Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian

kenya-map1

NAIROBI: Sebuah gereja Kenya cuba membawa nenek tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menganuti agama Kristian, cubaan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam negara itu yang mendesak kerajaan menghalang usaha berkenaan.

Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya bercadang menjadikan Mama Sarah, 87, seorang Kristian dalam satu majlis besar-besaran, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.

“Apabila saya dengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya menolak,” katanya kepada akhbar The Standard.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Imam dan Pendakwah Kenya, Sheikh Mohamed Khalifa, kesal dengan cubaan gereja itu memaksa Sarah menukar agama.

sarah460

Sarah menjadi selebriti selepas cucunya itu melawat Kenya pada 2006. Rumahnya menjadi tarikan pelancong sejak Obama dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat November lalu.

Obama, adalah anak kepada lelaki kulit hitam Islam Kenya dan wanita kulit putih Amerika. – Agensi

Sumber: Berita Harian Online.

Lagi berita dan foto Mama Sarah di http://news.yahoo.com/s/afp/20090420/wl_africa_afp/kenyareligionusobama

dan di sini http://www.alarabiya.net/articles/2009/04/20/71069.html
*********

Lagak gereja itu tidak ubah seperti UMNO yang suka membeli pemimpin Pakatan Rakyat. Kemudiannya isytihar lompat parti kononnya perjuangan UMNO lebih benar dan diterima rakyat.

Mereka adakan sidang media dan berbangga dengan acara pengkhianatan yang dilakukan.

Pihak gereja melihat potensi besar disebalik usaha menarik Mama Sarah kepada Kristian disebabkan Mama Sarah ialah nenek kepada seorang presiden bertaraf dunia. Meskipun ia nenek tiri sahaja yang sudah berusia 87 tahun.

Sama seperti UMNO yang suka target individu berpotensi besar masuk UMNO demi survival politik bertunjangkan akar yang rapuh.

Teringat pula cerita Senator Mumtaz bahawa dia ditawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan dan wang 5 juta jika dia sanggup menjadi calon UMNO menjelang PRU 12 yang lalu.

Cuma usaha UMNO lebih hebat berbanding gereja kerana sanggup berhabisan wang merasuah orang.

************
Sama-sama kita doakan agar keluarga Obama yang sedia muslim itu terus kekal dalam Islam.

Ya Allah, wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati manusia…

Tetapkanlah hati-hati kami dengan agamaMu dan mentaatiMu.

Amiin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

[8] Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

[9] Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Surah al-Saf; 8 & 9

Ummu Abbas
26 Rabiul Awwal 1430H
12.12am

6 thoughts on “Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian

Add yours

  1. Kak,

    1. apa hukum bercakap masa tengah ambil wuduk?

    2. kalau perempuan pakai baju cantik, seksi, pakai mekap gincu tebal untuk keyakinan dan kepuasan diri boleh ke? kalau pakaian menutup aurat tapi gincu mekap tebal untuk keyakinan dan kepuasan diri boleh ke? sebab saya dengar orang ni kata “aku begini sebab untuk kepuasan sendiri bukannya untuk menunjuk2.

    syukran

  2. Sakinah,

    Akak jawab secara ringkas dulu deh.

    Bila sempat menulis secara ilmiah, akak bawa persoalan ini ke muka hadapan, insya Allah;

    1. Makruh bercakap semasa mengambil wuduk.

    2. Keyakinan diri akan diperolehi bila kita yakin dengan syariat Allah dan bersedia mematuhinya sepenuh hati.

    Akak pakai jubah dan purdah pun rasa yakin pada diri sendiri.

    Lelaki pun lebih hormatkan kita ketika berbicara dengan kita.

    (Kalau ada yang prejudis pun, akak ‘ignore’ sahaja sikap mereka. Anggap mereka tidak faham macam kita faham, cukup.)

    Jadi akak kurang pasti kalau ada perempuan rasa dapat keyakinan dan kepuasan diri bila pakai baju cantik, seksi dan pakai mekap gincu tebal.

    Yang akak PASTI ia adalah untuk kepuasan nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan dan menurut hasutan iblis yang mahu menambah kuota ahli neraka. Hal ini jelas kerana pada zahirnya ia bertentangan dengan aturan syariat Allah.

    Kalau mereka tetap merasakan mereka dapat keyakinan diri dengan cara menderhakai Allah, ada ‘stesen’ yang harus dibetulkan kembali dalam diri mereka.

    Pada akak dan berdasarkan pengalaman sendiri, ilmu perkara paling penting untuk meningkatkan keyakinan diri. Mahu bertambah yakin, tambah ilmu agama dan beramal semaksimum yang mampu dengan ilmu yang diketahui.

    Adapun pakaian sudah menutup aurat tapi masih bergincu dan mekap tebal, ia belum memenuhi syarat ‘berhijab’ sebagaimana tuntutan syarak. Bermekap tebal adalah adat wanita jahiliyah yang mana Allah tegaskan agar jangan berhias seperti wanita jahiliyah. Meskipun mereka dari kalangan ustazah, ia tetap sahaja tidak boleh dicontohi.

    Ambillah yang baik dari akhlak mereka dan tinggalkan yang buruk. Serta doakan mereka agar menjadi ustazah yang lebih baik.

    (Terbalik pula. Biasanya doa orang alim diharapkan untuk orang awam.)

    Alasan mereka untuk keyakinan dan kepuasan diri itu perlu dimuhasabah kembali. Alasan itu dari bisikan syaitan atau bisikan malaikat?

    Iblis dan syaitan sangat kreatif dalam menyesatkan manusia.

    Kata-kata “aku begini sebab untuk kepuasan sendiri bukannya untuk menunjuk2″ adalah tepat sekiranya ia maksudkan berpakaian kemas dan bersih. Bukannya pada ‘tabarruj’ yang masih mampu dielakkan.

    Saya pernah melihat Ustazah Zawiah di TV1 yang tampil kemas tanpa sebarang make up. Nada bercakap pula lembut tetapi tegas dan tidak mengada-ngada.

    Tenang sekali hati saya melihat penampilan dan gaya Ustazah Zawiah di kaca TV. Tidak mengundang fitnah dan lebih dapat fokus pada isi perbualannya. Dibandingkan ustazah yang tampil ‘jangok’ kata orang Kelantan, saya asyik memerhatikan matanya yang siap dioles, bibirnya yang dimerahkan, pipi yang dibedakkan, kerlap kerlip bajunya, silau warna tudungnya dan lain-lain.

    Sampai-sampai saya tidak dapat fokus sepenuhnya apa yang diperkatakan. Maklumlah saya ini perempuan. Naluri perempuan suka pada benda-benda cantik. Kalau lelaki memandang perempuan, lagi-lagilah mata ditarik-tarik pada penampilan luaran yang indah begitu.

    Saya kira ustazah selebriti yang lain harus mencontohi Ustazah Zawiah yang yakin dengan ilmu dan akhlaknya.

    Wallahua’alam.

  3. Ok kak..

    hmm.. malu juga bila keluarga saya tengok di tv ada ustazah yang pakai begini begitu
    Kalau kita fahamlah keadaan ni tapi akan menaruh fikiran negatif terhadap Islam bagi yang bukan Muslim..

  4. oh… begitu ye.saya pun selalu confuse dgn penampilan ustazah2 selebriti ni.ingatkan pasti mereka berbuat dgn ilmunya.orang yg tak ada ilmu macam saya ni tak tahu nak menilainya.Pakat seronok jelah.boleh ikut…. he..he..susahnya nak cari ilmu yang benar di akhir zaman.saya ada pengalaman berpurdah.memang menenangkan dan rasa lebih selamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: