Batas Ukhuwwah antara Lelaki dan Wanita Ajnabi

Nurul

assalamualaikum kaknur..
nurul harap kak nur sekeluarga sentiasa di bawah rahmatNya…
kat cni nurul nk tny ttg ikhtilat…sekiranya kite berada dlm 1 jemaah yg grk kerja utk islam dan saling bantu membantu sesama muslimin dan muslimat dan kite mempunyai badge kite sendiri yg sudah dianggap seperti adek beradik kite(maksud kat cni kami sama umur)…..setakat mana keakraban kite dlm menjaga ukhuwah adek beradek dan pada masa yg sama dorg masih lg lelaki yg bukan muhrim….dan nak minta pandangan kak nor kalau ade jemaah amal islami yang muslimin dan muslimat die mempraktikkan aktiviti luar seperti bermain paintball(group asing2 tp jd team lawan)…macam mana tue???
adakah itu termasuk dalam x menjaga ikhtilat???
soalan saya nie bersifat umum tiada kaitan dengan mana individu..

Jawapan

Wa’alaykum salam wbh,

Terima kasih atas doanya. Moga Allah memberi balasan baik sama yang seperti Nurul doakan untuk Kak Nur sekeluarga.

Kak Nur berikan jawapan ringkas di sini berdasarkan apa yang Kak Nur faham tentang ikhtilat;

1. Asal percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah HARAM KECUALI bila ada keperluan untuk mereka berkomunikasi.

Contoh komunikasi yang diharuskan berdasarkan keperluan:

– Tujuan menuntut ilmu. Contoh: Para sahabat Nabi s.a.w belajar daripada Aisyah r.a kerana ilmu yang ada pada Aisyah r.a tiada pada sahabat lain sesama lelaki.

Diskusi yang bersifat khusus perlu diutamakan sesama jantina sahaja. Apabila ada keperluan, baru diharuskan berbincang antara lelaki dan wanita.

– Berjual beli.

– Kehakiman.

Dan lain-lain.

2. Istilah seperti ‘adik-beradik’ kurang tepat untuk diguna pakai dalam konteks pergaulan lelaki dan wanita ajnabi. Hubungan yang MESTI dijaga ialah berlandaskan akhlak Islam tanpa mengira perbezaan umur yang wujud.

Contoh: Semasa ada keperluan berkomunikasi hendaklah saling menghormati pandangan orang lain, yang lelaki elakkan ego dengan pendapat wanita sekiranya ia BENAR dan yang wanita elakkan ‘melaser’ bila ada perkara yang tidak puas hati, menundukkan pandangan dan bercakap tegas.

Apabila ada masalah peribadi, yang lelaki hendaklah berbincang sesama lelaki sahaja dan sebaliknya. Hanya masalah kerja-kerja yang berbangkit sahaja dibenarkan berbincang antara berlawanan jantina, yakni urusan yang menjadi tanggungjawab mereka.

Sekiranya ada masalah peribadi yang harus dirujuk kepada mereka yang pakar sekalipun, lelaki harus memilih pakar lelaki dahulu dan wanita memilih pakar wanita. Apabila tiada pakar sesama jantina, baru boleh merujuk kepada pakar yang berlawanan jenis atas dasar menuntut ilmu.

– Jangan mengumpat sesama sendiri.

– Jangan mengkritik dari belakang.

– Ikhlas.

Dan lain-lain dari akhlak Islam.

3. Iya, aktiviti luar sebagaimana yang disebutkan termasuk ikhtilat yang diharamkan. Ia bukan khusus pada kaedah permainan tersebut tetapi pada keperluan untuk diadakan perlawanan antara lelaki dan wanita.

Permainan biasanya mengundang tingkahlaku yang tidak terkawal seperti bersorak, gelak ketawa dan sebagainya yang akan menimbulkan fitnah di hati.

Kalau diskusi sahaja harus sesama jantina sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, apatah lagi mengadakan perlawanan dalam bermain.

Kerajaan Islam Kelantan telah memberikan contoh bersukan/permainan menurut Islam yang mana pernah dianjurkan Nisa’ Games, yakni sukan untuk sesama wanita sahaja.

Sekolah-sekolah kelolaan YIK pun sudah lama mempunyai aktiviti sukan namun sukan pelajar perempuan tertutup untuk perempuan sahaja.

Hatta aktiviti keluarga (Hari Keluarga) yang Kak Nur pernah hadiri pun, secara peribadi Kak Nur lebih suka kalau aktiviti kaum ibu diasingkan dengan kaum bapa. Kecuali aktiviti anak-anak, ibubapa hadir bersama untuk memberi dorongan.

Perkara yang mengundang maksiat ini mengeruhkan hati, mengikis ketenangan jiwa serta memudarkan iman dan taqwa.

Iman dan taqwa yang dipudarkan akan membawa kepada kufur apabila tidak segera dibasuh dengan istighfar dan zikrullah.

Allah lebih tahu tentang nafsu syahwat manusia dan tipu daya syaitan dalam menyesatkan manusia. Justeru ketegasan syariat harus dipatuhi demi kelangsungan anak-anak Adam untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Wallahu’alam.

Ummu Abbas
19 Rabiul Awwal 1430H
10.36pm

2 thoughts on “Batas Ukhuwwah antara Lelaki dan Wanita Ajnabi

Add yours

  1. kak, blh sy quote d facebook?=) sy pune facebook berdasarkan email sy.sy nak quote mlm nie boleh?

    Boleh. Maaf,baru buka blog hari ini.

  2. aslmkm akak, syukran jazilan atas artikel ni. sebebarnya saya sendiri ada kekeliruan tentang masalh ikhtilat. Saya ni bukanlah seorang gadis yang sosial tetapi lebih bersifat pemalu. Bukan mahu memukji diri, tapi itulah hakikatnya. Saya tidak pernah rapat dengan mana- mana muslimin higgalah suatu hari, saya terheret dalam diskusi bersama sorang muslimin tentang jemaah- jemaah islam yang wujud di Malaysia. Saya bagi pandangn saya seadanya namun sejak hari itu, muslimin tersebut sering bertanyakan kepada saya soalan- soalan berbentuk ilmiah. Saya serba salah. Jika tidak dijawab, bimbang hati yang baru tertarik untuk memhami tarbiyyah Islamiyyah akn hilang. Saya pernah cuba menerangkan kepadanya tentang masalah ikhtilat, tapi dia tidak dapat memahami dengan baik, Saya agak menggeletar ketika berdiskusi bab ini. Apa yang harus saya lakukaa akak? Daripada pertanyaannya, saya yakin dia sedang mencari kefahaman Islam yang sebenarnya. apa yang boleh saya lakukan untuk membantu tapi dalam masa yang sama mengelakkan masalah ikhtilat??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: