Saya ke KL-PWTC pada hari Jumaat dan baru balik semalam. Jalan-jalan jamu mata dengan buku dan ‘shopping’ buku. Saya pergi satu keluarga- suami dan anak-anak. Best! Alhamdulillah.
Pagi ini baru buka blog. Insya Allah saya akan segerakan merespon 2 persoalan di ruang Kongsi Masalah setakat yang sempat dilakukan.
Ummu Abbas
30 Rabiul AKhir 1430H
7.50am
Assalamualaikum wbt.
Saya berminat untuk membaca pandangan peribadi puan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, penyertaan penerbit dan jenis buku yang dipamerkan. Mungkin puan ada pandangan tersendiri tentang ruang pameran DBP, PTS dan beberapa penerbit lain. Benarkah pengunjung wanita (remaja) melebihi lelaki? Benarkah mereka mengerumuni ruang pameran PTS untuk membeli novel? Sesakkah ruang pameran yang mempromosikan bahan bacaan Islam?
Wassalam.