Baru mahu tutup laptop, terpegun pada satu tajuk di pemudabesut.blogspot “Tok Sami Solat-albanjari.”
Inilah fotonya.

Foto disalin dari http://politikbanjar.blogspot.com/
Mereka dilaporkan telah memeluk Islam.

Subhanallah!
Astaghfirullah!
Persoalan yang timbul di kepala saya ialah, “Apakah nanti sikap sami-sami yang bersolat menggunakan pakaian rasmi Tok Sami Budha ini akan mempengaruhi lebih ramai penganut Budha untuk memeluk Islam?”
Mungkin penganut Budha akan terfikir, “Ini sembahyang cara baru maa..?”
Atau
“Tok Sami dapat wahyu baru kaa…?”
Apa pun, jika ia mampu memberi kesan kepada para pengikut mereka, ia satu langkah tanpa disengajakan untuk hidayah Allah sampai kepada yang lain.
Menurut syariat, Nabi s.a.w menegah dari menurut syiar kaum/penganut agama lain.
Dalam kes ini, kita bersangka baik bahawa mereka baru memeluk Islam di masjid tersebut dan terus mahu sama-sama bersujud bersama saudara muslim yang lain. Tentunya mereka tidak sabar-sabar lagi menzahirkan ubudiyyah mereka kepada Allah yang baru diesakan.
Dari sudut fiqh, pakaian mereka sudah memenuhi syarat sah solat yakni bersih dan menutup aurat. Warna apa pun tidak mengapa.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Surah al-Nasr.
Mari sama-sama bertasbih dan beristighfar. Inilah adab yang dipusakakan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
Subhanallah!
Alhamdulillah!
Astaghfirullahal ‘azhim!
Ummu Abbas
20 Rabiul Akhir 1430H
12.03am
salam ummu abbas,
gambar ni berlaku kat our contry ker?
1malaysia katakan, apa shj boleh hee~
Wak selaku penulis asal berkenaan foto menulis dalam blognya seperti berikut;
“Dan ini tidak berlaku di masjid Putrajaya atau di surau JAKIM, tidak..tetapi berlaku di masjid sekolah2 pondok yang kerajaan BN cukup murka satu masa dulu.”
Hmm… rasanya BN takkan marah kalau masjid sekolah2 pondok itu di Pattani.
Mungkin ada yang kenal masjid mana berdasarkan ruang dalaman masjid tersebut.
alhamdulillah,..hidayah dan kesesatan semua milik Allah…
Cumanya pada pendapat saya(selama saya belajar sampai saat ni), untuk yg seterusnya, baju sami tu tak boleh pakai la…sebab menyerupai agama lain… sebabnya baju sami bukan pakaian budaya tapi pakaian keagamaan,…Kan ada hadis daripada Rasulullah yg melarang menyerupai agama lain…wallahuA’alam…
p/s: Teringat satu ceramah daripada Dr.Asri yg mengisahkan Saiyidina Umar ra suruh org tegur baginda jika terbuat silap…
So tolong tegur ekk, kalau tersilap…
Ke Arah Islam yg Tulen
Sebarang bentuk menjurus keagamaan lain pttnye x blh.. tp para imam besar dulu2 pon xde suruh tok nenek kite dulu cepat2 pakai baju tutup aurat time dieorg di Islamkan.. semua tu utk tidak bg kejutan pd saudara baru.. psl org kafir baca ayat suci Al-Quran tu aku konfius skit.. Dia baca tu utk tarbiah org muslim ke?? atau utk sedap didengar time berceramah??
Masalah ni elok rujuk kat YDP ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Ahmad. Beliau berguru dengan Syeikh Mahmud Nasri Osmani. Syeikh Mahmud berguru pula dengan Syeikh Muhammad Yusuf Kenali. Rujuk jangan tak rujuk.
Assalamualaikum wbt..
ader satu kisah sahabat yang baru masuk islam bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W. sama ada terbatal wuduknya kerana tersentuh kemaluan dan jawab Baginda Rasulullah S.A.W. ” tidak” dengan hujah saudara baru kan ker susah nak ambik wuduk dua tiga kali..Lepas tu ader plak seorang sahabat nie datang kepada Rasulullah S.A.W. dan bertanya soalan yang sama…tersentuh kemaluan sedangkan beliau ini dalam keadaan sudah berwuduk..Jawab Baginda Rasulullah S.A.W. “batal” dengan alasan sahabat nie dah lama Islamnyer..dah tak jadi masalah kalau nak angkat wuduk semula.. Wallahu a’lam…