Tip Hamil: Doa Agar Mudah Melahirkan Anak

Assalamu’alaykum para pembaca semua khususnya buat wanita yang sedang hamil atau suami yang isterinya sedang hamil. Saya ingin berkongsi doa yang sering saya amalkan setiap kali hamil. Kali pertama saya dapat doa ini, saya taip dan cetak. Kemudian saya tampal di dinding berhampiran tempat saya solat. Saya baca doa ini setiap kali selepas solat sehinggalah saya hafaz doa ini.

Para suami boleh hadiahkan doa ini untuk isteri tercinta yang sedang hamil.

Saya syorkan cetak doa ini dan laminate kertas doa agar dakwatnya tidak luntur bila terkena air. Ia juga boleh disimpan lebih lama untuk kehamilan seterusnya.

Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.

Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

 

[Nota:  Sesiapa yang tidak mampu membaca doa di bawah dalam Bahasa Arab, boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu… asalkan ia difahami dan mampu dihayati ketika berdoa.  Sesungguhnya Allah itu memahami semua bahasa.  Yang penting, selepas ini, tetap diusahakan agar pandai membaca al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya hidup kita.  Jika pandai membaca al-Quran, insya Allah, doa ini juga bisa dibaca kerana ia sudah berbaris. Harap maklum.]

 

************************************

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

 الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

 

Maksudnya:

 Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan

 al-Hadith dengan berkat Muhammad S.A.W

41 thoughts on “Tip Hamil: Doa Agar Mudah Melahirkan Anak

Add yours

  1. Salam’alaik..moga kak nur sihat dengan limpah rahmat olehNYA..ana nak kasi akak lang doa ni..ana bakal menimang anak buah 6 bulan lagi..anak buah yang ke6.insyaAllah

  2. Salam. Alhamdullillah akak tak pernah alami masalah dalam melahirkan anak. Kedua-dua anak akak senang untuk dilahirkan. Sakit cuma sekejap. Masa mengandung pun selain daripada morning sickness, akak takde hadapi masalah2 lain.

    Kepada ibu2 yg sedang mengandung, jaga pemakanan, jaga kelakuan dan rajin2 la baca Al-Quran.

  3. assalamualaikum,

    saya tertarik dengan doa tersebut dan memohon untuk salinan. Simpan untuk kegunaan akan datang.

    Wa’alaikum salam wbh.

    Dipersilakan.


  4. minta izin nak copy paste n berikan pada rakan.kebetulan dia sedang mengandung sekarang ni.apa yang saya tahu dah lama dia tak mengandung sejak anaknya berusia 14 tahun.harap-harap dia selamat melahirkan secara normal.kerana apa yang amat merisaukan usia kawan saya tu dah 42 tahun,kebetulan pula suaminya baru meninggal kira-kira enam bulan yang lalu.
    minta kepada para pembaca tolong-tolonglah doakan sama agar kawan saya tu dalam keadaan selamat, dan sihat serta kuat dan tabah,menghadapi saa-saat kelahiran tanpa suami di sisi…
    doa-doakanlah ya..!
    emafha… dipersilakan. Masya Allah.. subhanallah… Berat juga situasi yang di alami kawan saudari… Moga Allah berikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusannya. Sampaikan salam saya padanya ye..dengan lafaz ‘Assalamu’alaikum’

  5. Salam…saya rasa bacaan yg tepat bagi ( احسن ) ialah AHSIN dgn hamzah qat’i…dan lafaz al-quran wal hadith dibaca dgn baris bawah di akhirnya..dan tidak di tanwinkan lafaz barakah…maaf krn bg komen negatif ckit 🙂

    Wslam. Terima kasih atas teguran. Tidak mengapa kerana saya jenis yang patuh kepada kebenaran. Apa-apa yang benar, sampaikanlah asalkan dengan ikhlas dan cara yang baik. Saya sering melakukan kesilapan dan hanya mereka yang ikhlas dan menyayangi saya kerana Allah sahaja yang sanggup menegur kesalahan saya. Sekali lagi, terima kasih.


  6. duh,mbak,,,
    Pengen jg nich tw doany,cma hpQ g’bsa bca tulisan arab,yg timbul kotak2,bisa g’buatkn pake’ b.indonesia????(bukan artinya)
    Trims sblumnya,,,!

    Maaf ye Linda… saya tidak mahir menterjemahkan cara bacaannya ke Bahasa Indonesia. Mungkin boleh minta pertolongan dari rakan-rakan Indonesia yang pandai. Sama-sama 🙂


  7. bahasa melayu pun tak pa2,,,

    Insya Allah, bila berkelapangan, saya usahakan menulis cara bacanya dalam BM.

