Bismillah.
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, bermula di hari Jumaat penuh barakah semalam… bersempena pula di ambang awal Muharram 1433H, blog Islam Itu Indah dengan URL keranacinta.wordpress.com turut berHIJRAH ke domain sendiri, sayangIslam.com.
Dulu keranacinta… kerana cinta Tuhan, saya berdiri di sini hari ini. Setelah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi bagi mematangkan fikiran dan tindakan. Lebih dari itu, meningkatkan keimanan kepada Yang Maha Menyintai para hambaNya. Kerana cintaNya padaku, aku mencari Dia dan berusaha mengenalinya dengan lebih dekat. Tak kenal maka tak cinta! Cinta itu datang dari Tuhan… melimpahi sanubari… dari cinta yang suci itu… ia mahu menyucikan cinta kita kepada Pencipta Cinta!
Keranacinta, para nabi dan rasul gigih berjuang di jalanNya… menyampaikan cinta Tuhan pada setiap makhlukNya.
Ada yang menerima cinta itu…
Ada yang menolak …
Keranacinta, para nabi, rasul dan ulama pewaris nabi… berkorban masa, menumpahkan peluh, air mata dan darah demi menyelamatkan ummat manusia dari tipudaya iblis yang mahu meramaikan rakyatnya di neraka kelak.
Namun, berapa kerat sangatlah yang mahu dirinya diselamatkan oleh bahana cinta itu dari azabNya… yang maha pedih.
Apakah sekarang, keranacinta itu semakin sirna… maka ia perlu berhijrah…?
Keranacinta itu bertapakkan aqidah yang murni ‘La Ilaha Illallah dan Muhammad itu Pesuruh Allah’ menuju satu matlamat yang jelas, ISLAM. Sesekali cinta suci begini tidak perlu lagi kepada hijrah… ia hanyalah proses ‘rebranding’ bagi meningkatkan rasa sayang Islam di hati ummah. Akarnya di bawah masih bertunjangkan keranacinta Allah itu… yang mana buahnya adalah sayangkan Islam.
Bacalah… sayang Islam atau sayangi Islam… yang penting, siapa pun kita dan sebanyak mana pun dosa-dosa kita, perasaan sayang Islam tetap terpahat kukuh di hati. Setelah kita dianugerahi ‘tali yang kukuh’ itu… kalimah syahadah… imma melalui orang tua – Islam yang diwarisi atau asbab hidayah tertentu – revert to Islam, sama-sama kita bergantung teguh padanya… usah biar ia terlucut lagi… kerana ia merupakan pembatas iman dan kufur… yang bererti sempadan antara syurga dan neraka yang kekal abadi. Jika saudara-saudari terjatuh di dunia fana ini, masih bisa bangkit kerana peluang sentiasa terbuka luas, namun di akhirat kelak, terjatuh ke lembah neraka dek terlucutnya iman- pintu taubat sudah tertutup rapat. Na’uzubillah.
Saya doakan buat diri saya, suami, ibubapa, zuriat keturunan kami, muslimin dan muslimat semuanya agar ditetapkan iman dan Islam di hati.
Saya doakan para pembaca website ini walau siapa pun anda agar dikurniakan hati yang ikhlas dan sentiasa sayangkan Islam.
Kerana cinta Ilahi, kita bersilaturrahim… Kerana ISLAM, kita menjadi satu ummah.
Domain ini juga menjadi hadiah ulangtahun perkahwinan kami ke -13 tahun ini. Semoga Allah tetap menyatukan hati-hati kami di atas jalan yang diredaiNya. Amin ya Rabb…
Wassalam.
Ummu Abbas – bernikah pada 26 November. Alhamdulillah atas segala nikmatNya.
7.57am, Melbourne.
1 Muharram 1433H/26 November 2011
Assalamu’alaikum ya Ummu Abbas,
Ana merupakan pengikut setia web ummu dan hanya pembaca senyap ja.
Tergerak untuk memberi respon disini kerana tertarik dengan isi entri ni.
InsyaALLAH semuga keikhlasan sentiasa bertahta dihati kita dalam memburu CINTANYA.
Juga ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Ummu dan suami.
Semoga bahagia berkekalan hingga ke syurga.
Wa’alaikum salam warahmatullah eyda….
Alhamdulillah.
AMin..
Syukran atas doanya.
Semoga eyda mendapat kebaikan yang sama sepertimana yang didoakan buat saya.
Assalamualaikum..
Abu Huzaifah dan Ummu Huzaifah seusrah mengucapkan selamat Menyambut Ulang tahun Perkahwinan..semoga kekal bahagia didunia dan beroleh SyurgaNya di akhirat sana.
tahniah akak…smga sentiasa diberkati allah swt….baru follow sayangIslam.com…sgt menawan hati…