Posted in Islamika

Kasih Tok Guru Nik Aziz pada rakyatnya

Suatu hari, Tok Guru menghadiri majlis jamuan. Seorang lagi tokoh agama di negeri Kelantan duduk bersebelahan Tok Guru.

Sebaik hidangan diangkat, tokoh agama itu segera menyuapi makanan di depan mata. Telah beberapa suap dia makan namun Tok Guru di sebelah hanya diam tanpa menyentuh makanan.

Tokoh agama itu bertanya Tok Guru kenapa beliau belum juga menyentuh makanan.

Tok Guru menjawab bahawa dia teringatkan rakyatnya yang tiada makanan. Mungkin di saat dia makan itu, ada rakyat yang kelaparan.

Tokoh agama itu tersentuh hatinya dengan jawapan Tok Guru. Dia lantas menangis teresak-esak di sisi Tok Guru. Tokoh agama itu juga seorang YB namun dia terasa betapa berbeza dirinya dengan Tok Guru. Begitu halus perasaan Tok Guru pada rakyatnya.

************

Tawaduk seorang hamba (...hu...hu... sedihnya tengok Tok Guru)
Tawaduk seorang hamba

Saya peminat kuliah Tok Guru dan tokoh agama itu (yang saya tidak sebut nama) sejak awal remaja. Saya sering mengikut Ma dan Abah ke kuliah-kuliah mereka di masjid-masjid. Saya mengenali dan dapat rasakan kelembutan hati tokoh agama itu lewat kuliahnya yang menyentuh rasa. Saya juga cinta dan rindu pada nasihat dan kalam ulama seperti Tok Guru. Bila mengetahui kisah di atas yang disampaikan oleh seorang ulama muda yang hafiz pula, saya agak tersentak juga. Dalam saya mengagumi kedua ulama itu, rupa-rupanya masih wujud perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Saya tidak bermaksud merendahkan tokoh agama yang saya tidak sebut namanya itu. Bahkan saya mahu tonjolkan betapa hati dan jiwa Tok Guru yang sangat akrab dengan peribadi Rasulullah s.a.w. Itulah yang tersirat di sebalik amanah maha berat yang dibebankan Allah pada Tok Guru sebagai Mursyidul Am sebuah gerakan Islam di Malaysia.

Tok Guru berusaha sedaya upaya yang mampu mencontohi Nabi Muhammad s.a.w dalam segenap aspek. Pada peribadi, hubungan dengan anak isteri dan hubungan dengan orang ramai.

Tahukah saudara-saudariku? Dalam kempen sekelompok Melayu yang tidak mahu Islam di Manik Urai sekarang yang mahu menjatuhkan peribadi Tok Guru itu, hati Tok Guru sentiasa risau dan bimbang tentang keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Tahukah saudara-saudariku? Antara amanah sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am, Tok Guru merasa sangat berat dengan amanah sebagai Mursyidul Am. Ia bukan calang-calang tanggungjawab. Tanggungjawab memimpin roh dan akal manusia menuju Allah. Tanggungjawab mendekatkan manusia kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi dan yang hanya berhak disembah di dunia ini secara mutlak.

Pandangan Tok Guru bukan sekadar terhenti di dunia, bahkan merenung jauh ke akhirat. Tok Guru tidak mempunyai Syafaat Kubra seperti Nabi Muhammad s.a.w untuk membantu rakyat dan umat Islam di Malaysia khususnya. Tok Guru hanya mampu menyampaikan ilmunya pada kita dan memberi peringatan demi peringatan agar kita bersedia menghadapi hari hisab di akhirat kelak.

Kasih Tok Guru kepada kita sebagai rakyat dan ummah amat besar sekali. Justeru itu hati Tok Guru tidak lekang dari Allah. Bagaimana bisa Tok Guru mewarisi amanah para nabi dan rasul ini jika Tok Guru tidak cuba memiliki hati para nabi dan rasul?

Kalian dapat lihat pada khusyuk dan tawaduknya Tok Guru… bak kata seorang anak usrah saya, “Tengok wajah Tok Guru pun sudah rasa insaf”. Apa yang kita nampak di sebalik khusyuknya sosok yang disegani ramai ini? Iya…jawapannya hanya satu… sifat MURAQABAH pada seorang ulama bertaqwa.

MURAQABAH ialah merasa Allah itu hadir dan hati seolah-olah dapat melihat Allah yang maha melihat. Justeru hamba yang mencapai tahap ini merasa dirinya bagai dipenjara di dunia fana. Setiap tindakan dan percakapan perlu diperhalusi adakah akan mendapat reda Allah atau murkaNya.

Jika kita sayangkan Tok Guru, sukakah kita melakukan perkara yang dapat menggembirakan hati Tok Guru? Lakukan sesuatu dengan meletakkan Allah dan Rasul di hadapan kita. Jiwa Tok Guru akan tenang jika setiap rakyatnya mendahulukan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Bila melihat peribadi Tok Guru, saya teringat pujian Allah pada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-Taubah ayat 128,

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Ayat 129, “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

Ya Allah… kembalikan kami kepadaMu dengan rahmatMu sebagaimana Engkau menghidupkan kami dengan belas kasihanMu.

Hamba yang faqir,

Ummu Abbas
5 Rejab 1430H
8.30pm

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

2 thoughts on “Kasih Tok Guru Nik Aziz pada rakyatnya

  1. assalamualaikum, akak…sy tersentuh hati bila membaca blog akak…izinkan sy tuk berkongsi article ini di blog saya..dan sy akan quote kan nama akak “Ummu Abbas”…terima kaseh kak..

  2. Salam kak… Ummu Abbas, Saya Kahar atau nama pena Q-har, telah menyiapkan sebuah lagu khusus ditujukan kepada yg di kasihi Tok Guru.

    Bukan kerana ketokohan politiknya, tetapi kepribadian beliau serta ketokohannya yg membuat saya begitu teruja untuk menciptakan sebuah lagu khusus untuk beliau.

    Tapi malangnya, saya ini terlalu jauh dengan beliau. apa kah ada satu jalan atau cara untuk saya menyampaikan coretan saya di dalam lagu itu untuk beliau. Kalau ada sebarang cadangan, saya mohon jasa baik akak, tolong emailkan kepada saya sesuatu agar dapat saya melaksanakan impian saya itu. alamat email saya ummichoky@yahoo.com.my atau ummichoky@gmail.com atau kahar@e-zakat.com.my

    Saya menanti sebarang maklum balas dari akak UMMU ABBAS.

    Sekian, wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s