Ratna. 10:45:37
Kak nur, saya ada persoalan. saya dah mempunyai 2 orang anak. jadi kami ingin merancang kehamilan seterusnya. apakah syariat agama kita dalam merancang kehamilan?
buat pengetahuan, sekarang saya sudah merancang dengan mengambil suntikan setiap 3 bulan sekali. Kesannya haid saya tidak teratur disebabkan hormon dalam badan. Kadang-kala haid hingga lebih dari 14 hari. bagaimana hukumnya sebab saya tidak dapat bersolat disebabkan haid terlalu panjang.
**************
Assalamu’alaykum Ratna,
Persoalan Ratna ini seharusnya dijawab secara ilmiah namun keadaan Kak Nur belum mengizinkan untuk Kak Nur buat rujukan. Namun oleh kerana persoalan kedua Ratna memerlukan jawapan segera, Kak Nur jawab dulu secara ringkas berdasarkan pengetahuan yang ada;
1. Islam mengharuskan merancang kehamilan yakni menjarakkan anak bertujuan memberi didikan terbaik kepada setiap anak. Juga bagi menjaga maslahah kesihatan ibu.
Terdapat sahabat Nabi Muhammad (salam dan selawat ke atas baginda, ahli keluarga dan sahabatnya) yang menggunakan kaedah anzal iaitu suami melepaskan mani di luar rahim tetapi keadaan tersebut dibenarkan sekiranya mendapat persetujuan isteri.
Jabir r.a melaporkan, “Kami mengamalkan al-azl (coitus interruptus) ketika zaman Rasulullah. Baginda mengetahuinya namun baginda tidak menegah kami melakukannya. Sahabat yang mengamalkan al-azl termasuk Ali Abi Talib, Hassan bin Ali, Abu Ayyub al-Ansari, Abdullah bin Abbas dan Saad ibn Waqqas.
Perbuatan sahabat itu menjadi dalil dibenarkan merancang kehamilan namun perlu mendapat persetujuan dari kedua belah pihak suami dan isteri.
Jika kita merujuk kepada tempoh menyusu dalam Islam yakni 2 tahun atau 2 tahun setengah bagi setiap bayi, maka dapat difahami jarak yang paling sesuai antara dua kelahiran ialah berdasarkan tempoh tersebut.
Berdasarkan kajian saintifik juga, amalan menyusu penuh dari ibu kepada bayi akan membuatkan ibu kurang subur untuk melahirkan anak dalam tempoh tersebut.
Menurut pemerhatian Kak Nur berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan, ada hikmahnya tempoh 2 tahun atau 2 tahun setengah jarak usia antara dua anak. Antaranya ialah emosi anak-anak lebih stabil kerana mendapat perhatian yang secukupnya bagi awal usia mereka. Jika lebih dari tempoh itu, emosi anak-anak akan menjadi terlebih manja dan agak mementingkan diri sendiri. Jika kurang daripada itu, emosi anak-anak cenderung merasa hina diri dan kurang diberi perhatian.
Ratna boleh rujuk kajian psikologi kanak-kanak jika mampu berbuat demikian.
Selain kesan emosi, bayi yang menyusu dalam tempoh yang ditentukan syariat juga lebih sihat tubuh badannya.
Ratna boleh rujuk dari sumber-sumber lain mengenai hal ini terutama tentang kebaikan bayi menyusu dari ibunya hasil kajian perubatan.
Apa yang perlu dielakkan ialah merancang kehamilan kerana takut miskin. Ia disebut di dalam al-Quran. Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.
Allah menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151,
“Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”
Kesimpulannya hukum merancang keluarga adalah harus dengan alasan yang dibenarkan syarak. Jika sebaliknya maka hukumnya menjadi haram.
2. Berkenaan haid yang datang tidak teratur, tempoh maksimum haid ialah 15 hari. Jadi Ratna perlu mandi janabah dan bersolat selepas 15 hari. Darah yang keluar selepas 15 hari dikira istihadah. Kemudian kira 15 hari untuk tempoh maksimum suci. Jika selepas tempoh itu masih keluar darah, maka ia dikira haid semula. Begitulah seterusnya.
Cara melakukan solat dalam keadaan keluar darah ialah, bersihkan dahulu darah yang keluar selepas masuk waktu solat. Pakai tuala wanita yang bersih, ambil wuduk dan terus solat. Darah yang keluar dalam tempoh menyucikan diri untuk menunaikan solat itu dimaafkan. Ia juga tidak membatalkan solat tersebut. Untuk kes seperti ini, satu wuduk untuk satu solat fardu sahaja.
Selesai solat fardu, Ratna boleh melakukan perkara sunat seperti solat sunat, memegang mashaf al-Quran, membaca Quran dan lain-lain tanpa perlu mengulang wuduk. Kecuali terdapat perkara yang membatalkan wuduk yang biasa seperti membuang air kecil, qada hajat, kentut dan lain-lain, maka Ratna perlu mengulang wuduk untuk melakukan perkara sunat tersebut.
Izinkan Kak Nur memberi sedikit pandangan berkenaan kaedah merancang yang diambil.
Pada pandangan Kak Nur, apabila kaedah yang diambil memberi kesan sampingan begini yang mana ia menyukarkan kita menunaikan ibadah fardu, lebih elok bertukar kepada kaedah lain pula.
Seorang sahabat Kak Nur yang bertugas sebagai doktor (perempuan) mengamalkan kaedah al-‘azl. Doktor sendiri mengelakkan makan pil atau kaedah-kaedah lain bimbang mudarat sampingan jika tersalah mengamalkannya. Sahabat Kak Nur itu tidak menyebut ‘al-‘azl” tetapi menyebut “pandai-pandai sendiri”. Dia maksudkan al-‘azl itulah. Mungkin segan mahu sebut secara terang-terangan. Menggunakan kondom termasuk dalam kategori al-‘azl.
