Setelah meneliti hujjah pro dan kontra sahabat-sahabat di dalam blog ini dan juga di Facebook, saya memutuskan untuk menangguhkan keputusan keluar dari Facebook. Mungkin ia akan menyedihkan pihak yang menyokong saya keluar dari Facebook namun saya berharap kita dapat berlapang dada dan meraikan pandangan orang lain juga.
Pertimbangan yang ada bukan sekadar dirujuk kepada dalil-dalil aqli, bahkan juga terdapat dalil-dalil naqli yang mana saya belum berkesempatan menulisnya di sini. Memadai saya menggunakan untuk rujukan sendiri dahulu.
Walau apa pun saya gembira kerana seorang teman memberikan link Facebook Islami yang diasaskan oleh warga Pakistan. Laman sosial yang diberi nama Millat Facebook (MFB) itu dicipta sebagai alternatif kepada Facebook setelah Facebook membenarkan pelanggannya menghina Nabi Muhammad s.a.w . Berita mengenai penubuhan MFB boleh dibaca di sini; Millatfacebook Cabar Facebook.
Kelihatannya, ahli FB dari kalangan muslimin telah memainkan peranan mereka untuk membantah kempen melukis gambar Rasulullah s.a.w tersebut.
Sama-sama kita membantu MFB melebarkan empayarnya sehingga dapat menyaingi Facebook itu sendiri.
Saya sudah mendaftar namun belum menerima email pengesahan dari MFB.
Usaha sebeginilah yang sepatutnya dimainkan oleh ummat Islam dalam memberi alternatif kepada pengguna muslim. Dalam laungan kita menyeru boikot sumber ekonomi Zionis, individu yang berkebolehan wajib menunaikan tanggungjawab Fardu Kifayah memenuhi keperluan umat Islam dalam apa jua bidang; makanan halal, alat komunikasi dan sebagainya.
Gunakan senjata yang musuh gunakan untuk membalas serangan mereka.
Ummu Abbas
21 Jumadal Akhir 1431H
5.34pm






Tinggalkan komen