Sedang saya menulis entry terbaru untuk blog ini, sms berdering masuk.
Hanya alamat blog tertulis di skrin handphone,
Nama pengirim sms ialah Nik Amalina, yang tiba-tiba meletup dalam dunia blog gara-gara tulisannya cepat ditangkap dari blog Dr Mariah ke blog terkenal Kickdefella.
Saya membalas sms dengan ucapan, “Tahniah. Memang nak cdg agar buka blog sndiri. Sdg tngok:)”.
Kebetulan saya online, terus saya buka blognya.
Dan sekarang saya war-warkan di sini.
Di sebalik ratusan hentaman dan kritikan yang diterima dalam blog Kickdefella, saya optimis bahawa Nik Amalina akan lebih berani menulis dan menulis.
Saya percaya dia telah belajar sesuatu dari tulisan pertamanya itu.
Saya tidak bermaksud meluahkan pandangan saya secara khusus terhadap tulisan pertama Nik Amalina di sini.
Memadai saya mewar-warkan blognya agar para pembaca yang berminat berkomunikasi dengan salah seorang puteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz melawat blognya.
Cuma anda perlu ingat dan sedar, jika Fatimah binti Muhammad bin Abdullah adalah Fatimah, seorang wanita, isteri dan ibu, maka begitulah jua dengan Nik Amalina, dia adalah seorang wanita, isteri dan ibu.
Fatimah adalah Fatimah. Fatimah bukan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri.
Nik Amalina bukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Ummu Abbas
3.58pm






Tinggalkan komen