Lembuku Lari di Sudan

Mesej Pertama dari Malaysia

12.22pm 04/11/11

Alhamdulillah, Nisa’ Kelantan dengan bantuan Cik/Tuan/Puan sekalian telah berjaya mendapat 12 ekor lembu dan 3 ekor kambing untuk Misi Qurban di Sudan dan Somalia.

Itulah antara kandungan mesej (SMS) yang diterima dari Nisa’ Kelantan.

Alhamdulillah, tahun ini, buat pertama kalinya saya menunaikan ibadah korban dengan wang sendiri.  Saya membayar harga untuk 1/7 lembu.

Semasa di Tingkatan 5, saya berkata kepada Abah,  “Abah, boleh tak Nur nak korban tahun ini”.

“Boleh”, Abah menjawab sambil tersenyum.  Baiknya Abah.  Semoga pahala korban itu tetap memenuhi kantung akhirat Abah.  Amin.

Kali pertama saya ber’korban’ dengan bayarannya oleh Abah.  Hehe.. seronok tidak terkata.  Saya ‘meminta’ dari Abah setelah seorang sahabat bercerita, setiap tahun, ayahnya akan menggilir setiap anak-anaknya agar berkorban.  Ayahnya membeli bahagian untuk korban dan diberikan pada anaknya untuk berniat.

Saya kira ia salah satu kaedah yang baik melatih anak-anak untuk menunaikan ibadah korban.  Praktikal dan mudah difahami.

Mesej Kedua

10.56pm 07/11/11

Update hari kedua raya qurban di Sudan : Sekarang jam 1.25tgh waktu Sudan.  Baru dari 41/57 ekor telah dkorbankan.  2 ekor lembu terpaksa dikejar krn lari dr tempat sembelihan.

Keesokan harinya baru saya terbaca mesej di atas.  Handphone tertinggal di dalam kereta.  Saya ketawa sendirian sambil mendoakan agar Allah permudahkan urusan mereka.  Agaknya lembu-lembu itu ‘jeles’ setelah mengetahui teman-temannya di Malaysia dapat tinggal di kondominium mewah One Menerung.

Mesej Ketiga

12.13 am 09/11/11

Update qurban hari raya ke 3 : Alhamdulillah, Semalam kami telah selesaikan qurban dan aqiqah lembu di 4 buah kampung.  Hari ini, qurban dan aqiqah 25 ekor kambing d 5 buah kampung.  Insya Allah, kami akan berangkat ke Khartoum ptg ini.

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga 2 ekor lembu yang lari itu dijadikan ibadah korban.

Allah berkata di dalam surah al-Kawthar, ayat 1 dan 2,

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, dirikanlah solat kerana Rabb-mu, serta sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

Allah s.w.t berkata di dalam Surah Al-Hajj, ayat 37,

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa dari kamu….”

Semoga ibadah korban kita diterima Allah.

Amin.

Berita rombongan Yayasan Amal Malaysia dan Nisa' Kelantan dipaparkan di website Kedutaan Malaysia ke Sudan.

Ummu Abbas

Melbourne

18 Zulhijjah 1432H

14 November 2011.

2 thoughts on “Lembuku Lari di Sudan

Add yours

  1. Salam,

    Kak Nur ada tukar saiz tulisan ye… rasa macam kecil n kurang menarik untuk baca.. rasanya font style n saiz sebelum ini.. lagi… mudah dibaca n menarik.. even kat hp pun.. memukau.. lina

      Wsalam. K Nur just tukar tema blog (latar belakang). Tidak tahu pula ia turut menukar jenis font dan saiz. Terima kasih atas makluman. Insya Allah, K Nur usahakan menukar font tanpa mengubah temanya. Suka sangat dengan design ini sebab ringkas dan menarik. Jika ada sesiapa boleh bantu, tolong ajar K Nur cara setkan font dan saiz dalam wordpress ni…

  2. Lina,

    Kak Nur dah dapat cara ubah font tapi ia berbayar. Kak Nur pula tiada kad kredit buat masa ini (sebab tak de gaji bulanan…hehe… eh sorry… suami pernah offer kad kredit. Kak Nur yang tolak. Masa tu dirasakan tiada keperluan dan kalau membeli, suka bayar cash.). Jadi setakat ini, K Nur tidak mampu lagi nak upgrade kemudahan yang ditawarkan wordpress.

    Cadangan Kak Nur, alternatif yang Lina boleh gunakan ialah besarkan saiz view pada skrin. Maaf ye…

    Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: