UMNO Untung Ada PAS

Aqil semasa sihat.  Semua benda mahu dipegangnya.
Aqil semasa sihat. Semua benda mahu dipegangnya.

Huaa…huaa..huaa

Aqil asyik menangis sejak 4 hari ini.

Saya mahu solat pun terpaksa biarkan dia menangis. Kasihan dia.

Aqil anak yang baik dan tidak banyak kerenah. Sekarang usianya 1 tahun 6 bulan.

Semalam, dia tidak dapat tidur. Saya pun terpaksa berjaga.

“Kenapa ni sayang…” Saya memujuk.

Sesekali saya lagukan kalimah La Ilaha Illallah di telinganya.

Aqil terus merengek dan menangis.

Ada dua persoalan dari pengunjung blog yang belum sempat saya layan. Maaf ye…kepada yang bertanya. Saya akan beri respon segera bila keadaan mengizinkan.

Sejak Sabtu 7 Februari 09, Aqil demam. Saya ingat dia mendapat virus demam dari saya yang demam seminggu sebelum itu. Hari ini baru kelihatan bintik-bintik merah di muka, tangan, badan dan kaki. Patutlah dia tidak dapat tidur semalam. Rupa-rupanya dia dapat measles atau kita panggil campak.

Kalau saya sakit, saya ingat saya yang akan mati… bila anak sakit, saya ingatkan diri saya anak itu boleh diambil bila-bila masa oleh Allah. Sejak 2 minggu ini, Allah mahu ingatan saya kuat kepada mati.

Saya insan biasa yang tidak maksum. Ada masa terleka dan hati kembali mahu merasa seronok dengan dunia dan isinya. Nampaknya, Allah sayangkan saya. Semalam, sepupu suami saya meninggal. Penyakit yang dideritai sejak 5 bulan lalu 1 kes dalam sejuta. HUSM akan menjadikannya sebagai bahan kajian.

Sempat juga mengalirkan air mata kerana mengingatkan diri yang entah bagaimana saat akhir hayatnya.

Melihat perkembangan di Perak pula, saya sangat-sangat kasihankan UMNO yang mana ahlinya beragama Islam sama seperti saya. Lupakah mereka kepada Allah? Lupakah mereka kepada MATI? Hingga tergamak mereka memperturutkan hawa nafsu sedemikian rupa.

Tahukah mereka, pintu taubat masih terbuka luas untuk mereka selagi ruh belum sampai di kerongkong. Saya sedih melihat mereka memburu fatamorgana yang mereka tidak akan menuai hasilnya di akhirat kecuali AZAB…AZAB…dan AZAB!

Tahukah mereka, ahli PAS dan para pemimpinnya hanya mahu menyedarkan mereka tentang tipudaya iblis dan helah musuh yang nyata seperti zionis yang mahu menambah keahlian di neraka?

Tergamak mereka menepis tangan-tangan yang mahu menarik keluar mereka dari lembah api neraka. Mereka cuba menutup rapat pintu hati mereka dari menerima cahaya Allah. Sedangkan para pendakwah berusaha membukanya sehabis daya…moga-moga mereka mampu melihat dengan bantuan cahaya hidayah…

Hanya di dunia ini, kami dapat menolong kamu! Sama ada secara lemah lembut atau secara keras bergantung pada situasi dan tahap. Beruntunglah kamu sebenarnya kerana punya teman seagama seperti kami.

Kamu bersemangat menyebut derhaka kepada sultan. Tahukah kamu bahawa kamu sedang menderhaka kepada Sultan segala sultan yakni Allah!

Tidaklah Allah peduli kamu derhaka walau kepada ibubapa kamu selagi kamu mentaatiNya. Di sisi Allah, bukan derhaka namanya apabila kamu menyanggah manusia pada perkara taat dan patuh kepada Allah.

Kembalilah kepada fitrahmu yang mahu mengabdikan diri kepada Allah.

PAS kasih dan bencikan kamu UMNO kerana Allah semata. Pangkat, harta dan pengaruh yang kamu prejudis itu tidak akan mengikis walau sebesar zarah pandangan Allah terhadap usaha-usaha kami. Hanya Allah yang layak menilai.

Sebelum hamba mengundur diri, sama-samalah kita renungi lambaian cinta Ilahi ini yang dinukilkan dalan surah al-Hadid, ayat 16,

اَلَمْ يَاْنِ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اَنْ تَخْشَعَ قُلُوْبُهُمْ لِذِكْرِ اللّٰهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَـقِّۙ وَلَا يَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ اُوْتُوْا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْاَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْ‌ؕ وَكَثِيْرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُوْنَ

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka). Al-Hadid: 16

Aqil mendapat measles.  Sudah 4 hari tidak aktif dan tidak ceria.
Aqil mendapat measles. Sudah 4 hari tidak aktif dan tidak ceria.

Aqil baru tidur. Saya mencuri masa itu untuk mengisi blog ini.

Al Faqiirah ila Rabbiha,
Ummu Abbas
3.11
15 Safar 1430H/11 Februari 2009

3 thoughts on “UMNO Untung Ada PAS

Add yours

  1. Assalamualaikum Kak Nor.

    Kalau Kak Nor setuju, boleh tak Chik copy & link tulisan Kak Nor ni ke blog DMPPC? Nak copy setengah sahaja dan selebihnya orang kena dtg ke blog Kak Nor.

    Boleh ke? Kalau Kak Nor izin/tak izinkan, tolong tinggalkan mesej di shoutbox DMPPC deh.

  2. Salam.

    Saya ada menyalin artikel dari blog Islam Itu Indah ke blog mpg.
    Harap dihalalkan.

    Salam ukhuwah..Beramal Kerana Allah

    Assalamua’laikum,

    Dipersilakan. Saya sudah melawat blog itu.

    Termasuk dalam beramal kerana Allah ialah kita menyatakan sumber rujuk di mana ia diambil sepertimana saya menyatakannya dalam muqaddimah untuk entry tersebut. Penterjemah memiliki hakcipta terjemahan yang diiktiraf oleh Fiqh Islam. Justeru adalah wajar kita turut mengiktirafnya sebagaimana Islam mengiktirafnya.

    Menyiarkan tulisan orang lain tanpa menyatakan rujukannya dikatakan ciplak.

    Aktivis PAS berperanan menzahirkan imej profesional dalam setiap bidang kerja yang diceburinya.

    Harap maklum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: