Selamat Datang Ramadan!

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Assalamu’alaykum,

Khusus untuk para pengunjung blog Islam Itu Indah,

Moga Ramadan 1430 menambah Indahnya Islam dan Iman di dada kita! Amin.




Maksud tulisan khat bersaiz besar (lebih kurang);

Semoga hubungan kamu dengan Allah lebih akrab sempena Ramadan ini!

 

Ummu Abbas

30 Syaaban 1430

10.15am

5 thoughts on “Selamat Datang Ramadan!

Add yours

  1. salam sis.nur.. sy baru menjejaki & mengikuti blog sister. sgt bermanfaat! jakillahu khairan kathira! dan disini sy ada sedikit persoalan.. harap sis dpt membantu.. sy kategorikan diri sy sbg seorang yg kurang sabar terutama sekali ketika berhadapan dgn kerenah anak2.. (8,6,3,1).. sy usaha utk meningkatkan sabar melalui puasa sunat & AlQuran.. sy dpt rasakan perubahan pada diri sendiri tetapi amalan tersebut tak konsisten. soalnya, betulkah apa yg saya lakukan? (ada dinyatakan dlm mana2 ayat AlQuran?) jika betul, bagaimanakah teknik utk konsisten?
    terimakasih byk2 atas perhatian.. 🙂
    salam ramadhan buat sis & famili.

    Salam ‘alaykum Junn,

    Samalah kita. Anak saya berusia 10, 9, 6, 4 dan 2 tahun. Saya juga sedang bermujahadah untuk konsisten dengan sabar dan lebih berhemah dengan anak-anak kecil.

    Betul dah apa yang Junn amalkan itu. Saya juga cuba beramal demikian. Kena banyakkan zikir dan fikir sebelum bertindak. Saya faham perasaan ibu yang mudah emosi terutama yang membabitkan anak-anaknya. Di sinilah ujian hebat buat kita. Tugas sebagai ibu adalah tugas yang paling berat yang pernah saya lalui. Namun, saya sekali-kali tidak akan berputus asa selagi hayat dikandung badan.

    Akhir-akhir ini, saya banyakkan doa kepada Allah memohon Dia membantu saya mendidik anak-anak. Juga membantu saya untuk konsisten.

    Benar, amalan baik yang kita usahakan itu dan kita juga terasa kesannya itu bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasulnya tapi untuk konsisten itulah yang menjadi masalah.

    Bukan sekadar doa dan mujahadah kita yang perlu diusahakan, suami juga harus membantu menstabilkan emosi isteri yang sedang marah. Saya perasan hal ini bila suami turut sama menangani kerenah anak-anak, emosi saya lebih mudah dikawal. Kalau suami buat pekak badak je… tekanan bersama anak-anak lebih meningkat dek sikap suami yang buat tidak endah. Oleh sebab itu, jika suami ada bersama, minta bantuan dia untuk menolong kita melayan anak-anak. Memang tanggungjawab dia juga. Istilah ‘minta bantuan’ itu hanya untuk berbasa-basi sahaja.

    Terima kasih Junn atas kunjungan ke rumah yang tidak seberapa ini.

    Harap sedikit maklumat di atas membantu Junn (dan saya juga 🙂 ) Ummu Abbas 8.25am 1 Ramadan 1430H


  2. jazakillahukhairan kathira sis nur!! maklumat sis sgt2 membantu. sekejap2 sy bukak utk refer & refresh.
    moga ramadhan kali ini dpt mendidik kita supaya dpt terus meningkatkan sabar & taqwa, Insyaallah.. 🙂

  3. Assalammualaikum.
    Apa khabar ? Harap Ummu Abbas dan keluarga sihat sentiasa. Dah agak lama Azie x mengunjungi blog ini, banyak perubahan, tahniah makin maju. begitu juga dgn kandungannya yang agak menarik. Azie ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem, semoga dgn kedatangan bulan mulia ini, ketaqwaan dan keimanan kita juga akan bertambah. Semoga ALLAh mencucuri rahmat dan hidayahNYA kepada kita semua. Amin…..

    Wa’alaykum salam Azie,

    Terima kasih Azie. Moga Azie juga bertambah tenang dan bahagia di samping famili.


  4. assalamu’alaikum…lama tak kunjungi blog kak nur. Semoga selalu sehat…demikian juga keluarga. Ramadhan kariim… semoga kita dapat menuai keutamaan ramadhan tahun ini…aameen..

    Wa’alaikum salam. Amin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: