بسم الله الرحمن الرحيم

“Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Surah Ali Imran ayat 185

Tanggal 18 Rabiul Akhir 1446H bersamaan 21 Oktober 2024, malam Isnin, ibu kandung kami yang kami panggil Ma menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah semua urusan Ma dipermudahkan Allah SWT.
جزاكم الله خير الجزاء
(Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik kebaikan)
kepada semua yang telah membantu menguruskan hal ehwal berkaitan jenazah, menunaikan solat jenazah, mengiringi ke kubur serta yang mengucapkan takziah dan mendoakan Ma dengan ikhlas.
Ma meninggal dalam usia 78 tahun akibat penyakit kencing manis, darah tinggi dan ketumbuhan di dalam kepala.
Abah alhamdulillah sihat lagi dalam usia 86 tahun.
Abah dan Ma dikurniakan 10 orang cahaya mata. 6 lelaki dan 4 perempuan. Anak sulung meninggal sebelum usia 40 hari. Arwah kakak – anak ke 3 – meninggal pada malam Jumaat 21/12/2018 dalam usia 53 tahun akibat penyakit kanser.
Kami menyaksikan dua kematian ahli keluarga terdekat dengan tanda-tanda husnul khotimah kerana mereka berdua adalah antara insan terbaik dari sudut agama yang pernah kami kenali sepanjang usia ini.
Biiznillah alhamdulillah.
Moga Allah redha kepada Ma.
Sayu melihat kucupan akhir seorang suami kepada pasangan hidup selama 64 tahun sebelum kafan ditutup.
Moga Allah kumpulkan semula kita semua di jannah-Nya.
Cukuplah kematian itu sebagai pengingat untuk kita pula bersiap sedia menghadapinya dengan cara terbaik. In-syaa Allah.
Ummu Abbas
24 Rabiul Akhir 1446H/27 Oktober 2024
10.10pm
Negeri Tadahan Wahyu







Tinggalkan komen