Apabila Perompak Beri Tazkirah…

Cuba perhatikan dialog berikut;

“Kereta saya dibaling batu, ditendang. Mereka berbaring di jalan seolah-olah di Timur Tengah dan Pakistan,” katanya ketika ditemubual TV1.

“Adakah itu cara Islam dan orang beriman?” katanya lagi.

Menurutnya, penunjuk perasaan terbabit telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam.

Kata-kata di atas diucapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rujuk: http://malaysiakini.com/news/97754

***********
Kira-kira 8 tahun yang lalu, 3 orang perompak memasuki rumah abang ipar saya. Setelah habis wang tunai dan barang kemas diambil. Salah seorang dari mereka berkata kepada isterinya,

“Ada lagi barang kemas yang disembunyikan?”

Abang ipar saya, isteri dan anak-anak mereka telah diikat tangan mereka ke belakang.

Isteri abang ipar saya menggenggam satu jari yang masih ada cincin. Dia tidak sanggup memberitahunya lalu menggelengkan kepala.

Perompak itu lalu berkata,

“Tak baik cakap bohong!”

“Menyampah aku. Kau tu rompak barang orang tak apa.” Kakak ipar saya hanya mampu meluahkan dalam hati sahaja.

************
Soalan: Apa persamaan antara kedua cerita di atas?

Fikir-fikirkan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: