Hukum Nikah Dua Beradik Serentak dan Nikah Tanpa Pengantin

salam kak nur…

sy skrg berada dlm dilemma…sy masih belum bersedia utk berkahwin..ttapi keluarga pihak lelaki telah mnetapkan prkahwinan ini..mngikut janji…kami sepatutnye berkawin tahun depan…namun disebabkan adat keluarga pihak lelaki..anak lelaki tidak boleh kahwin serentak pada tahun islam yg sama(memandangkan si ibu pihak lelaki mahu menikahkan kedua-dua anaknya tahun ini)…maka sy dipaksa bernikah selewat-lewatnye pada 26 nov ini sebelum masuk waktu asar…iaitu sehari sebelum awl muharram….sy berasa sangat tertekan kerana masih belum bersedia dari segala segi..

saya seolah2 telah membelakangkan keluarga kerana mengikut semua rancangan pihak lelaki..pada hakikatnya…hati saya sangat tertekan…saya telah menyatakan kepada bakal suami bahawa sy masih belum bersedia berkahwin secara tergesa-gesa tetapi tidak dihiraukan.

saya ingat bertanya pemdapat kak nur..adakah adat ini wujud dr segi islam…dan adakah sy akan bahagia sekiranya berkahwin tanpa rasa rela…

terima kasih

Ros

*****************************

Wa’alaikum salam warahmatullah.

Pertamanya, mohon maaf kerana terlewat membalas persoalan penting ini. Terlepas pandang adanya.

Dua orang adik beradik lelaki memang tidak boleh nikah serentak pada tahun yang sama jika dengan orang yang sama. Eh…eh… melalut pula. Jangan marah ye… nanti cepat tua, lari pula tunangan tu karang

Saja mahu bagi Ros tersenyum sedikit.  Moga berkuranglah rasa tension tu , insya Allah.

Oklah… realitinya, tiada satu nas al-Quran atau hadis atau qiyas yang menghalang pernikahan dua orang adik beradik serentak sama ada kedua-duanya lelaki atau kedua-duanya perempuan atau seorang lelaki atau seorang perempuan. Juga tiada kaitan sama ada dibuat serentak pada tahun Hijrah atau tahun Masihi atau tahun Cina dan lain-lain.

Apa yang dipercayai orang tua itu sekurang-kurangnya usah dibiarkan hinggap di dalam sanubari kerana ia menjadi khurafat jika mengaitkan takdir yang berlaku selepasnya dengan amalan tersebut. Jika berlaku juga sesuatu yang tidak diingini, maka kembalikan semuanya pada qada dan qadar Allah yang telah tersurat sejak azali.

 

Imam Bukhari merekodkan satu hadis dari Al-Mughirah bin Syu’bah,

“Telah terjadinya gerhana matahari pada hari Ibrahim meninggal dunia.   Orang ramai pun berkata, “Matahari gerhana disebabkan Ibrahim wafat”.   Lalu Rasulullah s.a.w berkata, “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah.  Tidaklah gerhana kedua-duanya disebabkan mati atau hidupnya seseorang.   Sekiranya kamu melihat keduanya gerhana, maka berdoa dan solatlah sehingga ia nampak semula.”

Hadis 1000, Kitab Jumaat, Bab Berdoa Saat Terjadinya Gerhana.

Hadis di atas memberi panduan agar tidak mengaitkan sesuatu bencana atau sesuatu yang tidak diingini berlaku dengan sebab-sebab yang tiada nas padanya.   Ia juga menunjukkan bahawa Islam menolak segala prasangka dan bentuk khurafat yang masih tersisa dalam masyarakat.

 

Allah berkata di dalam surah At Taubah ayat 51,

“Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami.  Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.”

 

Sebolehnya, sampaikan pandangan Ros pada kedua orang tua atau mana-mana ahli keluarga yang punya autoriti dalam urusan pernikahan ini. Kemudian biarlah mereka memutuskan bagaimana hal ini harus diselesaikan.

 

Nikah Tanpa Pengantin

Berkenaan soal bahagia atau tidak, mari kita susuri kisah benar di bawah ini;

Suatu hari, seorang sahabat baik berkata kepada Akak, “Kak Nur, ayah ana telah menerima lamaran seseorang di Malaysia”.

“Eh… betul ke Maya (nama samaran)…”

“Betul.”

“Maya sudah tengok atau belum jejaka itu.”

“Belum.  Ana ikut sahaja keputusan ayah.”

Berdebar-debar juga jantung Akak mendengarnya. Bukan calang-calang anak di zaman moden ini mampu menurut kehendak ayah sedemikian rupa.

Hari-hari selepasnya…

“Kak Nur, ana sudah dinikahkan ayah…nak buat macam mana ni

Jantung Akak juga yang berdegup tidak sudah mendengar khabar terbaru itu. Ayah sahabat Akak itu telah menikahkan Maya di Malaysia. Pernikahan itu sah walaupun pengantin perempuan nun berada beribu batu jauhnya.

“Ana sudah jadi isteri orang…huwaa…”

Sudah jadi isteri orang tetapi tidak seperti isteri orang.  Mana tidaknya, akad nikah tidak disaksikan dan pengantin lelakinya juga tiada.

“Maya pernah lihatkah jejaka itu?”

“Tidak pernah. Ana serah semua pada ayah”

“Mintalah foto dari keluarga…” saya menyarankan.

“Tak naklah… ”

Masya Allah! Hati Akak pun tidak se’power’ itu.  Betul-betul anak bertuah si Maya ini.

 

Sementara Akak pulang bercuti ke tanah air. Tinggallah Maya bersama sahabat-sahabat yang lain yang tidak pulang. Maya pernah pulang bercuti pada tahun sebelumnya.

 

Musim Panas di Jordan tahun itu menjadi saksi pertemuan antara dua pasangan kekasih yang sudah termateri cintanya nun jauh di Malaysia.

Sebagaimana diceritakan semula pada Akak, oleh kerana beberapa orang rakan karibnya tiada saat itu, maka Maya pergilah seorang diri ke airport untuk menyambut suaminya.

Maya gabra habis… mana tidaknya, rupa suami pun tidak dikenali. Tiba-tiba akan menyambut suami seorang diri, tanpa keluarga mengiringi… tanpa sahabat di sisi.

Maya gagahkan diri ke airport… tiada kelibat pemuda Melayu di sana. Maya cuba cari di hotel transit… pun tiada juga. Akhirnya Maya pulang semula ke rumah.

Tiba di rumah, satu nota ditinggalkan di muka pintu,

“Suami enti ada kat rumah ana”.

Seorang ustaz yang sudah bernikah menulis nota itu.

[hahaha… sampai di sini, Akak memang tergelak mendengar cerita sahabat Akak ini… macam barang pula…hehehe..]

Bagus juga ye… bertemu kali pertama, terus berbulan madu, di Bumi Anbiya’ pula. Mana-mana drama dan filem cinta pun kalah kalau begini.

Ringkas cerita, Maya dan suaminya hidup bahagia sekarang. Mereka juga sudah jadi jutawan selepas melalui asam garam perkahwinan dan pahit maung mengusahakan rezeki dalam keadaan nikah semasa belajar. Alhamdulillah. Pokoknya, reda Allah pada reda orang tua selagi mana ia tidak bertentangan syarak. Bila reda Allah bersama kita, bahagia sentiasa bertamu tiba, dalam seluruh kehidupan kita, insya Allah.

 

[Psst… tau tak?  Suaminya handsome…cukup lengkap dengan dua mata, satu hidung, dua telinga dan mulut di bawah hidung ]

Banyak lagi persoalan yang perlu diambil kira dan mungkin masih ada pertanyaan serta kekeliruan yang berlegar-legar di kepala. Namun apa yang Akak highlightkan ialah pada perkara asas dalam isu pernikahan ini.

Dipersilakan tanya jika masih ragu-ragu.

Malu bertanya sesat jalan:)

Apa yang baik datangnya dari Allah.

 

Wassalam.

Foto hiasan.

Ummu Abbas- pun nikah pada 26 November:)

Melbourne
11.40pm
20 Zulhijjah 1432H/ 16 Nov 2011

 

5 thoughts on “Hukum Nikah Dua Beradik Serentak dan Nikah Tanpa Pengantin

Add yours

  1. بسم الله الرحمن الرحيم

    …Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [sebahagian ayat al-Quran 4:23]

    ……….
    assalamualaikum, harap saya dpt berkongsi ayat ini TQ

  2. opps maaf sbb salah anggap. saya ingat kahwin 2 beradik serentak dengan orang yang sama. sbb kebetulan, saya sedang fikir tentang kahwin 2 beradik yang sama. maaf ya.

    Terima kasih kerana berkongsi ayat di atas. Tidak mengapa ya…:)

  3. Assalammualaikum
    boleh ana tanya..
    ni situasi ana 🙂
    Mungkin ini adalah salah satu cara untuk saya meluahkan apa yang terbuku didada…
    Ini adalah kisah benar yakni kisah saya sendiri…
    Saya berkenalan dgn seorang sahabat di u saya.Usia perkenalan kami belum pun genap setahun namun kadang2 rasanya seperti sudah lama mengenalinya…Saya suka dgn tutur cara dan budi pekertinya…walaupun dia ternyata orng berada namun tak pernah sekali dia bermegah2..itu yg membuatkan saya senang bersama nya..saya banyak berdiskusi tentang agama dgnnya..
    Sehinggalah ada berita dia menyukai saya..namun prinsip saya adalah jika benar dia suka saya..nikahilah saya..kerana saya sukaa dia sebagai kawan,sayang sebagai sahabat dan cinta hanya untuk suami yg sah…
    Namun,dari hari kehari ibadah saya semakin terganggu…saya semakin diuji..lupa saya mengatakan bahawa dia sebenarnya seorang lelaki.Walaupun kami berbincang mengenai agama sentiasa ada syaitan yg turut meencelah..
    Banyak perkara yg berlaku dalam hidup saya:
    1)saya pernah bermimpi tntg dia.
    2)saya mohon petunjuk ALLAH(solat istikarah,baca AL-QURAN satu page supaya ALLAH tunjuk pd saya adakah ddi jodoh saya?? Dan apabila say abaca page tersebut sememangnya ada nama dia..tersentap sungguh saya..saya buat lagi keesokkan harinya,berlaku jg perkara yg sama,sehinggalah hari-hari lain sehingga saya tak jumpa lagi nama beliau..
    3)saya pergi usrah,dia tak ikut serta..apabila tiba sesi untuk taaruf muslimin dan muslimat,berbagai-bagai nama diperkenalkan,awi,amin..(dalam hati saya nama dia tak de ke??) tiba2 dtng seorang muslimin dan memperkenalkan namanya ialah….iaitu nama beliau…saya hanya mampu tersenyum  dalam hati kata “ALLAH tgh uji aku nie”
    4)peristiwa keempat,saya baca paper nampak nama dia..
    5)saya terfikir sahaja tentang dia pasti dia lalu,terlintas dpn saya..
    6)saya baca buku tentang haji juga ada nama dia..
    Kemana lagi saya nak lari??
    Saya buntu…sehinggakan saya padam nombor telefon dia banyak kali..sehinggakan saya dah boleh ingat nombor dia..
    Inilah ujian buat saya..Ya ALLAH bantulah hambamu ini…
    Hanya padaMU hamba berserah..
    Kpd pembaca berilah saya panduan  dan perkongsian yg boleh membantu saya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: