Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Para pengunjung yang dikasihi Allah,
Saya baru kembali menjenguk ‘rumah maya’ ini setelah sekian lama ber’uzlah’ disebabkan beberapa faktor yang besar:
1. Alhamdulillah kami telah kembali ke tanah air pada 27 November 2013. Sekurang-kurangnya dua bulan sebelumnya, saya benar-benar sibuk dengan urusan berpindah rumah, shipping, travel ke Christchurch, kembali ke tanah air, membersih dan mengemas rumah yang sudah lama ditinggalkan. Sehingga ke hari ini, hampir 2 bulan kembali ke Bumi Serambi Mekah, masih lagi dalam fasa membersih dan mengemas rumah. Keadaan diri yang berselang seli antara sihat dan tidak sedikit sebanyak melambatkan proses memulihkan keadaan rumah seperti sedia kala.
Terasa sangat perbezaan memasuki rumah baru dengan memasuki rumah yang sedia didiami tetapi lama ditinggalkan. Situasi kedua lebih berat dari situasi pertama.
2. Sebaik pulang, laptop yang sedia uzur baru dihantar ke ‘hospital’ untuk dirawat. Al maklum kos penyelenggaraan yang lebih tinggi di Melbourne menyebabkan saya ‘bersabar’ dengan keadaan laptop yang uzur dan meneruskan penulisan setakat yang mampu waktu itu. Sudah agak lama menggunakan monitor berasingan. Hampir 2 bulan berada di ‘wad’, alhamdulillah hari ini baru dapat melihat kembali laptop hadiah suami pada 2010 ini dengan sedikit ‘make up’ baru.
Jadinya ada banyak juga persoalan yang ditinggalkan yang belum sempat dijengah. Mohon maaf kepada para pembaca yang meninggalkan komen atau pesan.
Insyaa Allah, saya berusaha respon mana yang termampu dan berdasarkan kepentingan terlebih dahulu. Mana-mana persoalan yang sudah biasa dijawab dalam website-website dan blog-blog lain, mungkin saya tangguhkan dari memberi respon.
Mohon doa ikhlas dari ikhwah dan akhawat semua supaya Allah permudahkan urusan saya di sini, bolehlah saya meluangkan lebih banyak masa di sini ya…
Sekian.
Wassalam.
Sehingga berjumpa lagi.
Ummu Abbas
Kelantan Darul Na’im
alhamdulillah…akhirnya…dok tunggu2 je entry baru akak….
As Salam. Menarik blog ni. Tahniah