Seorang lagi yang Kak Nur kenal mengaku mengamalkan al-‘azl namun termengandung juga. Sudah rezeki dia, apa boleh buat.
Seorang lagi sahabat karib pula, guna pelbagai kaedah: implan, IUD dan lain-lain namun dalam tempoh guna kaedah-kaedah itu, dia hamil juga. Subur sungguh.
Apa yang penting, di sebalik pelbagai ikhtiar kita, takdir Allah jua yang terbaik untuk kita.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sabar ajelah!
Moga Allah murahkan rezeki dan membantu kita mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah.
Amin.
Wallahua’lam.
Ummu Abbas
24 Jamadil Akhir 1430H
6.34pm
salam. terima kasih kak nur. saya dapat penjelasan yang lebih dari kak nur thx .
indah dan menyenangkan… aturan yang dipake oleh Islam.
Trims info yang sangat bagus dan bermanfaat 🙂
Wanita yang berdarah Istihadah boleh meneruskan Ibadah, solat dan membaca Alquran. Satu kali wuduk untuk satu solat Wajib. Bagaimana pula dengan Membaca Alquran ? Boleh tak terus membaca Al quran setelah selesai solat wajib tanpa mengambil wuduk semula?
Assalamualaikum w.b.t. saye nk tanye, dn harap boleh tlg saye. Saye skang menetap di uk, slalunye kami solat bwt jamak sbb waktu zohor & asar (tyme winter) terlalu dekat. dn kekangan waktu dlm kelas bwtkn kami x sempat nk solat ekot waktu. kdg2 kene solat dlm kelas. tapi slalunye saye just jage wudhu’ utk solat yg seterusnya, supaya x amek mase trlalu lame. tp skang sye dlm keadaan istihadah. ade x ape2 care yg saye boleh bwt? adakah solat jama’ di bolehkn oleh wanita istihadah? ataupun boleh x kalo saye solat zohor (akhir waktu) dn trus sambung solat asar (x lme lps tu) ? harap dpt tlg saye sbb keadaan kolej di uk kadang kala menyukarkan saye utk solat, trutamanye dlm keadaan istihadah.
Slm kak ummu.
tanx utk jwpn yg akk bagi. brkenaan solat jama’ tu, kami hnya bwt pd waktu2 trtntu je sbb ade berape lecturer yg x bg kami kluar tyme klas lgsung. ssh sbb dyorang xnk memahami. course dn kls2 di sini pn dh dtetapkn, so mmg xbleh nk tukar. tp alhmdulillah, still ade bbrapa lcturer yg memahami dan bagi kami mase utk solat.
Tanx utk jwpn akk. 🙂
Wsalam Gadis Melayu..
Tahniah dan syabas kerana berusaha memelihara solat 5 waktu walau dalam keadaan susah.
Saya syorkan jika dapat digunakan helah untuk keluar dari kelas seperti beritahu mahu ke bilik air, maka gunakan helah tersebut. Ambil masa untuk tunaikan solat seringkas mungkin dan kembali ke kelas semula. Sebelum menunaikan solat, pergi ke bilik air dahulu untuk berkumur contohnya dan terus solat agar tidaklah kita bercakap bohong pula. Perlu bezakan antara helah dan berbohong.
assalaualaikum… sy nak tanya soalan…mcm mana keadaannya jika sudah melebihi 15 hari dan darah selepas itu berwarna coklat….adakah itu dikatakan istihadah..dan boleh kah seseorang itu berimam atau perlu melakukan solat secara sendirian…??
Assalamualaikum…
sy baru bersalin secara pbedahan.hari 32 sy ambil perancang suntikan.ari34 dah suci.ari 41 kluar darah lagi hinggalah sekarang ari 66.soalan sy:
1. adakah perkiraan nifas hingga 60 hari dan 6ari selepas itu dikira istihadah?
2. sekiranya darah keluar berterusan, nak kira istihadah 15 la ye, hari ke 16 kira haid pula?
mohon penjelasan.. terima kasih.
Wa’alaikum salam warahmatullah Nazidah 🙂
34 hari sahaja dikira nifas. Hari ke 41 sudah dikira haid sebab tempoh suci sudah melebihi 24 jam. Ia bermaksud nifas sudah habis. Tempoh minimum suci 15 hari adalah untuk antara dua haid, bukan antara nifas dan haid.
Kemudian perlu ambil kebiasaan maksimum haid untuk kiraan seterusnya – contoh 10 hari. 41+ 10 = 51. Jadi hari ke 41 hingga 51 adalah haid. Hari ke 51 dan seterusnya dikira istihadah.
Menurut suami Ummu (seorang doktor), pengambilan ubat perancang biasanya menganggu hormon estrogen.
Jika belum faham, boleh tanya lagi.
Wassalam.
Assalamualaikum…
Terima kasih atas jawapan yang dihuraikan.ok sy dah faham tp nak tanye lagi..
berapa lama tempoh istihadah dikira?sebab spai sekarang ari 69 darah ada lagi tp waktu siang je sikit2.musykil nak kira posa camane.
wassalam..
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Alhamdulillah.
Hari ke 51 + 15 hari (tempoh minimum suci antara dua haid) = 66. Hari ke 67 dikira sebagai haid semula. Begitulah seterusnya.
Wassalam.
terima kasih atas jawapan yg dijelaskan.wassalam..
Sama-sama 🙂