Bismillah.
Maklumat asas dari Rasulullah s.a.w tentang siapa yang menjadi ancaman bagi para mukmin;
“Orang beriman sentiasa di ambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.
Secara umumnya, Nabi s.a.w sudah menggariskan cabaran luaran dan dalaman bagi setiap yang mengaku beriman.
1) Cabaran dalaman.
[syaitan dan nafsu]
Syaitan dan nafsu memerangi pada 3 aspek utama:
Pemikiran, tazkiyatunnafs dan ibadah.
– Malas menambah ilmu berkaitan; Fardu ain, pemantapan fikrah, fikah yang luas. Akibatnya melahirkan kefahaman yang tidak jelas akibat ceteknya ilmu.
– Malas beribadah; solat akhir waktu, kurang menjadikan bacaan Quran sebagai rutin, malas menambah amalan sunat.
– Kurang mujahadatunnafs; cintakan dunia, ego, ujub, riya’, merendahkan orang lain.
– Ambil mudah terhadap dosa-dosa selepas mengetahuinya; pembaziran, mendedahkan aurat, tidak menundukkan pandangan, tidak menjaga batas pergaulan/ikhtilat, percakapan lagha dan lain-lain.
2) Cabaran luaran.
[Mukmin yang hasad, munafik yang membenci, kafir harbi]
Mukmin yang hasad ini lazimnya berada rapat dengan kita sendiri. Dia banyak mengetahui kelebihan yang ada pada kita menyebabkan timbul rasa dengki dihatinya. Dia juga banyak mengetahui kelemahan kita, lalu dia ambil kesempatan terhadap kelemahan itu untuk menjatuhkan kita yakni bagi melampiaskan rasa dengkinya itu.
Munafik yang membenci pula adalah musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan. Sejarah munafik muncul di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Rujuk ciri-ciri munafik sama ada di dalam al-Quran atau hadis bagi mengenal mereka. Ringkasnya, munafik ialah mereka yang menzahirkan diri sebagai muslim namun di dalam hatinya membenci Islam atau mana-mana juzuk ajaran Islam sama ada besar atau sekecil o.ooooooo1 %. Na’uzubillah.
Kafir yang memerangi adalah musuh yang nyata seperti Zionis atau Yahudi dan juga Nasara (Kristian) serta para proksi mereka. Proksi mereka boleh terdiri dari kalangan umat Islam sendiri yakni orang Islam yang bersetuju dengan cara hidup selain Islam dan menolak serta menentang cara hidup Islam diamalkan sepenuhnya di dalam rumahtangga atau kampung atau negeri atau negara masing-masing. Realitinya, umat Islam yang menganggap cara hidup selain Islam adalah lebih baik, bahkan menentang pula perlaksanaannya telah rosak aqidah atau gugur imannya. Mereka perlu bertaubat selepas menyedarinya.
Ummu Abbas
12.49am
9 Muharram 1433H/4 Disember 11.
Melbourne.
Kami berlindung dgn Allah dri syaitan yg direjam & perkara buruk yg merugikan…
Tq ats ingatan
Moga Allah rhmti…