Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah

Assalamualaikum,

Seorang blogger menyatakan seperti berikut;

Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua.
Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan kekal hidup dalam keadaanya itu mungkin selama-lamanya.

Ummu Abbas: Pertama kali membaca komen ini, saya berhipotesis bahawa ibu bapa Nik Nur Madihah tentunya insan yang tabah dan tidak suka meminta-minta atau mengadu kepayahannya kepada orang lain. Justeru anaknya terikut-ikut sikap tersebut sehingga terdapat gurunya sendiri tidak mengetahui kehidupan daif Madihah. Saya mengesan perkara ini lewat laporan Utusan,

“ Katanya (ibu Madihah-p), biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.”

Hasil kunjungan saya ke rumah Nik Nur Madihah pagi tadi membuktikan perkara tersebut. Madihah mengiyakan bahawa ayahnya tidak suka mengadu kesusahannya kepada orang lain. Mereka lebih suka berusaha sendiri serta qanaah dengan apa yang Allah rezekikan buat mereka sekeluarga.

Pergantungan mereka hanya kepada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Seorang nelayan dan isteri yang tidak berpelajaran tinggi tahu membawa diri berpandukan agama Islam yang mereka cintai. Bandingkan dengan mereka yang ber’sijil’ tinggi, berjawatan seperti wakil rakyat atau exco yang gajinya beribu-ribu sebulan namun masih tamakkan harta yang Allah haramkan buat mereka seperti rasuah, riba, rompak harta rakyat dan lain-lain. Mereka tidak takutkan Allah, akibatnya hidup mereka dihina serta maruah mereka diinjak-injak.

Seorang nelayan yang takutkan Allah hari ini dikenali seluruh negara dan mendapat ‘durian runtuh’ yang halal apabila mendapat hadiah rumah dari Kerajaan Negeri Kelantan, wang beribu-ribu ringgit, tajaan biasiswa dari pelbagai pihak untuk anaknya. Bukankan Allah itu tidak memungkiri janji-janjiNya? Hamba yang menahan diri dari rezeki yang haram dan daripada meminta-minta sesama manusia sekian lama telah terbuka pintu rezeki yang Allah janjikan tanpa disangka-sangka.

Saya sempat menyebut ayat 2 dan 3 surah al-Talaq semasa berbual dengan mereka yang bermaksud,

“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan menunjukkan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah). Sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

Ayat ini juga dikenali dengan ayat 1000 dinar.

Saya sempat memerhati dua orang pegawai dari sebuah agensi kerajaan yang berpakaian segak bercakap dengan nada hormat dengan ayah Madihah dan Madihah sendiri. Mereka datang menyampaikan surat jemputan berceramah tip-tip belajar ke satu program anjuran agensi. Berbeza benar dengan layanan yang diterima oleh ADUN-ADUN lompat di Perak dan yang sewaktu dengannya dari rakyat marhaen.

Saya dimaklumkan, Madihah dan kedua ibubapanya juga mendapat tawaran menunaikan umrah oleh Hijaz Travel. Mereka dijangka berangkat pada 16 April 2009 selama 12 hari. Masya Allah, Allah bukan sahaja mengurniakan mereka nama baik, rumah dan wang, bahkan Allah juga telah sudi menjemput mereka menjadi tetamuNya di Baitullah. Moga Allah melipat gandakan lagi rezeki Hijaz Travel. Tiadalah sesuatu yang disedekahkan oleh hambaNya kecuali Allah lipat gandakan lagi rezekinya. ( Jangan lupa derma untuk pilihanraya kecil nanti ye…)

Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan. Blogger

“ Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan. – Petikan berita Utusan (www.utusan.com.my ) “

Ummu Abbas: Sebenarnya Madihah beritahu wartawan, di samping bantuan guru-guru tersebut, dia juga mendapat bantuan YAKIN yang disalurkan melalui sekolah. Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan pelajaran melalui YAKIN (Yayasan Kelantan Darul Naim) kepada anak-anak Kelantan yang memerlukan. (Boleh lawati http://yakin.kelantan.gov.my/ )

PS: Saya update perenggan akhir entri ini memandangkan ada pembaca yang tidak membaca habis komen-komen dan penjelasan yang dibuat oleh penulis di ruangan komen. Dibina atas kefahaman yang tidak jelas, komentor memberi nasihat secara tidak berasas. Saya hargai kunjungan beliau dan berharap dia belajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dengan menyertakan email atau kalau tiada email, tolong sertakan nama penuh dan nombor telefon. 30 Rabiul Awwal 1430H/27 Mac 2009

Harap maklum.
Fikir-fikir!

Renung-renung!

Ummu Abbas
21 Rabiul Awwal 1430H
7.24pm.

7 thoughts on “Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah

Add yours

  1. Terima kasih atas usaha ummu abbas untuk mendedahkan perkara ini..ana sama seperti orang lain yang hanya membaca dari akbar arus perdana dan laman2 web..sememangnya apa yang meraka hidangkan itulah yang kita telan walaupun rasa pahit kerana kita tidak tahu perkara yang sebenar..ulasan yang di tulis mereka memang meragui kerana semacam ada sesuatu yang di sembunyikan..dengan apa yang Ummu Abbas dedahkan baru di ketahui rupa2nya ini yang mereka sembunyikan dan ini yang ramai orang tidak tahu.
    Terima kasih sekali lagi,apa yang anda dedahkan semoga allah memberi balasan yang baik dunia dan akhirat.

  2. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BESAR-BESARAN
    BERSAMA ULAMA’ AHLIL BAYT
    .
    TEMA :’CINTA RASUL MANTAP IMAN’
    ( HAKIKAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ASY-SYARIEF)
    PENJELASANTENTANG AJARAN BARU YANG MENGHINA RASULULLAH !!! ULAMA’ TERSOHOR NEGARA PENYERI SAMBUTAN :
    .
    AL-FADHIL ASY-SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDDINAL-REMBAWY AL-MALIKI
    PENASIHAT, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBNILAN.
    MERUPAKAN : ِAHLI MAJLIS FATWA NEGERI SEMBILANSEMENJAK TAHUN 2003(Hasil tulisan dan terjemahan beliau telah mencapai lebih 115 buah dalam pelbagai disiplin ilmu agama termasuk 12 karangan berbahasa ‘Arab yang diterbitkan di Mesir).
    .
    ULAMA’ TERSOHOR LUAR NEGARAPENAMBAH SERI SAMBUTAN :
    DR. ASY-SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANY PENGERUSI, DARUL FATWA AUSTRALIA
    MERUPAKAN : ِحَفِيدُ رَسُولِ الله الشَرِيف(CUCU CICIT KETURUNAN RASULULLAH YANG MULIA DARI NASAB SAIYYIDINA HASAN RODHIALLAAHU ‘ANHU)
    .
    TARIKH :19 MAC 2009(KHAMIS MALAM JUMAAT)
    MASA :SELEPAS SOLAT MAGHRIB
    TEMPAT :YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILANKm 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
    TEL/FAKS: 06-4450363
    .
    MUSLIMIN-MUSLIMAT DARI SELURUH PELUSUK NEGARA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI, BUKAN SAHAJA MERAIKAN SAMBUTAN MAULIDUN NABI & MENGAMBIL ISTIFAADAH DARIPADA CERAMAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN BAHKAN JUGA MENGAMBIL KEBERKATAN DARIPADA KETURUNAN BEGINDA RASULULLAH KEKASIH ALLAH YANG MULIA !!! UHIBBUKA YA RASULULLAH !KAMI CINTA KAMU WAHAI KEKASIH ALLAH !
    http://pondokhabib.wordpress.com/

  3. Seharusnya peserta ‘Bersamamu TV3″ itu belajar melalui hal ini. Menangis dan menangis meratapi kemiskinan bukan cara yang Islam ajarkan.

    Qanaah, tidak semua mampu mencapainya.

  4. Salam….. Baru tahu cerita sebenarnya. Saya bermatian ingat bhw gurunya yg mnegumpulkan wang setiap bulan utk madihah. Saya berasa hairan sendirian, sebab YAKIN sentiasa ada biasiswa utk pelajar2, termasuk di sekolah biasa, tiba2 utk sekolah ini tiada pula….. T/kasih atas penjelasan..

  5. KSPulau,

    Bantuan yang dikumpulkan guru-guru adalah betul. Di samping bantuan guru-guru, Madihah mendapat juga bantuan dari YAKIN.

    Saya bertanya sahabat saya, Ustazah Maziah,

    “Kak Yah tahu tak Cikgu Li mengumpul bantuan untuk Madihah.”

    “Kak Yah tak tahu. Cikgu Li kutip sesama dia je kot, ” beritahu Ustazah Maziah.

    Saya sedar Ustazah Maziah merasa kesal juga kerana tidak mengetahui keadaan sebenar Nik Nur Madihah. Dia hanya mengajar Madihah semasa Madihah Tingkatan Tiga.

    Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Madihah benar-benar menyembunyikan latar belakang hidupnya. Ia hanya dapat dikesan oleh guru-guru yang membimbingnya secara langsung.

    Ummu Abbas

  6. terima kasih kerana mendedahkan cerita sebenar.
    akhirnya saya dpt memahami situasi sebenar adik Madihah.

    kerajaan Kelantan mmg membantu rakyatnya yg susah. semoga Islam terus subur di bumi Kelantan, dan semoga negeri ini melahirkan lebih ramai bijak pandai berkat kepimpinan ulama….

  7. salam…saya di sini bukan untuk membela sesiapa…yang pasti ianya hasil kecekalan dan islam yang ada dalam diri manusia tue sendiri…kemiskinan tue bukan penghalang, malah motivasi baginya…
    yang pasti bukan senang orang miskin dan fakir dan menjaga islamnya kerana
    ” الفقر يؤدي إللى الكفر”
    saya husnu zanna bahawa ayahnya juga seorang yang menyembunyikan kemiskinan dan tidak suka meminta2. justeru kerajaan negeri pun x tahu keadaan keluarga mereka.jika tahu saya pasti dgn husnu zhan, mereka pasti mendapat bantuan yang sewajarnya…husnu zann. setiap benda yang hidup ada kelemahannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: