Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan

sedih-2

Perasaan adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai dan halus sekali pada setiap manusia. Ia juga disebut emosi. Merasa cenderung kepada jantina berlawanan jenis juga satu anugerah demi kelangsungan generasi manusia (Kalau tidak, alamatnya…setakat Adam dan Hawa ajelah yang memakmurkan bumi).

Pelbagai cara manusia mahu menunaikan tuntutan fitrah ini. Ada yang berkawan dahulu, bercinta tidak kiralah ‘cinta monyet’ ke atau ‘cinta kucing’ atau ‘cinta murni’ dan lain-lain. Sudah tentu cinta terbaik atau cara meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan ini ialah apa yang telah digariskan oleh Allah swt melalui syariat Islam.

Merisik, bertunang seterusnya berkahwin tanpa ber’couple’ adalah cinta yang berkualiti dari segi metodnya. Isinya belum tentu. Ia bergantung bagaimana cara kita mengisi cinta tersebut. Kalau diisi dengan sampah atau duri, kotor dan menyakitkanlah cinta tersebut. Jika ia dipupuk dan dibaja dengan pelbagai resepi Nabi s.a.w dalam melayarinya, nescaya bahagia dan hidup semakin tenang. Oh ya, saya tidak bermaksud memperincikan hal tersebut di sini. Ia hanya mukaddimah kepada tajuk tulisan ini.

Cinta Kucing

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mungkin ada yang ingin tahu apa itu ‘cinta kucing’. Ia istilah ciptaan saya untuk memberi gambaran kepada fenomena ‘cinta’ baru di kalangan generasi muda hari ini. Saya maksudkan generasi muda hari ini yang begitu mudah melakukan seks sekalipun baru mengenali antara satu sama lain. Juga mereka yang ber’couple’ (bercinta) dahulu kemudian berzina tanpa perlu melalui akad yang mengikat cinta dan tanggungjawab. Tanpa mengira lelaki atau perempuan, maruah mereka senilai dengan kucing. Mudah jinak dan mudah menyerah.

Oh ya… usah stereotype dengan istilah ‘mudah menyerah’ itu pada perempuan sahaja. Lelaki yang berzina sama murah dengan pasangannya. Cuma perempuan mudah kelihatan ‘murah dirinya’ bila perut memboyot . Lelaki tidak begitu. Atas dunia bolehlah lepas. Akhirat kelak, confirm tak lepas jika tidak bertaubat.

Dari aspek peruntukan hudud juga, mereka menanggung hukuman yang sama. Kalau belum pernah berkahwin, hukuman sebat 100 rotan. Jika sudah atau pernah berkahwin, hukuman direjam sampai mati. Sama, bukan? Itulah keadilan Allah swt!

Hmm…demikianlah definisi tentang ‘cinta kucing’.

Bertunang, putus… Berkahwin pula diceraikan…Atau pasangan meninggal dunia

sedih

Ramai antara kita mempunyai pengalaman bertunang kemudian diputuskan tali pertunangan itu tanpa rasional yang munasabah. Ramai juga yang sudah berkahwin pula diceraikan tanpa sebab yang lojik. Dalam perkataan lain, kes sebegini termasuk kes penganiayaan sesama manusia. Ia tidak menjadi aniaya jika sesuatu keputusan disandarkan kepada hujjah atau alasan syarak.

Ada yang berseorangan apabila pasangan terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Sekali lagi saya ulangi, tanpa mengira lelaki atau perempuan, apa yang bakal saya paparkan adalah relevan untuk kedua-dua belah pihak. Bukan khusus untuk perempuan sahaja.

Kisah Ummu Salamah

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Ia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Abu Salamah meninggalkan seorang isteri, Ummu Salamah. Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikiran terganggu. Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan.

Ummu Salamah sedar Muhammad bin Abdullah, insan yang paling dekat dengan Allah itu masih ada. Balu dan ibu kepada anak-anak yang kematian ayah itu dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa yang bermaksud,

    “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Pada waktu itu, Ummu Salamah tertanya-tanya juga siapa lagi yang lebih baik dari suaminya. Namun Ummu Salamah terus mengamalkan doa tersebut serta yakin dengan Allah yang akan memakbulkan doanya.

Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.

Kebimbangan Ummu Salamah berhubung pengganti suaminya akhirnya terjawab tatkala dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.aw.

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup.

Kisah indah ini direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya.

Iktibar dari Kisah Ummu Salamah

Beberapa perkara berikut adalah tip untuk mendapat ganjaran lebih baik dari Allah;

    1. Sabar tatkala diceraikan atau kematian pasangan atau diputuskan pertunangan.
    2. Doakan agar mereka yang menganiaya kita mendapat hidayah.
    3. Jangan berdendam.
    4. Mohon Allah jadikan kesedihan hati sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfarlah.
    5. Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapatkan pandangan agama dalam masalah yang dihadapi.
    6. Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba membalas perbuatan mereka kerana bimbang kita ter’over’ membalasnya. Cukuplah Allah sebagai hakim yang maha adil untuk mengadili kes mereka.
    7. Amalkan doa Ummu Salamah seperti tertulis di atas.
    8. Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk kita dengan menjauhkan sesuatu yang akan lebih menyusahkan diri kita di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah kita padaNya dan akhlak kita sesama manusia. Bila kita dapat melepasi pra-syarat tersebut, insya Allah, Allah akan gantikan pasangan yang lebih baik dari yang telah hilang.
    9. Jangan putus asa dari rahmat Allah.

Doa Ummu Salamah itulah hiburan bagi mereka yang ditimpa musibah ini. Hiburan terindah ialah tatkala melihat di alam realiti, apabila tiba saatnya Allah menunaikan doa tersebut. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Yakinilah…

Foto dari www.rediesh.com
Foto dari http://www.rediesh.com

*** Mereka yang melanggar batasan Allah dalam mencari pasangan yakni ber’couple’ tidak sesuai mengamalkan tip di atas KECUALI mereka bertaubat dan memperbaiki diri dengan meninggalkan larangan Allah. Insya Allah, mereka akan dapati Allah itu maha pengampun dan maha penyayang pada setiap hamba-hambaNya.

Maksud saya, mereka tidak akan mampu mendapatkan kekasih yang lebih baik dari kekasih yang telah pergi selagi mereka hidup dalam maksiat. Jauhi maksiat, amalkan ketaatan. Nescaya hidup diberkati Ilahi.

Manfaatkan Ramadan yang masih bersisa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apa guna kita berterawih dan beramal amalan sunat sekiranya perkara yang haram masih dilakukan seperti mendedahkan aurat dan keluar berdua-dua lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Syaitan masih dalam kurungan. Inilah saatnya yang tidak perlu ditangguh untuk kembali kepada Tuhan.

Ummu Abbas
11.52am
18 Ramadan 1430H

12 thoughts on “Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan

Add yours

  1. huhu..kna cerai talak 3..sedih yg teramat..moga2 allah tahu niat sya sepnjang berkawin dgn dia…

    Semoga Allah menyabarkan Puan dan semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Yakinlah, setiap takdirNya ada hikmahnya.

  2. PATUTNYE…TANGGAL 14 HB MAC 2011 SAYA BERKAHWIN..TAPI SUDAH TAKDIR…PASANGAN LELAKI MINTA PUTUS…TAPI YANG AJAIB NYE…MASA MULA2 PUTUS..SAYA BETUL2 KUAT…BETUL LA..ALLAH HILANGKAN MATAHARI…SEBAB ALLAH NAK BAGI HUJAN..THEN HILANGKAN HUJAN..SEBAB NAK BAGI PELANGI….LEPAS SEMINGGU PUTUS TUNANG…SAYA TERUS DAPAT KERJA TETAP DALAM KERAJAAN…TAPI TAKPE…SAYA TAK SIMPAN DENDAM PUN KAT BEKAS TUNANG SAYA..SAYA REDHA JE…

    …:)… Insya Allah, Allah berikan yang lebih baik… macam pengalaman akak sendiri :)… Moga istiqamah dengan meredai ketentuanNya…


  3. parah bila putus tunang ,senang nk di ucap payah nk di pikul,ada x ubat yg boleh melupakan semua nie

    memang parah juga…:) Biarkan masa membawa pergi kenangan lalu … iringi dengan sabar, reda dan tawakkal… hanya itulah ubat penawar duka. Usah dipaksa hati yang masih sayang untuk melupakan secara mendadak… sebaliknya berikan ia masa… ia adalah fitrah manusia yang punya perasaan yang halus dan abstrak… jadi layani ia dengan halus juga.


  4. x sggup nk lalui lagi

    Yakin dan percaya kepada Allah sebaik-baik motivasi agar tidak mudah berputus asa dari mencari jodoh yang sesuai. Nikahlah kerana Allah… insya Allah, akan ditemui syurga di dunia sebelum syurga akhirat. Bahaya lebih besar menanti jika meninggalkan sesuatu bukan kerana Allah…


  5. saya punya pengalaman sama seperti mbak rina..rencana tgl pernikahan saya tgl 5 februari 2011 tpi Allah berkehendak lain..saya diputuskan tunangan saya dengan cara fitnah..subhanaallah saya benar2 merasa terzolimi..saya sudah mengorbankan pekerjaan saya yg sdh 8 thn lm nya..tpi alhamdullilah..saya yakin Allah sayng sama saya bgtu terkena musibah itu Alquran menjdi teman saya,akhirnya saya sadar Allah punya rencana lain saya skrg tetap bekerja diperusahaan yg sama dengan tingkatan propesi baru dan saya merasa skrg lebih dekat dengan Allah..krn Alhamdullilah Alquran tdk pernah jauh dri saya skrg..tpi jujur saya masih sayang sama tunangan saya dan sangat sulit untuk mlupakannya.

  6. sedih rasenye bile kerap bergaduh dgn tunang padahal lg sbulan lbih je kwin,tunang pun cume 10 bulan je..rse mcm nk ptus tp syg…xtau la die jdoh yg terbaik utk sy atau x…

    Bersabar dahulu adalah lebih baik. Apa-apa keputusan, perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan orang tua, orang yang alim dan amanah serta solat istikharah. Yang penting, jaga batas pergaulan semasa bertunang agar perhubungan direstui Ilahi. Secara peribadi, bagi Akak, 10 bulan bertunang sudah terlalu lama dan boleh mendatangkan pelbagai fitnah.

  7. Salam………

    Pertunangan saya baru 2 bulan tapi mcm2 terjadi. Skrg tunang saya dah nak putus. padahal dulu die yang terkejar-kejar sy. 7 tahun bercinta die bertahan tapi baru 2 bulan bertunang die da nak putus. saya sedih sgt…walaupun sy yang minta putus tapi sepatutnya die pujuk saya. tp langsung x…die terus minta sy tanggal n pulangkan cincin tunang. Bermcm2 dugaan yang saya hadapi ketika bertunang ni. ade ppuan datang tdo dirumah bujang tunang n kwn2 dye coz gurlz tu kawan rapat mereka, die jadi cepat marah n xpedulikan saya, die ketagih ngn laman sosial (FB/Twitter). sy jadi x selesa n tertekan ,,,mbuat saya sering berfikiran negatif kpd die…bantu la sy..sy xnak jadi perempuan yang terhegeh2 sedangkan die senang jer nak lepaskan sy..hati saya pedih , asyik menangis, pilu, tertekan, kecewa dengan kputusan die tapi dlm ms yg sama sy tak dapat lupakan die. untuk pengetahuan semua, kami tidak putus secara rasmi lagi. dia hanya memberitahu saya secara mesaj…..Semoga tuhan tenangkan hati ini ..Amiinn.

  8. Assalamualaikum,

    Entry yang sangat menarik. Yang saya kesalkan hanyalah sikap manusia di sekeliling yang suka menggembar-gemburkan cerita dan bersangka buruk kepada pasangan yang tidak bernasib baik ini. Andai mereka tahu, tiada satu pun pasangan yang mahukan hujan di tengahari. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ini. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: