Seorang blogger mendakwa seperti berikut;
Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Tuan Guru akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat. Kita biarlah Tuan Guru membuat pengumumannya. Tetapi saya berharap Ariffahmi berfikiran waras dan faham bahawa Tuan Guru lebih penting daripada Ariffahmi di dalam perjuangan ini. (Sekarang saya nak berkemas, hehehe).
Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.
Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa.”
Saya baru menziarahi salah seorang keluarga Tok Guru pagi tadi dan bertanya sendiri mengenai kenyataan di atas. Tuan Guru Nik Aziz menafikan pernah meminta Ariffahmi meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK sebagaimana yang disebutkan oleh blogger berkenaan.
Pemergian Ariffahmi ke Kuala Lumpur pula adalah untuk menemani isterinya yang mahu menghantar adik, Nik Asma Salsabila menunaikan haji.
Sekian.
Harap maklum.
Psst… dekat-dekat raya korban ni… ada pula yang mahu mengorbankan maruah diri sendiri dan maruah orang lain.
Hmm…..
Ummu Abbas
4.36pm
2 Zul Hijjah 1430H
confuse..kenapa ada orang menulis tentang perkara yang tak pernah wujud?
Nampaknya peribahasa ‘kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang’ sudah x boleh dipakai lagi..macam2 cara orang boleh buat untuk goyangkan pokok…
adoii
mana kickdfella nak letak muka ni..husam pon naik malu dah
kena perlu rasional dalam setiap pilihan dan menerima pandangan. Selagi ia bukan dari mulut Tuan Guru sendiri hatta kaum kerabat sendiri yg rapat/pegawai2nya yg rapat dan bukan dari sumber yang rasmi, kita perlu ambil pendirian tunggu dan tidak tergopoh-gapah untuk mengatakan siapa yang betul dan siapa yang tidak. Siapa penyebar fitnah, siapa pembuat kesalahan dsb.
Kisah-kisah al-Quran mengenai komplot, fitnah, sikap munafik terlalu banyak. Inilah waktunya kita memahami ayat-ayat al-Quran dalam kontek isu yang berlaku disekeliling kita, bukan sekadar memahami al-Quran dan sirah Rasulullah secara tekstual semata-mata. Dalam kisah fitnah ke atas aisyah r.a, Allah berfirman, orang yang membawa berita (fitnah) itu di kalangan kamu. Kalian mungkin fikir ia keburukan, tetapi ada kebaikan dalam penyampaian berita itu. Walaupun fitnah kpd aishah bertujuan untuk membunuh karektor Rasulullah sebagai nabi dan pemimpin, akhirnya tujuan orang yang ingin menjatuhkan Rasulullah itu terbongkar. Dalam hal yang sedang berlaku ini kita belum tahu lagi siapakah orangnya.
Ujian kepimpinan sentiasa ada baik dari perancangan musuh ataupun datang dari Allah sendiri. Siapa kata memegang kepimpinan ini selesa. Semakin tinggi martabat ketaqwaan pemimpin itu, semakin tinggi ujiannya. Ujian tersebut akan berlingkaran dalam keluarga sendiri, orang yang rapat, penyokong serta orang yang memusuhi.
Sebab itu juga al-Quran tidak segan silu menyebut kisah-kisah keluarga Rasulullah sebagai panduan kita semua. Berapa kali ayat al-Quran mengulang pertanyaan ancaman kepada para isteri Nabi, dengan pertanyaan yang direct. ‘Wahai isteri-isteri nabi, andainya kalian memilih dunia , bukan memilih Allah dan Rasulnya…’ Ini baru ujian bersama isteri-isteri. Jika dengan isteri selamat, ujian dengan anak-anak.
Lihat kisah Nabi Nuh, wahai anakku marilah belayar bersama-sama kami. Tetapi dijawab di anak, aku ingin berlindung di atas bukit yang paling tinggi yang akan peliharaku dari air banjir itu.
Kemudian ujian mewah dan mendapat penyokong yang ramai – lihat kisah pemilik dua kebun dalam surah al-Kahfi. Salah seorang pemilik kebun itu diuji dengan harta yang banyak, kebun yang subur dan penyokong yang ramai.
Kalau kita baca surah al-Taubah, kita boleh senaraikan lebih 20 sifat orang munafik yang ingin menjatuhkan Islam dan Rasulullah. Orang munafik ini ialah orang yang solatnya di belakang Nabi dan berdiri di masjid madinah sebaris dengan para sahabat yang lain.
Jika kita baca surah-surah lain seperti Taha, al-Naml al-Qasas ujiannya dalam bentuk menentang kezaliman dan orang yang ingin menjunjung kebenaran akan ditentang oleh setiap peringkat hatta sebuah kerajaan yang zalim.
Kesimpulannya, elakkan dari fitnah dan membuat penilaian berasaskan su’u dhan (buruk sangka) selagi belum ada dalil serta bukti-bukti yang jelas. Allahu a’lam.
Politik fitnah makin menjadi2.