Raya, raya juga…Cuba baca kisah ini…!

Assalamualaikum teman-teman semua! Semoga semua pengunjung berada dalam belas kasihan ALlah dan redaNya… Jika ada pembaca non-muslim yang bertamu, saya ucapkan semoga cahaya hidup bertambah buat saudara-saudari.

Saya percaya, ramai antara kita membuat pelbagai persiapan menyambut raya; Baju raya, kuih raya, ‘angpau’ raya, perabut raya, langsir raya dan berbagai-bagai raya lagi.  Ada juga yang akan membanjiri jalan raya sehari dua lagi.  Berhati-hati ye..biar lambat asalkan selamat. 

Seperti biasa, saya sediakan dua pasang baju untuk setiap anak.  5 orang anak x 2 pasang= 10 pasang.  Saya sendiri sehelai jubah dan 2 helai tudung.  Suami pernah pesan, saya hanya boleh beli jubah sehelai setahun.  Alhamdulillah, itulah yang saya lakukan sejak hampir 11 tahun berkahwin dengannya.  Bukan dia kedekut tapi mendidik saya untuk berjimat dan ingatkan orang susah.  Saya pernah cerita dalam entry-entry sebelum ini betapa suami saya seorang yang tidak berkira bila membelikan hadiah untuk saya, juga anak-anak.  Pemurah biarlah bertempat… iya tak?  Kalau silap tempat, boros namanya.

Dalam ghairah membuat persiapan untuk anak-anak tercinta, hari ini, saya mendapat email yang diforwardkan dari suami.  Sebuah kisah yang…. bacalah sendiri.  Saya kongsi di bawah ini.   Selesai baca, kongsilah apa yang terdetik di hati.  Setakat yang saudara-saudari sudi berkongsi dan ikhlas keranaNya semata.  Moga dapat melembutkan hati yang keras dan menjinakkan jiwa yang rakus dan tamak.  Enjoy…

*****************

Penulis:  Che Ghazali Kasim, USMKK.

Tajuk:  SEMOGA JADI IKTIBAR

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah.  Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintip dia ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu,” jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat.
ii. puasa sunat.
iii. berzikir.
iv. bersedekah.
v. mengusap rambut anak yatim.
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain.
vii. membantu orang susah.

 

********************

Renung-renungkan…

Peringatan buat (diriku) yang alpa…

UPDATE:
Selesai posting di sini, saya minta Abbas dan Azzam membaca kisah ini. Anak-anak saya biasa dengan kemudahan (tapi bukan mewah). Kadang-kadang, pening juga mahu memujuk mereka agar bersikap qanaah. Rupa-rupanya, Abi mereka sudah pun bercerita kisah di atas kepada anak-anak kami semasa berbuka tadi.
Kami berharap mereka dapat bermudah-mudah dalam kehidupan yang sementara ini. Akhirat jua yang kekal abadi.

Benarlah, puasa mengajar kita untuk lebih peka terhadap nasib orang lain selepas hati kita menjadi lembut kerananya.

Ya Allah… betapa Engkau merahmatiku dengan secebis kisah ini.  Hati disapa syahdu dan dada lantas menjadi sebak…

 

Ummu Abbas

8.36am

26 Ramadan 1430H


8 thoughts on “Raya, raya juga…Cuba baca kisah ini…!

Add yours

  1. sgt tersentuh cerita tu… even ada dalam tv kisah-kisah seumpama ini. Alhamdullilah shafa sendiri pun dalam setahun cuma ada sepasang baju kurung.. jubah-jubah pun ambil dari mak punya sahaja. tahun ni takde baju raya, tapi pakai jelah baju kurung yg masih elok lagi tapi baru sahaja beli dua tudung labuh baru. cuma adik-adik lah yg selalu je suruh mak beli baju baru… semoga sama-sama dpt jadikan kisah di atas sbg pedoman…

  2. Assalamualaikum Ummu Abbas,

    Walaupun kakak mempunyai pengalaman tersendiri tapi bila membaca cerita orang lain, air mata tetap menitis.

    Terima kasih atas ceita yang menginsafkan.

    Wassalam.

  3. salam alaikum k.nur.

    kisah ini mengingatkan chik kepada filem CHILDREN OF HEAVEN dan juga buku cerita ABANG, ADIK & KASUT terbitan PTS. memang begitu serupa jalan cerita kehidupan mereka.

    bukan saja anak-anak yang perlu mendapat iktibar dari kisah kehidupan begini malah kita yang dewasa ini pun lebih-lebih lagi. bila duit di tangan sendiri kadang-kadang terlupa untuk berjimat cermat. sebab itu sekali-sekala chik suka ikut ayah menziarahi sanak-saudara di sebelahnya kerana masih ramai yang hidup susah. membantu apa yang mampu.

    semoga bila kita ada lebih kita bersedia untuk bersedekah kepada mereka yang perlu. sedekah sendiri tanpa melalui perantara akan lebih menginsafkan diri.

  4. Wa’alaikum salam semua,

    Terima kasih atas perkongsian yang dicoretkan. Saya amat berminat mengetahui pengalaman Kak Nisha. Moga ia memberi iktibar pada yang lain. Kalau Kak Nisha mula menulisnya, bolehlah maklumkan pada saya. Insya Allah, saya berkunjung ke rumah maya Kak Nisha untuk mengetahuinya.

    Oh ya…Chik, Kak Nur memang maksudkan iktibar cerita ini untuk semua golongan; Tua muda, lelaki dan perempuan. Kak Nur tambah sedikit update kat bawah tu agar para pembaca teringat untuk berkongsi cerita ini dengan anak-anak.

  5. semasa mberi komen ni sbenarnya saya masih menangis terasa betul dlm hati kerana saya tak dapat membayangkan kehidupan yg sesusah itu.betapa kuatnya si ibu & kluarga itu di uji sedangkan saya tidak sekuat itu.saya bdoa di ketika ini agar rezeki mereka dilimpahkan & hidup mereka diberkati.

    Amin. Ya Rabbal ‘alamin.

  6. Salam Ramadhan yang sudah sampai ke penghujung dan salam Eidul Fitri yang akan berkunjung tiba sehari dua lagi.

    Sedih, pilu, kagum, marah berbagai perasaan yang timbul dgn cerita ini. Sedih, pilu, dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut. Kagum jua dgn sikap mereka yg masih lagi berminat menuntut ilmu w/pun diselubungi dgn kesukara hidup.Sukar mencari mereka yg benar2 ikhlas mencari ilmu. Marah dgn sikap guru yg x prihatin dgn nasib pelajarnya.

    Dlm kehidupan Azie, mmg sebolehnya Azie x mahu bermewahan, cukuplah sekadar menyelesakan hidup. Tp susah nak lari drp itu semua. Cuma Azie sgt bersyukur dgn kurniaan ALLAH pd Azie dan suami yg sentiasa bersikap mengasihi insan yg susah. Kami mmg x berkira soal wang ringgit dgn mereka, cuma berhati2 kerana ada segelintir yg suka mengambil kesempatan drp keadaan. Kami lebih berpegang pd ungkapan ‘bkn semua yg kita dpt akan menjadi milik kita dan dlm rezeki ada hak org lain’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: