Bismillah.
Alhamdulillah, sebuah majalah baru untuk muslimah berada di pasaran sekarang. Keluaran sulung Era Muslimah ini bermula pada bulan ini, Disember 2011. Dulu majalah ini dikenali dengan nama ‘Muslimah’ sahaja.
Semasa remaja dulu, saya adalah peminat majalah ini. Kini, sudah tersurat yang saya berjodoh dengannya… iya, saya dilamar oleh Ketua Editor untuk menjadi Penulis Tamu di Era Muslimah. Alhamdulillah.
Pada saya, majalah ini lain dari yang lain kerana ‘cover’ majalah ditampilkan secara ‘natural’ yakni tanpa ‘make-up’ yang mengelirukan pandangan ramai. Adalah jelas, ‘make-up’ pada wajah seseorang wanita adalah salah satu bentuk tabarruj yang diharuskan jika dipakai untuk suaminya atau di hadapan mahram. Boleh juga pakai di luar rumah dengan syarat memakai purdah- kata seorang ustaz semasa saya di Tingkatan Dua. Jika ber’make-up’, kemudian menunjuk-nunjuk kepada ajnabi di luar rumah, jadilah ia tabarruj yang dilarang. Antara ciri wanita jahiliyah Arab dahulu digambarkan suka ber’make-up’ pada wajah mereka.
Semoga perkongsian ilmu dari semua penulis di dalam majalah ini memberi manfaat buat semua pembaca.
Apa yang baik, panjang-panjangkan…
Apa yang kurang, sampaikan kepada kami ya…
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ‘ibu’ baru belajar
Kalau salah tolong unjukkan.
Semoga penerbitan majalah ini menyemarakkan lagi dunia bacaan ilmiah di negara kita. Juga semoga ia istiqamah dengan ciri ‘syariah compliant’ sehingga diberkati Allah.
Ummu Abbas
17 Muharram 1433H/13 Dic 2011
Melbourne.
assalammualaikum.
mcm mn nk dapatkan majalah ni? ada dijual di pasaran?
assalamualaikum,
thanks for the info kak…. mesti cari… dah jatuh hati sgt dgn penulisan akak…
assalamualaikum
di jual sampe ke kota bengkulu nggak?soalnya aku tertarik ni..
assalamualaikum.
bisa minta nomor telepon redaksinya atau email dan hp nya majalah muslimah
Wa’alaikum salam warahmatullah.
Editornya ialah Puan Nik Fauziah Nik Husin – email: nik2konsep@gmail.com.
No hpnya saya tiada.