Ahli Kelab Penyokong PAS Mimpi Jumpa Nabi

Seorang ahli kelab penyokong PAS, Kannan (nama samaran) memberitahu Ustaz A bahawa dia bermimpi jumpa Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz A bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang jumpa dia itu adalah Nabi?

Kannan beritahu individu itu memakai serban dan berjubah serta mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepada Kannan.

Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Masya Allah, selepas selesai suami bercerita tentang hal itu, saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Saya mendapat cerita ini semalam. Sehingga semalam, saya dimaklumkan Kannan belum lagi memeluk Islam. Ustaz A merupakan Pesuruhjaya PAS di sebuah negeri.

Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.

Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.


Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.

Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah al-Nasr (Kemenangan)


Hamba yang faqir,
Ummu Abbas
12.10pm
27 Jamadilakhir 1430H

8 thoughts on “Ahli Kelab Penyokong PAS Mimpi Jumpa Nabi

Add yours

  1. Saya minta maaf kiranya tuan melarang dari mengambil copy apa yang ada didalam blog tuan.

    maaf

  2. Assalamu’alaykum saudara dupahang,

    Saya tidak pernah melarang artikel saya diambil. Cuma saya meminta setiap artikel atau tulisan yang diambil dinyatakan rujukan yakni blog ini. Setiap tulisan saya adalah tanggungjawab saya. Ia juga memudahkan pembaca merujuk jika tedapat sebarang kemusykilan atau salah maklumat.

    Sila rujuk nota yang dilampirkan di tepi blog ini di bawah tajuk LAMPU HIJAU.

    Sekian, harap maklum.

  3. Assalamualaikum, saya ingin mencelah sedikit tentang cerita mimpi jumpa Rasulullah tu. Saya dah beberapa kali mendengar cerita orang bermimpi jumpa nabi. Salah seorangnya ialah kawan saya seorang pemuda Mesir . Sewaktu beliau mimpi jumpa nabi tu, beliau seorang yang taat dan menjaga solat. Mimpinya ialah, beliau berjalan di belakang rasulullah sedang baginda berjalan pantas tanpa berpaling ke arahnya walaupun ada suara memanggil baginda.
    Ada dua lagi rakan yang lain yang mengakui bertemu baginda saw. Malah saya sendiri pernah bermimpi melihat baginda saw. Keadaannya sedang duduk di tilam putih bersih dan disekelilingnya kelambu putih. Baginda saw tunduk tidak mengangkat mukanya melihat saya dan perasaan saya berasa amat sedih dan risau . Bila terjaga terus hati berkata, kenapa rasulullah tidak mengangkat muka dan memandang ke arah ku?
    Hakikatnya siapa2 saja boleh bermimpi bertemu baginda saw. Namun tidak boleh juga dikaitkan dengan iman yang kuat dan amal yang banyak. Kita manusia yang lemah, berjuang melawan hawa nafsu siang dan malam. Jika lalai menguasai, tergelincirlah kita dari landasan. Mohonlah syafaat baginda saw, amalkan sunnahnya dengan penuh keikhlasan sedaya mampu dan jagalah Islam sebaiknya. Saya berpesan pada diri sendiri. WA

  4. Assalamualaikum, 2 tahun yang lalu saya telah bermimpi nampak rasulullah. Respon #3 dari qistina tu saya suka sangat. FYI, semasa bermimpi tu rasulullah (berserban, berjubah, mata, muka bersih, tak tua, tak muda, warna tak warna) diikuti oleh beberapa lelaki sedang menuju kearah sipi2 dari saya berdiri. Berhadapan melihat baginda in-coming sudah hampir dengan saya, dan dengan pandangannya yg tegas, sekawanan kurang 20 orang yg hebat2 kearah tujuannya saya melihat saja dan saya terus rasa gementar, takut, cemas, rasa kecik sangat, lutut jatuh dan mulut saya berkata Ya Allah tu rasulullah. saya bangun dari mimpi dan kelu lidah memikirkan saya mengalami perasaan sedemikian, then only saya kata alhamdulillah kerana ingatkan saya. After that saya rasa takut pada tuhan bertambah, ingat pada rasulullah bertambah dan since that day alhamdulillah saya ada usahalah mendekati tuhan…. solat 5 waktu, berjemaah, hafaz surah juz amma, juz lain2, a-mulk dan akan bertambah lagi walaupun merangkak2 24 by 7. Saya share peristiwa itu dengan rakan saya (childhood friend ..kami jarang jumpa) alhamdulillah beliau mendapat mimpi yg mana bagi beliau yang paling indah ie: bertemu rasulullah 1 thn selepas tu. Sekarang baru saya nampak kenapa kawan2, officemate saya dengar radio ikim, syok pergi dengo ceramah di internet, surau , masjid, usaha sangat2 nak jadi baik. Pesan saya, kita usahakan dulu insyaallah tuhan tolong berikutnya.
    Ketahuilah siapa saja boleh mendapat hidayah dalam apa jua cara pun.
    Saya ingatkan diri saya dan moga2 tulisan saya ada bermenafaatanya. Wassalam

    Note: (withIn-scope)
    **Mula2 takut, lama-lama baru lah rasa cinta tu ada…
    ***For me rasulullah s.a.w memainkan peranan sebagai penghubung.

  5. Assalamualaikum
    Ummu Abbas,

    Content kiriman itu bagi saya ada matang, ada ikhlas, ada ilmu. Sedap, sejuk, memberi harapan sifatnye. Anyway Ini semua dengan idzhin Allah s.w.t. Siapalah kita kan…

    wassalam
    Abi A’rif

    Note: Saya komen je apa yg telah dipost/tertulis, bukan orangnye ya.

  6. Assalamu’alaikum,

    Setiap kali mendengar kisah pertemuan dengan Rasulullah s.aw di dalam mimpi, saya pasti mengalirkan airmata kerana, Alhamdulillah, saya sendiri juga dapat bertemu dengannya di dalam mimpi 7 tahun yang lalu sewaktu 5 bulan mengandung anak yang pertama. Di dalam mimpi itu, saya berada di dalam satu majlis ilmu di dalam masjid Nabi bersama beberapa orang wanita yang berpakaian jubah dan tudung putih bersih. Tiba-tiba dari arah belah kanan dari belakang, satu suara memberi salam bila saya menoleh, saya melihat Rasulullah saw dan beliau tersenyum! Di belakang beliau ada beberapa orang wanita lagi yang turut tersenyum. Dalam mimpi itu hati saya seolah-olah sudah lama kenal dan tahu beliau adalah Rasulullah saw walaupun beliau tidak memperkenalkan dirinya.Beliau berserban putih dan berjubah putih dilapisi baju luar berwarna hijau yang hampir sama dengan warna hijau kubah masjid Nabi. Melihat cahaya wajahnya hati menjadi sangat tenang dan sejuk sekali, almost out of this world perasaan tenang itu…kalau ada satu perkataan yang dapat menggambarkan perasaan itu- ‘tranquility’ mungkin agak hampir. Benarlah seperti kata qasidah Arab bila melihat wajah Nabi seperti melihat bulan purnama…bercahaya, tenang dan sejuk. Bau udara sangat harum, bersih dan segar dengan kehadirannya, tetapi bukan seperi bau haruman bunga-bungaan atau perfume atau attar….lain sungguh bau harum itu. Baunya seolah-olah seperti tidak ujud di dunia ini. Di dalam mimpi itu saya berkesempatan, mengikuti kuliah dari Rasulullah s.a.w tetapi saya tidak dapat mengingati apa yang disampaikan dan bahasa apa yang digunakan. Tahu-tahu saya terbangun dalam keadaan berpeluh dingin, hati yang sebak dan airmata yang mengalir tanpa henti. Buat beberapa minit bau harum itu masih melekat pada hidung saya. Subhanallah…Masya-Allah…sehingga sekarang saya amatlah merindui perasaan tenang melihat wajah Rasulullah saw dan bau harum kehadiran Rasulullah saw itu….

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan yang diberikan. Semoga ia menjadi pendorong kepada Puan untuk menghayati sunnah Nabi Muhammad s.a.w dalam apa jua aspek kehidupan sehingga ke akhir hayat.


  7. Banyak2lah kita berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Semasa menziarahi makam Baginda di Madinah, seorang ustaz memberitahu, jika ingin bertemu Baginda, banyakkanlah berselawat. Antara selawat yg boleh diamalkan (afdhal) ialah selawat Ibrahim, yakni selawat yang selalu kita baca dalam tahiyat akhir semasa solat. Selamat beramal, insyaAllah. Kalau bertemu Rasulullah dalam mimpi anda, sampaikan salam rindu dari hamba yg dhaif ini.

    Terima kasih atas infomasi ini.


  8. sy kadang sayu sendiri mmg rindukan rasulullah.Dulu pernah jumpe dlm mmpi.Mlm tu rasa gelap sangat.Sy cubit pipi ..sakit..mcm tk mmpi.. pastu datang cahaya..Makin lame makin dekat.Rupanya cahaya tu datang dari tubuh lelaki lengkap berjubah dan berserban putih.Tak becakap pun.Pastu ade suara begeme mmg menakutkan.Kenalkan de Jibril dan kat depan tu rasulullah.Bole berbahasa arab masa tu.Suara tu jawab tu la dari amalan solat zikir dll.Diberi 3 permintaan..Allahuakbar.mmg benar la ape yg ade dlm quraan tu.Lepastu dalam rumah wangi je..lame jugak la..entah kenapa..mmg tak bole lpe la..kadang sayu sendiri.Tu sebab sy cerita ni.Sy mmg rasa terlalu kurang dlm ilmu jge ibadat banyak lgi yg perlu sy belajar dn tingkatkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: