Mendidik Anak Dengan ‘Cultural Mirroring’

13 Rabiul Akhir 1430H
9 April 2009

Anak-anak buah saya mahu mengadakan sedikit jamuan sempena Diskusi Islami (usrah) yang akan berakhir untuk semester ini.

Mereka menempah Mihun Tomyam dan kuih Belimbing. Saya hanya menyediakan minuman, buah mempelam dan tembikai sebagai pencuci mulut.

Selain itu, saya sediakan peralatan makan dan kutleri. Saya sengaja tidak menyediakan sudu dan garfu untuk makan Mihun Tomyam. Sebaliknya saya gantikan dengan chopstick.

Mug di sebelah kanan itu saya isi dengan chopstick sahaja.
Mug di sebelah kanan itu saya isi dengan chopstick sahaja.

Saya beritahu mereka, sebagai daie kita perlu memahami dan membiasakan diri dengan budaya kaum Cina selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Ia bertujuan menyampaikan dakwah secara lebih berkesan.

Alhamdulillah, 8 orang dari 10 orang yang hadir sudah biasa menggunakan chopstick. Dua orang lagi baru belajar. Namun sekejap sahaja mereka pandai menggunakannya.

Menggunakan chopstick tidaklah susah sebenarnya. Cuma perlu mahirkan lagi.

Pernah sekali, dalam jamuan di Hotel Perdana Kota Bharu, saya dan rakan-rakan mengadap hidangan di meja bulat yang memuatkan sepuluh orang. Salah seorang tetamu ialah isteri kedua Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Tiba-tiba, ‘toing’ … sebiji ‘fishball’ terpelanting ke bawah. Kami tergelak menyaksikannya. Seorang kawan terlepas ‘fishball’nya yang diambil menggunakan chopstick. Nasib baik tiada kaum tionghua bersama kami waktu itu.

Hmm... sudah pandai pun pegang dengan chopstick.
Hmm... sudah pandai pun pegang dengan chopstick.

Walaupun kaum tionghua merupakan bangsa kedua besarnya di Malaysia, namun saya belajar makan menggunakan chopstick semasa di Jordan.

Saya tiada kawan dari bangsa tionghua semasa remaja meskipun saya berminat mendekati mereka. Saya hanya pernah belajar bersama mereka semasa sekolah rendah sahaja. Hubungan itu terputus begitu sahaja.

Di Jordan, saya berkawan dengan bangsa Cina dari Republik of China. Mereka berketurunan Cina Muslim di negara mereka sama seperti kita, bangsa Melayu yang mewarisi Islam dari nenek moyang. Bilangan mereka terlalu kecil di sana. Beberapa orang sahaja di setiap universiti di Jordan yang dihuni mahasiswa Malaysia.

Kawan Cina itu menghidang kami nasi dan sayur-sayuran yang dimasak sendiri. Jadi pertama kali kami belajar menggunakan chopstick adalah untuk makan nasi. Nasi diisi dalam mangkuk kecil dan kami perlu meletakkan mangkuk hampir ke mulut semasa mahu menyuap nasi. Alhamdulillah berjaya.

Kami melakukannya sebagai persediaan sebelum pulang menjadi daie di tanah air. Insya Allah.

Azzam makan mihun tomyam dengan chopstick.
Azzam makan mihun tomyam dengan chopstick.

Saya membeli chopstick untuk digunakan di rumah selepas berkahwin. Selain untuk memahirkan diri, saya juga melatih anak-anak menggunakannya. Pada asalnya, saya dan suami mahu menghantar anak-anak ke sekolah rendah Cina namun keadaan tidak mengizinkan.
Anak-anak saya bersekolah di sekolah rendah agama swasta yang tiada bangsa Cina. Jadi sayalah yang perlu mendedahkan mereka kepada budaya masyarakat sekeliling.

Puan Ainon (Sifu PTS) menyebut dalam blognya http://universitipts.com/ perbuatan sebegini dinamakan ‘cultural mirroring’. Puan Ainon menafsirkan istilah tersebut sebagai,
‘Kemahiran melakukan cultural mirroring sangat berguna bagi menghantar mesej bahawa seseorang itu berkongsi nilai-nilai serupa dengan rakan-rakan daripada budaya lain.

Fenomena ‘celik-budaya’ atau cultural literacy adalah modal penting dalam kejayaan sosial, yakni kejayaan yang bergantung pada sokongan orang-orang lain.

Ayat akhir yang berbunyi, ‘yakni kejayaan yang bergantung pada sokongan orang-orang lain’ itu agaknya dalam konteks politik yang ada sekarang.

Kalau kita mahu melihat dari perpekstif Islam, perjuangan Islam tidak bergantung kepada ‘orang-orang lain’ untuk berjaya.

Tunjang perjuangan Islam ialah para daie yang berkerja sebagai batu-bata yang tersusun rapi. Islam mewajibkan ummatnya untuk menyeru seluruh manusia kepada Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, daie perlu memahami budaya mad’u (orang yang diseru) dan mendekati mereka dengan kaedah interaksi yang mampu melunakkan hati mereka.

Kaedah ‘cultural mirroring’ ini digunakan dengan begitu baik oleh para pendakwah Arab zaman kerajaan Melaka dahulu, menyebabkan Islam berjaya mengetuk pintu-pintu istana dan hati rakyat seluruhnya.

Penjajah Inggeris pula menggunakan kaedah yang sama untuk menawan hati masyarakat setempat sehingga Tanah Melayu berjaya dijajah.

Kesimpulannya, ‘cultural mirroring’ merupakan salah satu bentuk interaksi untuk menyampaikan Islam. Matlamat daie ialah agar Iman dan Islam menyerap masuk ke hati mad’u. Objektif inilah yang paling tinggi nilainya di sisi Allah dibandingkan sekadar mendapat sokongan politik.

Politik Islam itu sendiri merupakan wasilah menyampaikan dakwah dan bukannya matlamat.

Wallahua’lam.

Chopstick ini suami saya beli di Taiwan, November 2008
Chopstick ini suami saya beli di Taiwan, November 2008

Ummu Abbas
22 Rabiul AKhir 1430H
4.10pm

One thought on “Mendidik Anak Dengan ‘Cultural Mirroring’

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: