untuk menyampaikan sesuatu kepada kita… terserah kepada kita bagaimana menafsirnya. Dalam isu purdah ini, pengalaman akaklah… bila ia termasuk dalam perkara khilaf, akan berlaku konflik juga dalam diri untuk melaksanakannya dan istiqamah dengannya.

    Jika Khadijah berhadapan dengan cabaran mahu memulakannya, K Nur pula berdepan dengan cabaran untuk istiqamah. Namun setiap kali kita berfikir mengenainya, ada sahaja petunjuk-petunjuk secara tidak langsung yang Allah datangkan agar kita jadikan panduan. Juga Allah ingatkan semula mengenai apa yang telah dicampakkan dalam diri pada hari pertama memakainya. Sukar untuk membuat keputusan sebenarnya dalam suasana tiada sokongan kuat dari orang sekeliling namun faktor KETENANGAN hati sendiri menjadi fokus utama.

    Nabi s.a.w pernah berpesan agar membuat sesuatu yang memberi ketenangan kepada hati dalam perkara yang tidak termasuk kategori HALAL dan HARAM secara mutlak. Jadi jika kita memilih untuk memakainya kerana hati merasa lebih tenang dengannya, maka itulah yang terbaik buat kita. Namun dalam masa yang sama kita perlu meraikan orang lain yang tidak memakai niqab kerana pilihan mereka juga masih dalam lingkungan syariat.


  16. assalamualaikum..

    ada soalan yang nak sgt saya tanya, berdosakah jika setelah memakai niqab, kemudian berhenti memakainya? contohnya seseorg memakai sebab nak islahkan diri..sebab nak menjaga tutur kata, perbuatan agar lebih terkawal..apabila sampai target itu, bolehkah niqabah berhenti memakai niqab?

    kita semua tahu hukum pakai niqab ada khilaf di kalangan ulama..jumhur pun sepakat muka dan tapak tangan bukan aurat.. jadi jika meninggalkan niqab seseorng itu tidaklah berdosa..lainlah jika hukumnya wajib, sesuatu yng wajib apabila ditinggalkan haram hukumnya seperti solat

    Jika saya tersalah mohon penjelasan..syukran..

    Wa’alaikum salam wbh.

    Iya… tidak berdosa hukumnya kerana ia adalah khilaf di kalangan ulama. Ramai muslimah yang berniqab membuka niqab disebabkan halangan dari suami setelah berkahwin, tuntutan kerja, situasi yang menekan, tujuan dakwah dan sebagainya.

    Cuma setakat pemerhatian akak, ramai juga muslimah yang membuka niqab setelah memakainya berkurangan rasa malunya dengan lelaki ajnabi. Ia dapat dilihat melalui cara mereka bergaul dan sebagainya. Sesetengahnya masih lagi istiqamah dengan rasa malu dan berhati-hati ketika bermuamalah dengan lelaki ajnabi.

    Wallahua’alam.

  17. as-salam…

    1-akak, sy ada gf…yg agak islamik..dia ok je dgn tdg labuh, jubah, abaya sume… tp oleh sbb wjh dia SGT mempesona pandangan, so sy syorkan dia pakai purdah…siap nak sponsor lg…tp dia asyik tolak je…

    2-sy niat nak jadikan dia ISTERI dlm tahun ni… tp kalo blh, nak le dia berpurdah…tenang sikit hati sy…sy tahu mmg x slh kalo dia xnak pakai pon…cumanya, sy akan lebih tenang jika isteri sy nanti berpurdah…

    3-so, leh akak berikan bbrp teknik/tips utk nak bg dia minat bpurdah?

    Assalamu’alaikum.

    Alhamdulillah dengan niat saudara yang baik itu. Bukan mudah dapat lelaki yang mahu galakkan isteri berpurdah.

    Berkenaan dengan gadis yang diminati itu, satu point penting yang Suffi perlu sedar ialah taufiq dan hidayah untuk melaksanakan sesuatu ini hanyalah milik Allah. Justeru itu, sentiasalah berdoa kepada Allah terlebih dahulu agar Allah beri hidayah kepada gadis itu untuk berniqab. Kemudian barulah cuba mendorongnya memakai niqab dengan cara yang sesuai.

    Pada pandangan saya, lebih elok Suffi melamarnya terlebih dahulu. Jika lamaran sudah diterima, baru berbincang untuk mendorongnya memakai niqab.

    Mungkin dia sendiri sudah ada minat untuk berniqab, jadi saudara hanya perlu menggalakkan sahaja agar dia rasa ada kekuatan untuk melaksanakannya.

    Lain2 cara, saudara boleh cari artikel atau buku yang sesuai dan beri dia baca.

  18. aslkm….tlg berikn ana nasihat n pnduan…ana termsuk niqabi tp knp ya ana sllu sja berperangai buruk,cm susah nk hilangkn smua tu dri diri ana…ana sgt2 sdih melihat kelakuan ana nie…..tlg beri ana saran apa yg hrus ana lkukan utk menghilangkn sikap2 buruk tu…ana sgt2 perlukn nasihat dri para muslimah….pliz help me…

  19. Alhamdulillah niat utk berpurdah kini telah berjaya n istiqamah…syukur allah bg sy kekuatan…malah dgn berpurdah ni sy lebih menjaga ahlak baik….alhamdullilah

    Alhamdulillah, moga Allah tetapkan hati kita atas kebaikan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: