PAS menang di Bukit Gantang!
BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) – Keputusan rasmi, calon PAS, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

KeADILan Menang Di Bukit Selambau
Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.
Sumber: HarakahDaily.Net
BN Menang Di Batang Ai
Malcom Mussen Lamoh menewaskan calon PKR, Jawah Gerang dengan majoriti 1,854 undi, lebih besar berbanding majoriti 806 undi yang diperoleh BN di kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006.
Mussen, 49, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi, manakala Jawah , 55, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, mendapat 2,053 undi.
-Sumber: Berita Harian Online.
Tahniah kepada ketiga-tiga calon yang menang!
Sebelum ini saya letak tajuk ‘Berita Sedih: Najib Jadi PM Ke 6.’ Entri yang ini saya letak tajuk sebaliknya, ‘Berita Gembira: …………..’.
Ia ada signifikan dengan ayat 5 dan 6 Surah Al-Syarh,
Sesungguhnya bersama kepayahan ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama kesukaran disertai kemudahan.
Allah mengulangi dua kali bahawa setiap kesusahan, kesukaran dan kesedihan pasti ada kesenangan, kemudahan dan kegembiraan.
Tidak begitu lama Allah izinkan Najib jadi Perdana Menteri, hari ini Allah anugerahkan kemenangan di dua kerusi yang ditandingi Pakatan Rakyat.

Tunggulah pula janji Allah yang pernah disebut sebelum ini,
“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu”
Disamping usaha-usaha kita yang tidak mengenal jemu, Allah pasti memperlihatkan apa yang tersirat satu persatu di sebalik takdirnya.
Ayat 7 dari surah al-Syarh menyebut,
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Selesai sudah usaha kita berkempen, berkawal, menulis dan sebagainya bagi meraih kemenangan ini. Seusai kemenangan dinobatkan, amanah yang lebih berat terus terpikul untuk dilunasi. Allah memerintah agar bersungguh-sungguh pula mengisi kemenangan dengan amal soleh.
Amal soleh bagi pemimpin ialah menjaga aqidah, akhlak dan kebajikan rakyat.
Kemenangan di dunia bagi gerakan Islam hakikatnya lesen yang Allah beri untuk meninggikan agama Allah. Ia bukan tiket meraih ‘glamour’, mengumpul kekayaan, berlaku sombong dengan rakyat, memburu gelaran Dato’, Dato’ Seri dan sebagainya.
Ia selaras dengan objektif Allah mencipta manusia sebagaimana termaktub dalam Surah al-Zaariyaat, ayat 56,
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Semua tindakan pemimpin untuk menjaga maslahah rakyat juga menjadi ibadah di sisi Allah. Syaratnya ia diniatkan kerana Allah dan menepati sunnah RasulNya.
Ayat 8 juga ayat akhir dari surah al-Syarh memberi panduan (tip) menunaikan amanah dengan baik,
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
Mohonlah kekuatan dari Yang Maha Kuat!
Mohonlah pertolongan dari Yang Maha Menolong!
Mohonlah sifat adil dari Yang Maha Adil!
Allah adalah segala-galanya bagi kita!
Kerana Dia, kita dijadikan!
Ummu Abbas
12 Rabiul Akhir 1430H
12.13pm
Tinggalkan Jawapan