Komunikasi dengan Isteri cara Rasulullah s.a.w

BerBBQ di Geelong, Victoria. Foto hiasan.


Bismillah.

 

Assalamu’alaikum warahmatullah.

 

Alhamdulillah, hari ini saudara bangun dengan hasrat menjadi lebih baik dari semalam, kan…  Menjadi suami soleh menjadi cita-cita setiap lelaki – walau apapun latar belakang mereka.  Ini dikatakan fitrah manusia yang mahu menjadi baik dan terbaik – sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.  Tinggal lagi usaha ke arahnya dengan menambah ilmu dan menambah pergaulan dengan watak-watak yang baik.  Jika di luar sana, terasa sukar mendapatkan ‘life uswah’ (teladan yang hidup), apa kata kalau kita ‘berkawan’ dengan mereka melalui cerita ini.  Moga terinspirasi dan termotivasi untuk menggerakkannya melalui praktikal.  Insya Allah, anda mampu mengubahnya.  Mohon kepada Allah agar diberi kekuatan tanpa putus asa.

Sesungguhnya ‘energy’ sebenar kita menjadi baik terletak pada taufik dan inayah dari Allah jua.  Bukannya pada ke’aliman’ diri atau berketurunan ulama.  Betapa ramai ulama menjadi ulama ul-suu’ – ulama yang jahat (na’uzubillah)… dan betapa ramai berketurunan ulama menjadi sampah ummah (na’uzubillah).  Ilmu hanya alat melaksanakan sesuatu dengan betul dan benar…selepas tahu, kita meletakkan ‘mahu’ dalam ‘raja diri’ yakni hati… yang menggerakkan ilmu tersebut dalam diri kita ialah ‘energy’ dari Allah.

 

Tanggungjawab isteri pula ialah mendorong suami dengan kata-kata yang baik dan doa nan tulus.  Kalau suami menjadi soleh, kita yang untungkan?  Bab ini saya bercerita lain kali, insya Allah.

Semoga anda semua dan saya :), mendapat ‘Baiti Jannati’ – rumahku syurgaku.

 

Kisah Benar [Watak Seorang Suami Soleh]

Suatu hari, si suami mengadap hidangan ditemani isteri nan setia.

Dikunyahnya satu- persatu makanan yang disediakan.

Senyap.

………………….
Selesai makan, lalu dia bangun dan keluar dari rumah.

Kembali ke rumah, dia serahkan garam kepada isterinya.

Rupa-rupanya, masakan isterinya tadi tidak bergaram.

Menjadi kelaziman keluarga tersebut, suami yang membelikan barang dapur. Hari itu, bila si isteri memasak, dia dapati garam sudah kehabisan. Dia teruskan memasak dan berdebar-debar menantikan respon suaminya. Si isteri pun solehah juga – tidak diberitahunya dia memasak tanpa garam. Bila suami makan, baru si suami tersedar yang dia terlupa membeli garam keperluan rumah. Si suami itu sekarang salah seorang tokoh agama terkenal di Kelantan.

 

Si isteri yang sangat teruja dengan reaksi suaminya begitu ghairah bercerita kepada kawan-kawannya.  Benar, mentaliti kebanyakan kita sebagai isteri ialah bila kita melakukan kesilapan, kita merasa ‘gerun’ suami akan marah-marah dan bereaksi dengan pongah.

Dalam kisah di atas, jika saya berada di tempat isteri tersebut, saya juga akan berdebar-debar, bimbang dimarahi suami.

Masakan yang sedap didiamkan sahaja.  Bila tidak sedap, baru kecoh mulutnya.  Jika tidak mampu memuji semasa diberi nikmat oleh Allah dengan masakan sedap isteri, adalah lebih baik diam sahaja jika sekali-sekala isteri tersilap dalam menunaikan tugasannya.

Sebagai isteri, kita sedar bila melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.  Merasa bersalah itu merupakan satu bebanan emosi.  Kemudian apabila dimarahi pula tanpa rasa empati, emosi tambah terbeban.  Bila situasi ini berlaku, rasa hormat pada suami berkurangan dan juga mengakis sedikit rasa cinta padanya.  Namun, bila suami memberi respon seperti di atas, isteri merasa lega dan insaf.  Rasa hormat pada suami bertambah serta memandang suaminya benar-benar pelindung dirinya dan pemimpin berwibawa dalam rumahtangga mereka.

 

“Kegagahan suami terletak pada sikap lembutnya pada ahli keluarga”

 

Sebagai penutup, untuk sesiapa yang belum melihatnya, jom layan video 6 minit 51 saat ini demi menambah utuh rumahtangga.

 

Apa yang baik itu dari Allah.

 

Ummu Abbas

12 Muharram 1433H/ 8 Disember 2011

Melbourne

 

 

 

 

2 thoughts on “Komunikasi dengan Isteri cara Rasulullah s.a.w

Add yours

  1. insya allah pabila aku udah mendapatkan jodoh kelak,insya allah aku ingin berprilaku sahaja seperti yang telah di contohkan di cerita di atas.mendambakan keluarga yang sakinah,mawahda,dan wrohma itu adalah keinginan setiap keluarga.semoga kita dapat memetik pelajaran dari cerita di atas,amin

  2. ada suami yg maki isteri lauk x sedap. ada pulak bila isteri masak mcm2 lauk yg sedap pun kena maki sebab katanya membazir masak sampai 3 lauk. bila masak 1 lauk katanya x cukup, nak sayur, nak yg berkuah. isteri senyap je.istifar mohon kesabaran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: