Semalam saya mendapat panggilan dari sahabat, Kak Cik yang memberitahu tentang perkembangan karya bersama kami, “Dari Lubuk Hati Ibu”. Buku itu dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan terkenal di negara ini. Antara perkara yang menyeronokkan bagi penulis ialah apabila karyanya dilamar penerbit. Alhamdulillah.
Biasanya penulis bersusah payah mencari penerbit. Itu pun bukan mudah mencari penerbit untuk sesebuah karya. Banyak aspek perlu diambil kira terutama dari sikap amanah penerbit dengan penulisnya. Apabila menemui penerbit yang sesuai, belum tentu karya diterima. Apabila karya diterima pula, tidak ketahuan lagi bila hasil dapat dilihat di kedai-kedai buku atau di pasaran. Semuanya menguji keikhlasan dan kesabaran penulis dalam berkarya. Astaghfirullah.
Kembali kepada buku kami, Dari Lubuk Hati Ibu. Buku itu telah diterbitkan sendiri oleh syarikat Kak Cik. Cetakan pertama sebanyak 1000 naskhah dijual dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah. Kak Cik dan suami, Ustaz (Dr) Azhar Yaakob banyak memenuhi undangan ceramah dan kuliah sekitar Lembah Pantai. Latar belakang mereka yang dikenali ramai memberi sumbangan kepada pasaran buku ini.
Saya menulis mengenai penulisannya dalam entri bertajuk, “Catatan: Tulis Buku Lagi” bertarikh 25 November 2008. Cetakan kedua dijangka dapat dipasarkan di PBAKL09 namun belum di izinkan Allah. Ustaz Azhar yang sedia sibuk tidak sempat menguruskan cetakan kedua. Subhanallah.
Semasa PBAKL09 berlangsung, baru saya berkesempatan melihat buku tersebut. Bakinya beberapa buah saya perolehi dari Kak Cik dikesempatan menziarahinya di Gombak. Sekarang baki cetakan pertama itu ada 3 unit. Saya sudah simpan untuk Puan Milla-aisyahcollection 1 unit. Sesiapa yang berminat mendapatkan baki 3 unit itu, sila tinggalkan alamat di ruang komen atau melalui email. Harganya RM19 termasuk pos.
Insya Allah, saya akan menandatangani buku yang dibeli terus dari saya. Sahabat saya, Kak Cik tidak dapat menandatanganinya kerana berada jauh di Gombak. Sedangkan saya tinggal di Kelantan.
Sebahagian bab dari buku ini pernah saya siarkan dalam blog ini.
Saya akan maklumkan keluaran baru buku tersebut setelah selesai urusan dengan pihak penerbit. Pihak penerbit juga mahukan kami menambah isi kandungan buku.
Allahuakbar.
Sinopsis Buku
Buku ini merupakan luahan impian ibubapa terhadap anak-anaknya yang diserasikan dengan kehendak al-Rahman. Kehendak al-Rahman yang mencakupi perkara-perkara asas bagi individu muslim buat bekalan melayari hidup di dunia fana. Kami sedar kita semua sangat naif dalam mendidik anak-anak, terutama anak-anak di zaman sekarang. Zaman penuh fitnah dan asakan globalisasi tamadun manusia yang bergerak dan berkembang pantas. Perkembangan tamadun material yang tidak seimbang dengan tamadun iman dan akhlak.
Iman kita sebagai ibubapa yang naik turun terasa menghambat usaha memberi tarbiyah terbaik untuk anak-anak. Kita juga tidak mampu menjadi role model mukmin dan mukminah buat anak-anak. Kita banyak kekurangan; kurang ilmu, kurang mengenal Allah, kurang sifat muraqabah, kurang ‘parenting skill’, kurang sabar dan serba serbi kekurangan lagi. Ulama yang bergiat dalam politik dan di medan masyarakat juga banyak kekurangannya dalam mendidik anak isteri. Apatah lagi kita yang serba jahil ini.
Apa lagi yang mampu dilakukan selain mencurahkan teori dan harapan melalui tinta pena. Disamping sedikitnya usaha kita, hakikat yang mendidik itu Allah jua. Kita hanya wasilah yang teramat kecil dalam memandu dan mendidik anak-anak mengenal Allah dan menjadi hambaNya yang baik.
Buku ini dicoretkan dalam gaya berbual dengan anak-anak. Sewajarnya ibubapa yang membacanya terlebih dahulu sebelum dihadiahkan buat anak-anak tercinta. Agar ia diserahkan dengan sepenuh harapan terhadap isi kandungan buku agar menjadi santapan jiwa anak-anak.
Ummu Abbas
9.06am
28 Syawal 1430H
Isi kandungan buku:
Pembuka Bicara
Selayang Pandang
Di Sini Mulanya
Dari Mana? Dan Mahu Ke Mana?
Tak Kenal Maka Tak Cinta!
Masa Adalah Kehidupan
Binakan Temboknya
Tiada Teman Sebaiknya
Hatinya Bersama Masjid
Ibumu… Ibumu… Ibumu…
Tiang Hidup
Kecantikan Yang Sebenar
Cermin Yang Baik
Senjata Orang Beriman
Ibu Juga Manusia Biasa
Nukilan Pembaca Buku Ini yang juga seorang ibu;
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan buku ‘Dari Lubuk Hati Ibu’ ini hadir untuk tatapan pembaca. Saya secara peribadi telah membaca dan menghayati buku ini dengan Qalbu… lalu terasa bagaimana penulis telah menjiwai diri saya, luahan saya, hasrat saya terhadap anak-anak. Kepada para ibubapa, buku ini sangat baik untuk kita, banyak ilmu yang terkandung di dalamnya, banyak juga pengalaman berharga penulis yang memberi iktibar kepada kehidupan kita. Berkali-kali air mata saya mengalir ketika menghayati kandungan buku ini. Saya yakin sesuatu yang ditulis dari hati… pasti akan jatuh ke hati jua. Allahu waliy al-taufiq. Wallahua’alam.
Ustazah Nor Anisah Musa
Timbalan Mudir, Maahad Tahfiz Darul Furqan, Kuala Lumpur.
Info terbaru: Semalam diziarahi dua orang anak buah dan mereka beli buku ini, Dari Lubuk Hati Ibu. Bakinya ada satu sahaja lagi. Harap maklum.
salam.. saya nak beli!!! tapi saya di kl.. boleh jelaskan bagaimana urusan pembayarannya? jzk sis 🙂
Kak Nor…nak cop buku tu boleh..? dah terlewat ke saya nih..?
No hp saya..019-9186809. Call ye….
wan takde no hp kak nor.
Assalamualaikum.
Mmg menarik rasanya buku ini utk dijadikan panduan dlm membentuk sahsiah ank2 dlm meniti kehidupan sekarang yang begitu membimbangkan ibubapa. Azie harap K.Nor dapat maklumkan bila cetekan kedua keluar. Azie tidak mahu ketinggalan utk memilikinya utk dijadikan panduan dlm membentuk sikap anak2.
saya berhajat untuk membeli buku ini, untuk dihadikan kepada anak anak.
semuga ianya manjadi pedoman kepada mereka dan juga saya.
assalammualaikum…
saya berminat untuk medapatkan buku ini…
bagaimana caranya?…:masih ade lagi ke?…
Assalamualaikum…
saya berminat untuk memiliki buku ini. Sementelah pula penulisnya merupakan schoolmate saya dulu ( Us. Nurhafizah Musa) Bagaimana ya blh saya dptkan? Mohon hubungi saya….Pn. Norliza 0178483557
Assalammualaikum…w.r.t
Kak ummu,mohon share sinopsis buku ni.Boleh refer blog saya http://teratakbondazq.blogspot.com/
Terima kasih.
Salam,,
Saya amat berminat untuk memiliki buku dari Lubuk Hati Ibu, bagaimana caranya?
,
telah baca. isi kandungan yang sangat menarik.. mewakili luahan hati semua ibu muslim.. harus dibaca oleh ibu-ibu dan anak2..
Alhamdulillah.
dikedai buku HAsani ada ke buku ni?
Mohon maaf, saya tidak mengenali kedai tersebut. Cuma saudari boleh cek, jika kedai tersebut menjadi pengedar buku keluaran Telaga Biru, kemungkinan ada.
Assalamualaikum..Masya Allah..ade rupanya buku ni..saya teringin nak memilikinya.bagaimana ya?ade no fon yg saya bolleh hubungi?ade x no ustazah norhafizah?syuran
Wa’alaikumussalamwarahmatullah.
Boleh beli dari saya. Hubungi melalui email: ummu_abbas@ymail.com