31 Kisah Nabi sudah terbit

Bismillah.

Assalamu’alaikum.

Dalam entry ‘Kelahiran Aleeya’, saya menyelitkan pengalaman mendapat inspirasi dari kisah Nabi Ayyub dan Nabi Yunus.  Saya terkenang sejarah nabi-nabi dan akhlak baik mereka kerana baru sahaja membaca semula manuskrip 31 Kisah Nabi beberapa hari sebelum bersalin.  Membaca sejarah atau kisah orang-orang baik seolah-olah berkawan dan bersahabat dengan mereka.  

Saya merasa terpegun dan kagum pada perwatakan insan-insan mulia di sisi Allah.  Rasa kagum itu meresap jauh ke sudut hati yang melahirkan kemahuan untuk menjadi seperti mereka.  Walaupun terasa sukar untuk berperwatakan seperti mereka sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya usaha ke arah itu tetap dimulakan.  Selepas berusaha, kepada Allah jua kita bertawakkal agar Allah membantu kita menjadi baik. 

Kekaguman itu tidak terhenti setakat itu, memegang jawatan sebagai ‘pemimpin’ dan ‘guru’ kepada anak-anak, saya bertanggungjawab menunjukkan role-model yang baik kepada anak-anak.  Siapakah yang paling layak menjadi role-model kepada anak-anak kita?

Dr Mahathir?

Barack Obama?

Siti Nurhaliza?

Justin Bieber?

Mark Zuckerberg?

Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Role-model terbaik buat mereka ialah insan maksum seperti para nabi dan rasul.  Percaya kepada nabi dan rasul itu sendiri merupakan salah satu rukun iman yang penting. 

Lalu saya meneliti kisah-kisah nabi untuk si kecil yang terdapat di pasaran buat tatapan anak-anak.  Bila mendapati bahan kisah nabi-nabi untuk si kecil masih kekurangan di pasaran, saya berusaha menambah jumlahnya dengan karya sendiri, dengan izin Allah jua.

Insan pertama yang saya tunjukkan manuskrip ini ialah anak sulung saya.  Kisah pertama dari siri ini ialah “Asal usul Manusia”.   Pada tahun saya menulis dan siap menulisnya yakni 2008, Abbas berusia 9 tahun.  Seusai dia membacanya, saya bertanya, “Abbas faham tak?”

“Iya…faham”. 

Selepas itu, dia sering bertanya jika saya sudah menyiapkan kisah-kisah nabi seterusnya.

Saya gembira kerana dia faham dan saya berharap ramai lagi anak-anak seusianya boleh memahami. 

Semasa menulisnya, saya mendapat banyak manfaat dari kisah nabi-nabi.  Selepas menulisnya dan mengulang baca, saya tetap mendapat manfaatnya.  Justeru harapan saya, jika ibubapa atau abang kakak membacanya dahulu untuk dibaca kepada anak-anak atau adik-adik, para ibubapa dan abang kakak yang akan mendapat manfaatnya terlebih dahulu, sama seperti saya sendiri.

Alhamdulillah, pada 25 Mac 2011, buku ini diterbitkan jua oleh PTS Islamika.  Bak kata Tuan Azlin kepada saya, “Buku 31 Kisah Nabi ini merupakan hadiah kelahiran daripada umminya,”  merujuk kepada kelahiran Aleeya.  Tuan Azlin aka jOnOs merupakan Editor Kreatif Senior di PTS Islamika yang bertanggungjawab mendesain buku ini sehingga nampak comel 🙂  serta penuh warna-warni.

Terima kasih kepada semua staf yang menjayakan buku ini. 

Buku 31 Kisah Nabi boleh didapati di sini (diskaun 15%) dan juga di booth PTS, PBAKL 2011 (diskaun 30%).

Insya Allah, buku-buku PTS juga boleh didapati di seluruh negara termasuk Singapore.  Lihat link untuk mengetahui rangkaian kedai buku yang menjadi pengedar PTS di kawasan anda. 

Untuk menjimatkan masa, dinasihatkan agar menelefon dahulu bagi memastikan stok buku sudah ada atau belum.

Wassaalam.

Puan Wan Nor Ainon Wan Abdullah

@Ummu Abbas

5.00pm

26 Rabi’ul Thani 1432H/ 31 Mac 2011

[PS; Hari ini Aleeya berusia genap sebulan.  Alhamdulillah]

RALAT:  Semasa menyemak semula web Portal PTS hari ini, 15 April 2011, saya dapati buku 31 Kisah Nabi dikategorikan senarai buku akan terbit.  Ia dijangka terbit pada 22 April 2011.  Sekian.  Harap Maklum.

4 thoughts on “31 Kisah Nabi sudah terbit

Add yours

  1. Subhanallah….alhmadulillah..tahniah Kak Nur:)
    Tak sabar saya nak dapatkan buku ni untuk saya dan anak saya ni….huhuhu
    Nak kena suruh mak tolong poskan lah ni rasanya.
    Syukron ya Kak Nur! Moga banyak lagi buku2 yang bermanfaat yang Kak Nur akan hasilkan selepas ni..amin:)

    Terima kasih. Ummu Khadeeja tinggal dimana ye?


  2. Salam Kak Nur, Alhamdulillah merantau di negeri orang sekarang ni..kat Loughborough,Leicestershire, UK…:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: