Hari Keluar dari Facebook

Saya ingin menyertai lebih 30,000 orang pengguna laman web sosial Facebook yang telah keluar darinya. Walaupun mereka keluar atas alasan Facebook tidak menjaga data peribadi ahlinya, namun saya tidak begitu terasa dengan faktor tersebut. Memandangkan saya sendiri hanya memasukkan maklumat peribadi secara ringkas sahaja.

Faktor utama saya mahu keluar ialah kerana membantah tindakan Israel membedil rombongan Freedom Flotilla.  Mereka berjaya membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!

Bantahan dalam bentuk ini  adalah inisiatif peribadi dan saya tidak bermaksud mempengaruhi rakan-rakan yang lain kerana setiap orang ada pro dan kontranya sendiri dalam menggunakan Facebook. 

Pertama kali saya mendaftar di Facebook hanya kerana mahu lihat sendiri apa yang ada dalam Facebook. Saya memang lewat menyertainya kerana tidak berminat dengan laman sosial tersebut. Seorang sahabat meminta saya melihat sendiri Facebook dan peranan yang boleh dimainkan di sana. Setelah mendaftar, didapati ada perkara positif dan negatif dalam Facebook. Saya bertahan dahulu kerana sayangkan hasil positif daripadanya.

Saya juga baru menubuhkan satu kumpulan Kempen Jangan Dekati Zina dua hari yang lalu serta menjemput semua kawan untuk menyertai kempen tersebut. Tanpa Facebook, saya akan tetap meneruskan kempen tersebut melalui blog ini.

Hati saya tersayat dan dirundung sedih setelah membaca berita kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dibedil Israel di perairan antarabangsa. Dengan apa lagi cara kita dapat mengajar haiwan bertopengkan Zionis tersebut? Mereka bangsa yang dilaknat Allah dan kita wajar memberi tekanan terhadap Israel dengan apa cara yang termampu.

Kenapa Facebook?

Bukan hanya Facebook yang dikaitkan dengan Yahudi yang bersengkongkol dengan Israel, bahkan banyak lagi produk ekonomi yang mempunyai sumbangan langsung kepada musuh Allah tersebut. Kita buat apa yang termampu dalam bidangkuasa yang terhad.

Mahu diharapkan kepada Kerajaan Malaysia bertegas dengan Israel seperti menunggu tikus bertanduk. Kerajaan sudah terlena dalam dakapan APCO… apa lagi yang boleh dilakukan dari manusia yang bergantung kepada Yahudi itu sendiri?

Nyawa saudara kita seaqidah bagai nyawa kita sendiri.  Selain doa, kita sama-sama berusaha membantu dari mana-mana sudut yang terdaya seperti derma kepada saudara Islam di Palestin, kempen dan menekan ekonomi Yahudi.

Saya akan keluar dari Facebook dalam masa 3 hari lagi kerana memerlukan masa mengambil beberapa maklumat untuk disimpan.

Ummu Abbas

12.05pm

18 Jumadal Akhir 1431H

5 thoughts on “Hari Keluar dari Facebook

Add yours

  1. Bolehkah ukhtie dapatkan alternatif interaksi kerana medan entertainment menerusi media penyiaran telah didapati mempergunakan sewenang-wenangnya penginteraksian melalui siber yakni menggunakan pandangan-pandangan di blog-blog yang kian mengecil/merendah malah mengelirukan entiti muslim.

    Mungkin upaya ukhtie berikan pandangan kemungkinan untuk mereka menyah-usirkan peranan yang upaya dilakukan oleh ukhtie sendiri di mana kini kebanyakan bandar dan lokasi akan sepenuhnya mulai dikawal oleh satelit dan radar.
    Beginilah cara mereka membuat keuntungan yang sesekali apabila difikirkan ia menganiaya bagi mereka yang benar-benar jujur untuk membina kejayaan maklum sahaja kini sistem jalur luas wire less dua puluh empat jam menyeliakan penggunaan komputer (di tempat saya)

    Sistem telekom tanpa wayar juga sebenarnya upaya membenarkan pihak ke tiga mendengar perbualan kita lantas perakaman persuratan setiap kita bagi dirujuk perlu dimulakan memandangkan sistem pertahanan keselamatan aliran terminal kebanyakan negara muslim diberikan kepada Amerika.

    Isu ini yang wajar dilihat asas keperluan memahami masalah kita.

    Terima kasih atas maklumat di atas. Jika ada cadangan dari pihak saudara apakah alternatif terbaik untuk berinteraksi… Teknologi ini sekarang memang dikuasai oleh orang-orang kafir… dan kita terpaksa menggunakannya selagi alternatif dari teknologi yang dibina oleh muslim tidak wujud.

    Saya kurang faham perenggan berikut;

  2. Mungkin upaya ukhtie berikan pandangan kemungkinan untuk mereka menyah-usirkan peranan yang upaya dilakukan oleh ukhtie sendiri di mana kini kebanyakan bandar dan lokasi akan sepenuhnya mulai dikawal oleh satelit dan radar.
  3. Harap dapat menjelaskannya lagi.

  4. Salam,
    bagi hemat saya kempen keluar dari Facebook patut dimulai seawal Facebook membenarkan karikatur Rasulullah s.a.w dijadi sendaan, tidak meminta maaf malahan mengatakan page tersebut tidak dijumpai lagi bukan kerana Facebook menarik balik tetapi kerana kesilapan teknikal.

    Namun begitu saya yakin sahabat ada alasan sendiri yang kukuh. Wassalam.

    Wsalam. Terima kasih atas pandangan. Saya tidak tahu wujudnya sendaan tersebut. Mungkin disebabkan jarang membuka Facebook.


  5. Salam ummu abbas,

    Alhamdulillah…memang dari dulu lagi walau dipujuk org terdekat, saya enggan mendafter ke laman ini…walau ada kebaikannya, saya tidak langsung sanggup melihat antara rakan-rakan yang tercicir dgn aurat mereka. Bukan lagi seperti dahulu.

    Alhamdulillah jika ramai yang ingin mengambil langkah yang sama seperti ummuabbas. Moga Allah SWT dapat membantu Islam dan memelihara umatnya.

    Wsalam ibu noor,

    Terima kasih atas pandangan. Terdapat pro dan kontra dalam hal ini.

    Ada benarnya juga pengalaman ibu noor… Ramai muslimah kelihatan tidak segan silu memaparkan foto masing-masing dengan aksi menggoda. Saya bimbang menjadi salah seorang dari mereka.

    Apa pun, saya akan mempertimbangkan juga hujjah-hujjah yang diberikan sahabat-sahabat seperjuangan dalam Facebook.

  6. Asalamualaikum wbt..

    Alhamdulillah..

    Saya tidak gemar laman sosial seperti facebook tu..
    Setelah di pujuk adik saya..adik saya pun membuka satu untuk saya.

    Diantara sebab saya tidak mahu membuka facebook..saya memboikot barangan Israel.
    Kerana marah perbuatan mereka dengan saudara kita di Palestin.

    Tetapi pujukan teman, mereka kata kami boleh menggunakan laman tersebut untuk berdakwah..menyebarkan risalah Islam.

    Tetapi saya tidak melihat hasilnya..yang terlibat dengan laman dakwah di facebook tu. Memang orang yang ke arah agama..tetapi remaja yang jauh hanyut tidak memandang pun laman tersebut.

    Memang ada kebaikan dan keburukannya melayari FB
    Tetapi saya telah pun membuang akaun tu..saya tidak merasakan ada kebaikan pun laman tersebut.

    Yang saya nampak hanyalah..wang mengalir masuk kepada kerajaan Israel.
    Dan tindakan ummu Abbas adalah tindakan yang relevan.

    wallahu alam..

  7. salam kak nur,
    hari ni juga saya keluar dari facebook, iaitu bersempena dengan bulan Ramadhan..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: