Assalamu’alaykum. Segmen Kongsi Masalah ini Kak Nur wujudkan untuk menjawab apa jua kemusykilan adik-adik sedaya yang Kak Nur mampu. Khususnya berkenaan bidang yang Kak Nur belajar iaitu Fikah Wanita. Juga persoalan cinta remaja konsekuen dengan tema blog… Kerana Cinta.
Insya Allah, buat permulaan Kak Nur akan cuba berkongsi masalah yang pernah dihantar melalui sms (Sistem pesanan ringkas). Oleh kerana blog ini baru bertunas, maka Kak Nur akan mengemaskini sedikit demi sedikit persoalan yang pernah diterima. Harap dapat bersabar ye…
Segmen ini juga bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan sesama pengunjung. Pengunjung boleh berikan pandangan kepada permasalahan yang dikemukakan di sini.
Apa yang baik, datangnya dari Allah. Apa yang kurang, dari kelemahan Kak Nur jua.
Hamba Allah,
Kak Nur
4 Muharram 1429H
13 Januari 2008M
Assalamu’alaikum Kak Nur.
Saya mahu bertanya kepada Kak Nur.
Saya sudah berumur 22 tahun tapi saya masih bermasalah untuk mengaji al-Quran dengan betul. Kalau setakat mengeja tiada masalah tapi saya bermasalah dari segi tajwid dan makhraj.
Kadang-kadang bila nak baca al-Quran pun serba salah. Hendak baca banyak salah tapi kalau tidak baca, rasa rindu sangat mahu baca. Jadi saya baca juga walaupun saya tahu saya membaca al-Quran dengan cara tidak betul.
Tambahan sekarang dengan jadual harian saya sangat padat dengan ‘exam’ dan ‘study’.
Diharapkan Kak Nur boleh memberikan pandangan bagaimana caranya untuk saya membaiki bacaan saya.
Salam.
Kindaichi86
Sekadar inginkan penjelasan..
Allah telah menentukan rezeki manusia sejak azali lagi dan
apa yang kamu dapat ari nih adalah apa yang telah tercatat…
Bagaimana perkaitannya dengan firman Allah yang tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah diri mereka? Dan saya ada terbaca yang mengatakan Takdir Allah terletak dihujung usahamu( merujuk kepada students)
Adakah doa kita dapat mengubah apa yang telah ditetapkan Allah?
actually yg atas tu nak test jer..
assalamualaikum..
sy seorng student..berumur sekitar 20 an..
alhamdulillah,,sy berlatarbelakangkan pendidikan agama dan keluarga yg menitik beratkan soal agama..
mngkin mslh sy lebih kepada penyakit hati..
straight to the point,,dlm kesibukan berpesatuan,,mnjadi satu perkara yg x blh nak dielak utk kita berursan dngn insan bergelar ‘adam’..
dan mungkin atas kelalaian kami dalam menjaga muamalt sepanjang berurusan membuka ruang utk penyakit hati berlaku..
tapi alhamdulillah bila urusan kerja selesai,,sy mmg kuatkan hati utk langsung x berhubung n alhamdulillah berjaya..
tapi..
hati ni ssh sngt nk melupakan..
btul kita kena sibukkan diri untuk lupakan,,dah bbrp kali sy cb n berjaya tp bila terjumpa penyakit tu dtg lagi..
dan bila ada lagi urusan dngn org yg sm,,kami lalai lagi..
dan setiap kali tu jugak sy menangis mengadap Allah menyesali perbuatan sy..
dah bnyak kali kak..
kdg2 sy benci dngn diri sy yg terlalu lemah..
dan rasa bersala pada Yang Maha Pencipta coz stp kali buat salah sy berdoa mohon ampun dan menangis,,lps tu berulang lagi..
dah bnyk kali sy berjaya lupakan,,tp bila terserempak or terlibat dngn urusan bersama,,kesalahn yg sama berulang jgk,,
maybe this is a common question dr seorng remaja mcm sy..
n mngkin jgk bg sesetengah org ianya remeh..
tapi bg sy yg terlibat dlm dalam kerja2 dakwah msyrkt,,sy takot kerana dosa diri sndr ia mmberi kesan pada kerja dakwah kita..n saya tau adalah satu dosa klo kita sentiasa fikirkan org yg bukan muhrim dng kita..
mcm mana yer kak..
sy btol2 nk lupakan,,even every single day sy berdoa utk lupakan..
saya pernah membuat kesilapan besar dalam hidup saya..saya rasa sangat menyesal…rasa bersalah selalu menghantui hidup saya …kini saya menjadi seorang yg pendiam dan xda semangat nak teruskan hidup