  8. maaf itu surat apa dan ayat halaman brp. soalnya aq gak bisa melihat lafal al qur’an boleh ngak ditulis huruf abjad

    Insya Allah, akan diusahakan ditulis dalam ejaan rumi. Mohon bersabar ye…


  9. saya sgt sedih & sgt stress.. sudah hampir 6 bulan mendirikan rumah tangga, tp rezeki masih belum memihak kepada kami.. saya masih belum hamil.
    kawan2, sepupu2, yang berkahwin lambat dr saya, semua nya sudah hamil.. hanya saya yg belum..
    Allah, sedihnyer ati nie takde sape yg phm.. kalo ada sbrg tips, petua, atau doa, boleh share bersama saya?

  10. Terima kasih…saya bakal melahirkan anak kedua pada bulan 7 nie..insyaALLAH…doakan saya dan bayi saya selamat ye…sekali lg terima kasih coz sudi kongsi doa ini…

    Sama-sama :). Tahniah kepada Puan Nadia. Semoga ibu dan bayi sihat sehingga selamat bersalin. Ya Allah permudahkanlah.


  11. saya bakal melahirkan anak yg kedua ,ogos ni,semuga Allah permudahkan bagi saya ketika itu nanti. mudah-mudahan.doa-doakn saya yea..

    Semoga Allah permudahkan ibu dan anak serta menjadikan rasa sakit itu sebagai kaffarah dosa.


  12. terima kasih dengan doa yang anda kasi insyallah saya akan amlkan..sbb saya sekarang hamil ank sulung,moga allah permudah kan bg saya ye…doa kan semoga saya dan bayi selamat…amin…

    Moga Allah permudahkan kandungan Dayang dan mengurniakan anak yang soleh, penyejuk mata dan hati ayah dan ibu, Ameen Ya Rabb!

  13. Alhamdulillah, puji syukur kepada Allah SWT yang telah mempertemukan saya dengan Blog kakak ini. satu bulan lagi kira2 tgl 25 nov 2011 nanti, saya akan melahirkan anak yang ketiga. kebetulan jaraknya dengan kakak2nya sangat jauh sekali, yaitu 16 tahun. apalagi umur saya sudah mencapai 40thn, semoga dengan membaca do’a ini, saya dimudahkan Allah SWT dalam proses melahirkan nanti. terimakasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada kakak yang telah berbagi kepada ibu2 yang akan melahirkan…
    wassalam,
    juliana teta

  14. Alhamdulillah dan tahniah! Semoga dimakbulkan Allah dan dipermudahkan segala urusan. Nampak gayanya, saya lebih muda dari Puan Juliana 🙂

  15. assalammualaikum,boleh bg ayat brape m/s brape ye ayat ni dlm quraan.xbrape clearla..tkt salah bace ayat di atas,xbrape clear tanda2..tq di atas perkongsian ilmu mohon semua doakan saya dipermudah besalin saya n baby slamat.ni 1st baby sy.xde xperience lnsung.smuge dpt bertenang waktu tu.amin

      Wa’alaikum salam warahmatullah.

      Ini doa sahaja. Ia tiada di dalam al-Quran. Insya Allah, jika saya jumpa fail doa ini, saya hantar melalui email.

      Wassalam.

  16. tk byk2…smga sy d’prmdahkn b’slin amin……skg kdgan sy 6 bln…

  17. Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    8 hari kemarin, istri saya harus opname di RSUD Kebumen karena pendarahan pada kehamilan 7 bulan. hasil USG, placenta menutup jalan lahir. hari ini pertama kali aku masuk kerja dan masih terus memikirkan langkah apa yang harus aku lakukan untuk istriku tercinta, dan untuk calon anakku yang kedua ini. mohon bantuan, doa yang tepat untuk istriku dan janin yang dikandungnya. Terimakasih.
    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Antara usaha yang boleh dilakukan ialah;

    1. Istighfar.
    2. Memohon doa dari kedua orang tua kedua belah pihak.
    3. Solat hajat.

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

  18. subhanallah indah nya do’a itu. bahagia kami suami istri yg sdang mnunggu kelahiran…ada ketenangan hadir di hati kami. thx…makasi bnyk y? lam kenal

  19. Terima kasih kerna sudi berkongsi dgn ibu2 yg lain.Insyaallah saya akan hafal doa ini dan mudah mudahan saya akan mudah melahirkan anak yg ketiga pd bulan disember ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: