
Abu Hurayrah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata,
“Tanda orang munafik ada tiga: bila berbicara, dia berdusta; bila berjanji dia memungkiri, dan bila diberi kepercayaan (amanah), dia berkhianat.”
Muttafaqun ‘alaih.
****************
Alhamdulillah, Nik Nur Madihah, Pelajar Terbaik SPM 2008 telah menerima kunci rumah bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa. Gadis berusia 18 tahun itu telah memiliki rumah sendiri mengalahkan segala pemenang Penyanyi Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Wanita Popular, Gadis Melayu, Ratu Cantik dan pelbagai lagi anugerah yang menghanyutkan manusia dari mengingati Allah.
Banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Ia disiapkan dalam tempoh dua bula sahaja. Kerajaan Islam Kelantan telah memenuhi janjinya pada Nur Madihah, seorang rakyat marhaen yang berjaya mengharumkan nama Negeri Serambi Mekah.
Inilah sifat kerajaan yang tidak munafik dengan rakyatnya. Justeru, sesiapa pun tidak perlu cemburu dan tidak perlu berusaha merampas kuasa dari mereka yang menunaikan amanah dengan baik pada rakyatnya. Allah berpesan dalam surah al-Isra’, ayat 34,
وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً
Maksudnya;
Dan penuhilah janji. Sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggung-jawabannya.
Taman Kurnia Jaya ini terletak berhampiran kompleks pusat pendidikan terkemuka di negeri Kelantan. Antaranya ialah Kolej Teknologi Darul Naim, Universiti Malaysia Kelantan (dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Kota Bharu), Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra dan lain-lain. Sinonim sekali dengan Nur Madihah serta adik-adik yang suka belajar dan cintakan ilmu.
Lebih menarik, banglo dilengkapi 3 bilik itu dibina menggunakan bahan binaan terkini iaitu ‘Thai interlocking brick’. Memang cantik rumahnya. Bahan binaan ini menonjolkan warna semulajadi dan tidak perlu lagi dicat.

Rumah 3 bilik menjadi syarat kerajaan negeri bagi setiap pemaju. Ia bertujuan menjaga syariat Islam dalam konteks hubungan sesama ahli keluarga lelaki dan perempuan.
Bila difikir-direnung, betapa pemurahnya Allah pada Nur Madihah sekeluarga berkat sabar dan taqwa mereka selama ini. Dapat rumah ‘by cash’. Dibandingkan kebanyakan rakyat yang memiliki rumah hari ini terutama para pegawai kerajaan, geran rumah mereka berada di bank dek pinjaman yang dibuat.
Sebutlah apa jawatan mereka, dari guru ke pensyarah, dari pensyarah ke profesor, dari pegawai perubatan ke doktor pakar dan lain-lain lagi. Rumah mereka bank yang punya selagi belum habis bayar. Kereta sederhana atau kereta mewah mereka pun bank yang punya. Namun bapa Madihah, si nelayan miskin itu dikurniakan Allah rumah ‘by cash’.
Nur Madihah telah hadiahkan rumah itu pada kedua ibubapa tercinta. Renunglah lagi wahai si punya mata hati, bapa Madihah yang cermat dalam mencari rezeki itu sehingga dielakkan jua rezeki berbau syubhat, Allah bersifat amat pemurah pada si bapa sekeluarga melalui anaknya yang juga bertaqwa.
Bila Allah buka pintu rezekinya, tiada siapa yang mampu menahannya. Bila Allah mahu menyekatnya, tiada siapa yang mampu menyampaikan.
Pun begitu, si bapa dan si anak masih lagi berwaspada dengan limpahan rezeki mendadak dan mencurah itu. Mereka berbisik pada diri sendiri, apakah ini nikmat atau ujian? Beruntunglah mereka yang tidak terpesona dengan nikmat duniawi menyebabkan mereka terus mahu beriman dan merendah diri kepada Allah.
Harapan Nur Madihah pada masyarakat
Madihah mengharapkan doa dari kita semua agar dirinya sekeluarga ditetapkan hati dalam keimanan dan ketaqwaan. Madihah bimbang dipuji secara berlebihan kerana hakikat perjalanan hidupnya masih jauh. Bak pesan Madihah di ruang komen di bawah entry, ‘Lagi Penjelasan Nik Nur Madihah’,
- …saya harap jangan terlalu memuji saya, saya bukan siapa2, saya sendiri banyak kelemahannya, dan masih banyak yang perlu diperbaiki..
saya sedar setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tidak kira dugaan atau nikmat, semuanya ujian dari Allah..apa yang saya harapkan ialah doa dari seluruh masyarakat agar saya kuat untuk teruskan perjuangan ni….
Tahniah kepada Nik Nur Madihah sekeluarga. Selamat menyambut Ramadan dan Eidul Fitr di rumah baru nanti.
Tidak lupa, tahniah juga buat kerajaan negeri yang terus Membangun Bersama Islam. Kekangan ekonomi para penguasa rakus tidak melemahkan semangat juangmu untuk memenuhi amanah dan janjimu pada rakyat. Allah sebaik-baik penolong.
Bingkisan hati kakak untuk adikku, Nur Madihah…
Adikku,
Bila Allah merahmati seseorang hamba…
Allah akan pelihara hatinya untukNya semata…
Jika kita lalai… Allah ingatkan…
Jika kita leka dengan dunia…
Allah tarik dunia itu dari kita…
Jika kita alpa dalam sihat…
Allah akan beri kita sakit…
Jika kita syukur dalam nikmat…
Allah tambah lagi nikmat-nikmatNya…
Adikku,
Sekali kau mengenaliNya…
Dikau akan dicemburuiNya…
Lantas Allah akan memesongkan segala sesuatu yang…
memalingkan hatimu dariNya…
Adikku fillah … lillah…
Tetapkan hatimu padaNya…
Kelak hatimu bahagia ke penghujung hayat…
Bibirmu tersenyum meskipun dirimu diuji pahit…
Adikku,
Moga kita bertambah kenal Allah sejajar meningkatnya ilmu di dada…
Dunia hanyalah alat untuk mengenal Allah secara lebih mendalam…
Ruginya mereka yang menghidang hatinya pada dunia hina…
zahirnya indah…siratannya bala
Matanya dihala pada perkara haram… (aurat wanita/lelaki)
zahirnya lazat…hakikatnya laknat
Telinganya disuakan pada suara yang melalaikan…
zahirnya nikmat…realitinya azab
Ya Allah…
Kepunglah hati kami dengan keampunan dan rahmatMu…
Hati kami pilu sekali dikelilingi dunia yang melalaikan kami dariMu
Tetapkanlah hati kami di atas iman dan taqwa…
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat serta tabiin.
Amin ya Rabbal alamin.
Ummu Abbas
11.15pm
27 Syaaban 1430H/
update: 10.05am/29 Syaaban 1430
indahnya bingkisan ini..
menyentuh hati
Salam ziarah,
Alhamdulillah atas kurnian Allah. Moga berjaya dunia akhirat
Moga Allah merahmati kedua2 orang tua Nur Madihah kerana melahirkan zuriat yang baik sepertinya.
Walaupun Madihah masih muda, kita yg lebih umur dari beliau dapat mempelajari sesuatu dari personaliti dan akhlak Madihah. Moga Allah kurniakan pada kami zuriat yang soleh/ah seperti Madihah dan mereka yang gerun dan bersyukur kepada Allah s.w.t – amin
Alhamdullilah, syukur sangat-sangat ke hadrat Allah S.W.T… Allah S.W.T tidak pernah menipu dan rezeki Allah itu sentiasa ada… baik di dunia mahupun di akhirat… kalau tidak diberi di dunia, InsyaAllah di akhirat sedia menanti…:):)
Syukur atas rahmat Allah.. kurniaan pada kita… bersyukur dan beringat sentiasa… 🙂
Subhanallah… Salam Ziarah.. indah sungguh bingkisan hati.. Minta permisi utk diinput ke dalam blog saya boleh? Syukran..
Madihah, insyaAllah bakal menjadi pejuang muslimah yg unggul. Kita doakan ditetapkan hatinya hendaknya.. lebih2 lagi bila ke oversea nanti, byk onak harus dilaluinya!
SALAM..Kak Nur,minta kebenaran utk copy sajak tu dlm yahoo group blh..Syukran