
Alhamdulillah, saya baru pulang dari menziarahi adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pagi tadi. Seawal jam 8.30, saya bersama seorang sahabat yang mengajar di Maahad Muhammadi (P), Ustazah Maziah Seman, adik bongsu (Su Pah), si kecil Aqil dan anak saudara, Kasyfi telah berada di rumah keluarga Nik Nur Madihah (Selepas ini disebut Madihah).
Pada mulanya kami merancang untuk berziarah jam 10 pagi, namun bapa Madihah mempelawa kami agar mengunjungi lebih awal disebabkan mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur menaiki penerbangan jam 11 pagi. Mereka dijemput oleh Bank Negara untuk satu majlis bersama pihak bank.
Rasa seronok bersama Madihah dan keluarganya masih terasa hingga ke saat saya menulis entri ini. Sesuatu yang saya cari-cari benar-benar di temui pada keluarga ini.
Sebenarnya saya kurang berpuas hati dengan beberapa laporan pihak akhbar perdana seperti Utusan dan Berita Harian, jadi saya berhasrat menemui Madihah sendiri dan keluarganya sejak 2, 3 hari lepas. Memang sah ada berita yang digelapkan oleh akhbar arus perdana. Bilalah mereka mahu taubat kepada Allah? Tidakkah mereka yakin bahawa Allah itu ada dan sentiasa menilai amal perbuatan setiap hambaNya? Balasan di akhirat itu lebih penting untuk difikirkan dibandingkan habuan dunia yang secebis cuma.
Saya menunggu adik bongsu habis kursus guru di Yayasan Islam Kelantan kelmarin untuk sama-sama melawat. Adik saya juga akan dapat manfaat untuk dikongsi bersama para pelajarnya.
Antara rancangan awal saya juga ialah mahu membawa semua anak-anak agar melihat sendiri kehidupan yang serba kurang berjaya melahirkan pelajar cemerlang. Namun saya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan bertolak awal pagi. Anak-anak ada yang masih tidur. Saya amanahkan pada anak sulung yang berusia 10 tahun untuk menjaga 3 orang adik.
Saya meminta izin dari Madihah sekeluarga untuk melawat lagi dan membawa anak-anak yang lain.
Banyak perkara yang kami bualkan. Insya Allah, saya akan masukkan sedikit demi sedikit dalam blog ini menurut topik yang sesuai.
Ia mengandungi kisah-kisah yang sesuai sebagai panduan ibubapa, para pelajar, masyarakat dan kerajaan.
Sehingga berjumpa lagi di lain coretan.
PS: Saya mohon maaf terhadap mereka yang bertanya tetapi belum mendapat balasan daripada saya. Insya Allah saya sedang berusaha memberi respon menurut kesesuaian masa dan keutamaan tajuk. Terima kasih atas kunjungan.
Ummu Abbas
21 Rabiul Awwal 1430H
12.50pm
Salamz..
wah seronoknya dapat jumpa pelajar terbaik..
yg mana satu penulis ni..? rasa teringin juga nak kenal.
Yang Niqabi tu…Ummu Abbas
Kittun pun boleh ziarah Adik Madihah. Kot-kot nak sampaikan derma ke… hadiah ke…
Insya Allah, saya akan pergi lagi. Nak bawa anak-anak. Nak ikut ke?
Kak..
kesian adik madihah..mata nampak lebam.. mungkin tak cukup tido kot pressure sbb jadi selebriti..
nak ikut… nak ikut….,!
Madihah, anda menjadi idola kepada pelajar-pelajar miskin. TAHNIAH
assalamualaikum semua..kak madihah tlh mnjd inspirasi sy utk brjaye lam SPM..tmbahn pula beliau tlh mnghrumkn nmo negeri klate kito n MAAHAD MUHAMMADI LIL BANAT sperti senior2 nya dulu..kak fatimah n kak hafilah..insyaAllah thun dpn sy akn blajar d sne sbagai plajar tngktn 1 sesi 2010…he3..sy juga berasal dr klate n sgt kagum dgn kejayaan kak madihah…TAHNIAH!! utk kak madihah sori lmbt ucap..