Saya menyusun foto-foto markas di bawah menurut pandangan saya ianya adalah paling meriah, meriah dan kurang meriah.
PERTAMA:
Markas Polis
Sebab-sebab kelayakan: Markasnya paling besar dan didiami entah berapa ribu orang polis setiap markas. Mereka juga sentiasa menghuni markas siang dan malam. Kenderaan polis pelbagai gaya kelihatan sentiasa penuh di hadapan markas: Bas, kereta peronda, van, motor trafik dan macam-macam ada.
Markas mereka juga kelihatan gah dengan khemah berwarna putih bersih. Adakah khemah ini milik PDRM atau disewa? Kalau disewa siapa pemberi sewa yang dapat kontrak memasang khemah-khemah ini? Berapa pula kosnya?


KEDUA:
Markas atau pos atau bangsal panas PAS.
Sebab-sebab kelayakan: Sentiasa ada penghuni dan menjadi tumpuan ramai. Selain dimeriahkan dengan poster-poster dan bendera, sebahagian markas diceriakan lagi dengan gerai-gerai jualan. Di waktu malam, kemeriahan lebih terasa dek ada ceramah yang mendapat sambutan dan gerai-gerai yang melimpahkan cahaya lampu.

KETIGA:
Markas UMNO/BN
Sebab-sebab kelayakan; Seperti yang umum sedia maklum. Khabarnya seorang petugas UMNO menerima peruntukan sebanyak RM10,000 untuk menyewa rumah bagi kegunaan parti. Namun hanya RM2000 yang digunakan. Baki RM8000 lagi lesap entah ke mana. Kalau benarlah khabar ini, ia bukan perkara pelik bagi parti UMNO yang sinonim dengan rasuah.
Sekadar untuk renungan bersama.
mcmana aku bole sampai sini? Maaf tuan rumah. Seperti biasa, markas pas memang meriah, samalah mcm Markas Tarbiyyah Pas di kampung aku.