Tentang Solat Jamak

Salam’alaikum kak,

Saya menetap bersama suami di Kuala Lumpur (KL).  Saya dapat sambung master 4 tahun; Setahun di Pulau Pinang dan 3 tahun di KL.  Untuk tahun pertama, saya tinggal di Pulau Pinang bersama ibubapa.  Setiap Jumaat saya balik ke rumah suami.  Bolehkah saya Solat Jamak pada hari Sabtu dan Ahad?  Atau tidak boleh kerana rumah suami di kira tempat mastautin?

Dr Hafilah (nama samaran)

Melalui sms pada 18 Oktober 2009

****************************

Jawapan:

Wa’alaikum salam wbh,

Bergantung pada niat Hafilah.  Jika berniat pindah dari rumah suami ke Pulau Pinang, maka diharuskan Solat Jamak.  Jika masih mengekalkan niat menetap di rumah suami, maka tidak boleh Solat Jamak.

Begitu juga tidak boleh Solat Jamak di rumah ibubapa kerana dianggap tempat bermukim.

Solat Jamak diharuskan dalam perjalanan sahaja kerana itu sahaja dianggap waktu musafir.

 

Wallahua’lam.

 

Ummu Abbas

30 Syawal 1430H

3.39pm

2 thoughts on “Tentang Solat Jamak

Add yours

  1. assalamualaikum kak nur,

    semoga kak dan famili dalam sejahtera..

    saya ada beberapa soalan kak..

    1. Saya dan suami tinggal rumah di Johor. Suami kerja sini. Maksudnya inilah rumah kami menetap kan? Rumah (kampung) asal suami di Penang. Kalau kami balik Penang, di rumah saya boleh buat solat jamak. Suami saya boleh ke?

    2. Kalau saya balik rumah ibubapa di Sabah, boleh ke saya solat jamak di rumah?

    3. Misalnya saya pergi ke KL tinggal di bilik sewa selama 30 hari. Saya dah nak balik ke Johor lah, bas saya bertolak pukul 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim maghrib dan isyak di bilik sewa itu atau perlu buat di tempat pada jarak tertentu?

    4. Kalau saya belajar dan tinggal di asrama USM 3 tahun. Malam itu saya nak ke KL, bas bertolak 9 malam. Bolehke saya buat solat jamak takdim di dalam bilik saya?

    5. Niat jamak orang ajar “sahaja aku solat isyak fardu jamak takdim ke dalam waktu maghrib qasar 2 rakaat kerana Allah ta’ala”. Panjang sangat.. daripada kawan2 yang mengambil peluang untuk memberi ilmu kepada saya masa mula2 masuk Islam, saya pasti ramai yang buat niat begitu.. Bukanke susah..

    Bukan ke hanya cukup terlintas dalam hati ketika takbir “isyak fardu jamak takdim qasar” ? Jumlah rakaat dan kerana Allah ta’ala bukanlah yang wajib ada dalam niat tapi buat pun boleh. Dari bacaan buku formula solat sempurna ustaz zaharuddin begitulah saya faham dan juga kelas dan bengkel solat yang pernah saya ikut. Boleh kak jelaskan?

    syukran ya kak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: