MAKLUMAN:
Alamat email baru saya ialah; ummu_abbas@ymail.com
Oleh itu, saya batalkan penggunaan alamat ummuabbas@live.com.my seperti yang disiarkan sebelum ini. Segala kesulitan mohon dimaafkan.
Harap maklum.
Ummu Abbas
11.29am
4 Syaaban 1430H
26 Julai 2009
Assalamu’alaikum Wrt…
Kak Nor, ada sahabat bagitau kalau email live.com.my lagi bahaya berbanding dgn email yahoo. kak Nor, ttg yg email alternative tu, kak Nor dah check tak email alternative tu bahagian spam/junk? kadang2 email yg dihantar tak masuk inbox tapi diletakkan dalam folder spam/junk? wallahu’alam. rugi rasa tak pergi kelas terapi hati kak Nor sebab ada ko-k time tu. nnt shafa nak minta yg uruskan tu cuba tukar tarikh.
Wa’alaykum salam warahmatullahiwabarakatuh,
Terima kasih shafa atas info ini. Nanti K Nur cek semula.
Salam dik, apa kata gantikan set komputer tu dgn laptop, kan lbh kecik hehe…
Wslm Kak, pada tahun saya kahwin tu (1998), laptop lagi mahal dari PC dan tidak meluas dipakai orang seperti hari ini. PC juga lebih banyak kelebihan berbanding laptop. Hari ini, laptop sudah canggih dan jauh lebih baik perisiannya.
Lepas ni, sesiapa yang berminat mahu mas kahwin komputer, bolehlah minta laptop…hi…hi… Jadilah ‘minah ilmu’ bukannya ‘minah emas duit’, insya Allah.
salam kak nor 🙂
arwah abah saye minta pihak lelaki bawa 1/10 dari jumlah mas kahwin yg disebut oleh Tuan Guru dan syarat abah lagi tak de sebarang brg hantaran tambahan. sampai keluarga saya sendiri (mak2 sedara) bising2 , tak pernah dibuat dek orang lain dan mereka bising nak jaga title keluarga dsb..lagilah org kelantan yg mana mas kahwinnya mmg tinggi .. suami saya kata, tak sangka sungguh. Ingatkan susah nak masuk meminang saya lagi pulak saya baru habis masters dan keduanya sebab arwah abah ni dipandang tinggi sbb bisness, rupanya mudah sangat dan sedikitpun dia tak rasa terbeban. Hepinya sungguh abah bila saya kahwin, sampai 3 ekor lembu tumbang utk majlis kesyukuran.
abah kata dia nak ubah pemikiran. Saya pun tak rasa ia perkara luarbiasa malah saya sungguh terharu banyak segi dan alhamdulillah ala kulli hal… Alhamdulillah dikurniakan ibubapa sept abah dan umi. Dan alhamdulillah dikurniakan suami yg amat baik.
oh, saya lupa nak sebut kenapa arwah abah minta 1/10 dari jumlah tu. Ini kerana itu adalah mahar terendah bagi negeri Kelantan yang ditetapkan oleh Majlis agama Islam pada tahun saya kahwin. Oleh kerana nak supaya angka tu nampak cantik, pak mentua saya minta tambah lagi seringgit – maka jadilah RM101 🙂 Saya ada dua org lagi adik perempuan yg belum kahwin. Dua2 mrk pun bercadang nak teruskan sunnah yg telah ditunjuk oleh arwah abah. InshaAllah. Moga2 mereka pun akan mendapat keberkatan nanti.
oo sebenarnya banyak kesan positif dan keberkatan perkahwinan kami suami isteri ini. Nantilah bila2 saya cerita
Assalamu’alaykum shafa,
Kak Nur sudah berjaya daftar semula dengan yahoo untuk email baru. Syukran atas keprihatinan.
Dengan ini, Kak Nur batalkan semula penggunaan alamat ummuabbas@live.com.my