Posted in Islamika, Koleksi Tip

Tip Mengasuh Bayi Dengan Mudah

Disalin dari adlizakaria.blogspot.com

Atau tajuk lain bagi entry ini; Amalan semasa Hamil.

Seorang sahabat saya memberi petua,

“Untuk mendapatkan anak yang mudah dijaga, bacalah al-Quran 30 juzuk sepanjang tempoh kehamilan. Niatkan khatam untuk bayi dalam kandungan”.

Sahabat itu bercerita pengalamannya,

“Seseorang memberikan petua ini semasa saya hamil anak pertama namun saya tidak pernah amalkan. Saya masih membaca al-Quran namun tidak pernah khatam.

Ketika hamil anak ke 4, saya mula membaca al-Quran untuk janin dalam kandungan. Alhamdulillah, saya dapat khatam 30 juzuk sepanjang tempoh hamil 9 bulan. Bacaan-bacaan itu saya niatkan untuk bayi dalam kandungan.

Setelah ia dilahirkan, saya dapati bayi yang dibacakan al-Quran 30 juzuk lebih mudah dijaga berbanding 3 anak terdahulu.

Semasa bayi, dia tidak banyak meragam. Meskipun begitu, kita tetap harus bersedia melayani kerenah biasa seorang bayi yang merengek ketika mengantuk, lapar atau napkinnya basah.

Saya rasa sungguh berbeza mengasuh bayi yang dikhatamkan al-Quran dan yang tidak dikhatamkan”.

Saya tidak bertangguh untuk mengamalkan pesanan sahabat tersebut. Sejak hamil anak sulung, saya berusaha membaca al-Quran sehingga khatam 30 juzuk. Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya meskipun sering berdepan dengan keadaan diri yang serba kekurangan. Kekurangan yang dimaksudkan ialah menguruskan rutin harian yang memakan banyak masa dan juga alahan semasa hamil.

Alhamdulillah, saya dapati anak-anak mudah dijaga semasa kecilnya. Meragam biasa-biasa itu adalah juga. Namun tidak pernah berdepan dengan anak-anak yang menangis berpanjangan. Sebagai seorang yang suka bermusafir bersama suami, anak-anak biasa di bawa berjalan jauh sejak mereka bayi. Ibu saya dan ibu mertua selalu bimbangkan anak-anak kami bila kami berjalan jauh. Mereka bimbang anak-anak menangis dan meragam tanpa henti. Alhamdulillah, sehingga saat ini, anak-anak selamat berada dalam lindungan Allah.

Semasa hamil anak kelima, saya tidak berjaya mengkhatamkan al-Quran kerana alahan dan keadaan diri yang semakin teruk. Saya mengalami alahan sehingga hampir waktu bersalin. Sementelah saya berada di Sydney lebih kurang 3 bulan pada bulan-bulan akhir kehamilan. Sydney pada masa itu musim dingin. Cabaran yang dihadapi adalah lebih besar.

Allah tahu saya berusaha membaca al-Quran sedikit demi sedikit dan mempunyai azam untuk mengkhatamkannya sebagaimana kehamilan yang lepas-lepas. Apakan daya, tanpa izinNya, saya tidak berdaya melakukanNya. Saya pasrah pada ketentuan Allah.

Alhamdulillah, anak kelima adalah paling mudah dilahirkan dan juga paling mudah dijaga.

Oh ya… saya tidak amalkan membaca surah-surah tertentu seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Yasin dan lain-lain sebagaimana yang pernah diamalkan sesetengah orang. Saya belum menemui nas yang menyatakan kelebihan membaca surah tertentu semasa hamil. Sebaik-baiknya, bacakan semua al-Quran untuk janin dalam kandungan.

Sesungguhnya Allah itu amat memahami hamba-hambaNya.

Ummu Abbas
6.26pm
28 Muharram 1431H

Nota: Saya lampirkan sebahagian tulisan tambahan untuk buku Dari Lubuk Hati Ibu. Saya berhasrat menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam blog ini namun terpaksa dahulukan apa yang perlu diutamakan. Penerbit sudah lama menunggu buku ini disiapkan. Terima kasih atas kesabaran para pengunjung dan sifat memahami diri penulis.

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

4 thoughts on “Tip Mengasuh Bayi Dengan Mudah

  1. “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

    Terima kasih atas infonya.


  2. salam ummuabas,
    Akak,Alhamdulillah,bertuah kan dapat menjadi seorang ibu..ibu mithali yang cintakan Islam amat diimpikan,kerana akan lahirnya zuriat yang solih dan solihah.Bertuahlah zuriat yang dikhatamkan dengan alQuran di dalam kandungan seorang ibu.Semoga zuriat tersebut akan menjadi generasi alQuran.InsyaAllah..

    Harapnya entry ini membantu lebih ramai bayi yang dikhatamkan al-Quran di dalam kandungan.


  3. terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sungguh bernilai ini…semoga rahmat Allah sentiasa bersama knor..teruskan usaha murni ini….

  4. salam.niat sama. saya bacakan al-quran 30 juzuk niat utk anak ke-3 dlm kandungan. memang anak ketiga ini mudah nak jaga.saya cuma baca surah pilihan bila dah habis 30 juzuk. pengalaman kita sama.moga menjadi panduan utk ibu2.Alhamdulillah semua ini dengan izin daripada Allah.

    Wsalam. Terima kasih atas perkongsian. Ia membantu kita untuk lebih rajin mengamalkan khatam 30 juzuk untuk anak dalam kandungan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s