Monolog Ramadan

Kekasih beransur berlalu meninggalkan diriku yang masih terkongkong di dunia hina ini. Nafsuku belum benar-benar merdeka dari penjara dunia.


Ku mohon ampun dariMu Ya Allah. Ku bertaubat padaMu ya Allah dari segala noda dan dosa.

Ku maafkan sesama insan yang lemah sepertiku demi silaturrahim yang berpanjangan.


Aku mencari permata lailatul Qadr meskipun aku terasa tidak layak untuknya. Aku sungguh lemah tidak berdaya.  Dosaku banyak, hatiku kotor dan amalanku sangat sedikit.


Beberapa hari lagi, syawal bakal menjelang…bererti syaitan akan dibebaskan. Aku menyuluh diri… aku menyemak akhlakku… masihkah sama seperti sebelum Ramadan. Aduh.. Ya Allah… Betapa lemah dan daifnya diriku. Aku belum berubah… masih mengulangi suluk yang buruk.  Mampukah aku memperbaikinya selepas Ramadan?

Bila syaitan berazam seperti di bawah ini, aduh! gawat nih… Aku pun bisa berazam lebih kuat lagi untuk taat pada Allah selepas Ramadan nanti.


Ya Allah… tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan pertolonganMu jua. Aku tetap merasa lemah. Aku lemah ya Allah. Nafsuku sendiri belum benar-benar dapat ditewaskan…mana mungkin jika ia mendapat sokongan iblis. Iblis memohon lesen dari Allah untuk menyesatkan manusia sepertiku,

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata, ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya“.

Al-Hijr 15:39

Patutlah ramai manusia merasa seronok dengan maksiat. Mereka telah dibius syaitan sehingga melihat yang jelek itu indah dan lazat. Selemah itukah aku dan manusia? Rupa-rupanya ada satu golongan manusia yang mempunyai immune terhadap sentuhan iblis. Kata iblis,

إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang ikhlas (dibersihkan dari sebarang syirik)”.

Al-Hijr 15:40

Aku bimbang… aku takut.. untuk berlaku ikhlas sahaja terasa sukar sehinggalah malam tadi, aku menemui kalamullah,

قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berkata, “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

Al-Hijr 15:41

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلاَّ مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Al-Hijr 15:42

Oooh… begitu rupanya. Jika kita telah berusaha menjadi hamba Allah, pasti syaitan menjadi lemah dan tidak berdaya menyesatkan kita. Apa yang penting, ilmu sentiasa ditambah, beramal dengan ikhlas dan bertaubat dari kesalahan sama ada dengan Allah atau sesama manusia.

 

Ramadan yang tersisa…mampukah ku kejar untuk mendapat ijazah taqwa?

 

Ummu Abbas
21 Ramadan 1430H
3.00pm

2 thoughts on “Monolog Ramadan

Add yours

  1. Saya tahu diri ini terlalu banyak dosa dan memang susah untuk ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara walaupun kuat mana saya cuba untuk bersihkan hati saya… saya cuba mencari sebanyak mana pahala yang dapat saya kumpul dan lakukannya demi Allah dan bekalan untuk hari esok.
    Saya juga dapati manusia tidak berubah akhlaknya dimasa Ramadan ini walaupun Syaitan sudah diikat…mereka dan diri saya ini tetap sama seperti sebelum Ramadan datang. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kita semua…

    Semoga Allah memberkati UmmuAbbas sekeluarga…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: