Selamat Kembali Kepada Fitrah!

Hati diselubungi resah. Sehari atau dua hari lagi, umat Islam bakal merayakan Eidul Fitr atau Hari Raya Puasa. Pilu jua mengulit jiwa bila meneliti diri, “Adakah aku layak menyambutnya?”.

‘Eidul Fitr’ bererti kembali kepada fitrah. Apakah aku sudah kembali kepada fitrahku dengan sepenuhnya? Fitrah mengaku Allah sebagai Ilah (tuhan) yang Esa. Apabila aku mengaku Allah Tuhan yang Esa, maka aku perlu patuh pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada pilihan lain. Namun seringkali aku memilih menurut hawa nafsuku. Adakah latihan puasa sebulan Ramadan 1430H ini benar-benar menjadikan diriku lebih takut kepada Allah? Atau sama sahaja dengan sebelumnya?

Petang tadi aku ke bazar Ramadan di Kota Bharu. Ku lihat masih ramai wanita Islam yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka berjalan dengan rasa bangga dapat menayangkan aurat (aib) mereka di khalayak ramai. Aku terfikir, selagi manusia tidak berjaya membebaskan dirinya dari menurut hawa nafsu, hakikatnya mereka tidak layak menyambut ‘Hari Kembali kepada Fitrah’ ini. Fitrah manusia punya rasa malu. Fitrah manusia mahu tunduk patuh pada Allah swt.

Baru semalam aku berbual dengan suami menyebut bahawa wanita yang mendedahkan auratnya, usahkan masuk syurga, mencium baunya sahaja tidak layak baginya. Betapa hinanya pandangan Islam terhadap wanita begini yang disampaikan melalui lisan RasulNya. Aku kagum mengenangkan jutawan Sendayu Tinggi yang memilih purdah sejak 5 bulan yang lalu. Alhamdulillah, Puan Rozita sudah berjaya kembali kepada fitrahnya. Bukan purdah yang aku mahu tekankan, bahkan hasrat Puan Rozita yang mahu menutup aurat sebagaimana tuntutan Islam itulah yang menjadi tarikan. Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang mencarinya.

Bagi lelaki pula, selagi puasa tidak mampu menghalau rokok dari hidup mereka, mereka jua sebenarnya belum layak meraikan Hari Kembali kepada Fitrah ini. Fitrah manusia suka kebaikan dan benci sesuatu yang merosakkan dirinya. Menurut kajian sains, tiada satu manfaat pun hasil dari merokok. Menilai rokok dari A sampai Z, semuanya memudaratkan manusia. Justeru ia menjadi haram. Bukan lagi makruh.

Sekadar menyebut beberapa contoh lelaki dan wanita yang masih menurut hawa nafsu mereka dalam sebahagian perkara. Sebahagian perkara lain pula mahu mentaati Allah. Layakkah mereka menyambut hari raya?

Hari raya merupakan hari memerdekakan diri dari belenggu hawa nafsu. Jika manusia masih terkongkong dengan kehendak hawa nafsu, maka takbir “Allahuakbar” itu bagai air dicurahkan ke daun keladi. Allah Maha Besar itu tidak meresap ke dalam jiwanya, justeru itu mereka masih membesarkan nafsu melebihi Allah itu sendiri. Jika mereka mengerti dan memahami, cukuplah Allah Maha Besar itu melunturkan ego mereka untuk tunduk patuh kepada Allah. Impaknya, kaum wanita akan menutup aurat sepenuhnya, kaum lelaki akan meninggalkan rokok, rempit, arak dan sebagainya. Hamba yang merasa Allah itu Maha Besar tidak tergamak memilih selain dari apa yang diredai Allah semata.

Pedulikan kata-kata dan penilaian negatif manusia asalkan Allah reda pada kita. 

Ya Allah, bantulah kami memerangi hawa nafsu kami yang sentiasa cenderung kepada menderhakaiMu.

Sempena Eidul Fitr tahun 1430H ini, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan,

 

Selamat Kembali kepada Fitrah!

Selamat Hari Raya!

Eidul Fitri al-Mubarak!

 

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

 Amin.

Maaf Zahir Batin

Dari semua yang mengenali atau tidak mengenali saya.

 


 Ummu Abbas

29 Ramadan 1430H

11.07pm

4 thoughts on “Selamat Kembali Kepada Fitrah!

Add yours

  1. Assalamualaikum wbt,
    Kak Nur, pertamanya, saya tersenyum melihat tajuk entry Kak Nur kali ini, betul2 serupa dgn tajuk post saya sempena Hari Raya. 🙂

    Saya juga ingin mengucapkan Selamat Kembali kepada Fitrah, Salam ‘Eidul Fitri, mohon maaf kiranya ada sebarang tersilap bicara dan tersalah bahasa.

    Wa’alaykum salam wbh, Oh…begitu. Maksudnya kita sama-sama faham hakikat raya itu, bukan? Alhamdulillah.

  2. salam kak.

    ini adalah antara blog yg berisi & jujur. teruskan dakwah kak melalui penulisan di blog ni kak. saya dah buatkan link ke blog saya. harap dapat berkongsi isi bermanfaat selepas ni.

    salam eidulfitri utk kak & family.

    Assalamualaikum inksensei,

    Terima kasih atas dorongan dan linkkan blog saya di sana. Saya juga sudah melawat blog inksensei.

    Eidul Mubarak untuk inksensei dan keluarga juga.


  3. Salam k.nur.. sy suka baca n3 dlm blog ni.. sgt mendalam.. saya setuju dgn kata2 k.nor.. “Ku lihat masih ramai wanita Islam yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka berjalan dengan rasa bangga dapat menayangkan aurat (aib) mereka di khalayak ramai “. Kdg2 sy rasa takut.. rasa takut berpakaian tetapi telanjang.. tp harap2 tidak. nk ty k.nor, boleh ke seorg perempuan memakai seluar ttp pakai blouse/bj yg menutupi punggung.. wslm.

    W’salam Ummu Iman. Alhamdulillah, Ummu Iman masih diberi rasa sensitif terhadap perkara hijab ini. Secara peribadi, seboleh-bolehnya seluar yang benar-benar menutup aurat wanita ialah potongannya tidak menyerupai lelaki seperti seluar wanita Pakistan (sebagai contoh sahaja). Manakala blouse yang menutupi punggung biarlah hingga ke paras bawah lutut. Ia bagi mengelakkan bentuk paha kelihatan. Juga bagi mengelakkan kelihatan menyerupai pakaian lelaki. Blouse juga harus luas sehingga dapat melindungi goyangan punggung apabila berjalan.

    Selain luas, harus diperhatikan jenis kain yang tebal agar tidak terbayang bentuk badan.

    Bagi Kak Nur, wanita yang sensitif dengan pandangan Allah akan mengambil berat ciri-ciri pakaian sebelum memakainya keluar rumah. Pandangan Allah dan reda Allahlah menjadi keutamaan, bukannya pandangan lelaki dijalanan yang menjadi tujuan. Justeru, wanita yang cermat akan meminta pandangan orang lain yang juga takutkan Allah mengenai pakaian yang dikenakan sebelum keluar rumah atau semasa membelinya.

    Moga Ummu Iman diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

    Wallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: