Ini baru berita rasmi yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Berita ini disiarkan oleh Harakahdaily yang mana pemberitanya adalah wartawan rasmi Harakah di Kelantan yakni Kak Salmah Mat Hussin. Harakahdaily mempunyai wartawannya sendiri yang sudah dikenal pasti tahap amanah dan kejujurannya bagi melaporkan apa-apa berita rasmi dari PAS.
Saya rasa mungkin akan ada yang terfikir Tok Guru berhelah dengan menafikan laporan Kickdefella. Namun perlu difahami bahawa pada peringkat awal, Tok Guru sememangnya tidak mengeluarkan kenyataan demikian. Apa yang dilaporkan oleh Harakahdaily itulah keputusan Tok Guru yang terbaru setelah berbincang dengan beberapa pimpinan PAS pusat.
Dalam dunia politik, macam-macam boleh jadi; provokasi, fitnah, putar belit dan pelbagai rencam lagi yang mana bapa kepada segala tipudaya tidak lain dan tidak bukan adalah iblis sendiri- musuh pertama anak-anak Adam. Pengikut nombor satu iblis pula adalah Yahudi yang akan mempergunakan umat Islam sendiri bagi menghancurkan Islam dan pengikutnya.
Wallahua’lam.
Ummu Abbas
4.42pm
6 Zulhijjah 1430H
*****************************************************************
Oleh Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini. Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan. Keputusan itu dibuat bagi menjaga kesinambungan perjuangan Islam di negeri itu dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku. Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian. Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
Ariffahmi juga hadir mendengar sidang media tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, Ariffahmi dilaporkan telah mengumumkan meletakkan jawatannya dalam satu sidang media sebentar tadi. Menurut laporan Malaysiakini, surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan.
Ada hikmahnya dengan apa yang terjadi…
Saya amat bersetuju dengan keputusan ini Demi kepentingan Islam dan Ummah…
Mudahan keluarga TGNA tabah hadapi pelabagai issue yang melanda..
Cuma saya tertanya2 kenapa Kickdifella kena dipecat? apa yang sebenarnya berlaku
Sedang umat islam dinegara ini dan juga seluruh dunia sedang bersiap untuk mengadap rumah Allah di Baitullah dan sebahagian darinya sudah pun berada di tanah suci untuk menunaikan rukun islam kelima, Nik Aziz Nik Mat menggemparkan negara dengan pengakuan tajaan Haji yang bernilai puluhan ribu ringgit. Dengan bangga nya pula dia mengakui ini adalah merupakan hadiah dari orang perseorangan.
Bukanlah ingin mempertikaikan niat Nik Aziz untuk menunaikan Haji biarpun sebelum ini dia telahpun berkali-kali telah menunaikannya, tetapi yang dipersoalkan cuma perbelanjaan yang akan digunakan untuk menanggung ibadah tersebut. Jika yang menaja “tuan guru” itu merupakan orang yang langsung tak mempunyai kepentingan urusannya dengan kerajaan negeri Kelantan, tak mengapalah. Tetapi dikhabarkan bahawa pihak yang menaja pakej Haji ini mempunyai kaitan perniagaan serta projek di negeri Kelantan melalui PMBK. Ini menjadikah hadiah tajaan Haji kepada Nik Aziz dan menantunya itu berunsurkan RASUAH.
Parti yang semakin bercelaru ini jelas semakin terserlah kekufurannya apabila mempertikaikan niat suci pihak berwajib untuk menyiasat kesahihan urusan tajaan Haji ini. Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz setelah membatalkan pemergiannya ke Tanah Suci telah melabelkan pihak-pihak yang menghalangnya sebagai puak QURAISY Malaysia.
Sepatutnya Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sujud bersyukur kehadrat Allah SWT kerana “dipelihara” dari menggunakan sumber yang tidak sepatutnya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Nik Aziz juga patut berterima kasih kepada pihak SPRM dan juga ahli-ahli UMNO dan juga penyokong kerajaan yang begitu mengambil berat tentang isu HALAL dan HARAM untuk pihaknya. Ini berlainan sekali dengan karenah puak-puak jemaah partinya sendiri seperti “burung kakak tua” yang hanya tahu meniru tanpa tahu berfikir.
Di kala negeri Kelantan dilanda ujian dari Allah SWT yang berupa banjir, malah banyak lagi rakyat-rakyat miskin di Kelantan hinggakan terpaksa “mencuri” selipar MB nya sendiri untuk mengambil berkat, sepatutnya Nik Aziz lebih cenderung mengutamakan kebajikan rakyatnya dan bukannya mementingkan diri dan keluarga sendiri.
Andai kata tajaan Haji kepada Nik Aziz yang menelan kos RM 65’000 sekepala itu dibahagi-bahagikan kepada rakyat miskin di Kelantan, alangkah bagusnya bagi rakyat miskin yang tidak berkemampuan itu. Dan pastinya imej Nik Aziz sebagai “tuan guru keramat” akan lebih membawa berkat dimata penganut taksubnya.
Dikala Negara menghadapi krisis ekonomi yang masih belum pulih, negeri Kelantan pula dilanda musibah banjir, dan juga taraf kehidupan purata rakyat negeri Kelantan yang masih mundur berbanding negeri-negeri lain, tiba-tiba Nik Aziz dihadiahkan dengan pakej Haji yang bertaraf VVIP. Sedarkah para pemimpin Pas Kelantan bahawa rakyat dinegeri itu begitu terhimpit ketika mereka sibuk dengan tajaan VVIP mereka ?
Para pemimpin Pas Kelantan yang bergenetik lembab serta mengaku wala’ dan begitu taksub kepada “tuan guru” mereka ini sepatutnya mengingatkan dan juga menasihati “tuan guru” mereka agar jangan lupa kepada rakyat. Kelompok pemimpin Pas ini juga perlu mengingatkan Nik Aziz supaya mendahulukan rakyat Kelantan serta berdoa agar rakyat sejahtera, negeri Kelantan kembali makmur dan juga ekonomi negara kembali meningkat, bukannya menggalakkan “tuan guru” mereka bersyubahat didalam perkara-perkara yang cenderung kepada RASUAH !
Inilah akibatnya jika terlampau taksub membuta tuli dan wala’ tak bertempat seperti mana yang diamalkan oleh kelompok-kelompok pemimpin parti Pas. Ini lah juga akibatnya apabila hati mereka telah menjadi keras dan hitam kerana sokongan tak kena gaya kepada parti yang seringkali mempergunakan Islam didalam memperjuangkan kepentingan peribadi.
Dan apabila ada pihak-pihak yang menegur, dituduhnya pula mahu menjadi pengkhianat Islam kononnya dan sanggup pula dilabelkan sebagai QURAISY Malaysia.
Ini hakikat jelas menunjukkan bahawa kelompok-kelompok didalam parti Pas ini sangat bertuhankan kepentingan dunia hingga melampaui kepentingan akhirat demi mengejar kemewahan serta kuasa.
Bagi kelompok-kelompok bergenetik lembab ini, amalan-amalan mulia disisi Islam telah mereka politikkan seolah-olah hanya mereka sahaja yang membawa Islam yang sebenar.
Inilah yang menyebabkan “tok guru” mereka berbangga dengan selipar berkatnya dan juga membakul sampahkan dirinya sendiri setaraf dengan kisah-kisah nabi !