Gadis Kaya Menyamar Miskin Untuk Dapat Suami Jujur

(Berita ini sudah diedit sedikit tanpa menjejaskan kandungan asal-P)

Sumber foto; http://beaut.ie/blog/wp

JEDDAH– Untuk mendapat calon suami yang tidak tamak, seorang gadis Arab Saudi, yang memiliki simpanan tujuh juta riyal (sekitar 7 juta ringgit) sengaja mengaku sebagai wanita biasa yang miskin.

Tidak sekadar itu, si gadis juga mengaku berparas tidak cantik dan berkulit hitam dengan tujuan mendapatkan calon suami yang benar-benar menyintainya secara jujur.

“Tujuan menyembunyikan jatidiri sebenarnya bertujuan agar si gadis mendapat suami yang benar-benar menyintainya dengan tulus. Bukan kerana hartanya,” kata harian Al-Madinah.

Jatidiri palsu tersebut ditulis dalam borang. Akhirnya, calon suami, yang tulus menerima apa adanya sesuai dengan pengakuan dalam borang itu. Lelaki tersebut tidak menyangka mendapatkan “bidadari” yang hampir sempurna.

Hakikatnya, selain kaya, gadis itu juga berparas cantik, berkulit putih dengan budi pekerti mulia, di samping berasal dari keturunan terhormat.

Mingguan Wasilah, 7 Safar 1428H/ 25 Februari 2007, h. 19

*****************

Foto hiasan dari http://www.abc.net.au

Ini adalah catatan lama saya yakni sebelum blog ini dibuka. Moga memberi manfaat.

Cuba tanya diri kita: apakah kita mampu menjadi pemuda yang menang seperti contoh realiti di atas? Menang melawan nafsu sendiri. Musuh utama kita ialah syahwat yang sering mengajak ke arah kejahatan yang hidup sejasad dan senyawa dengan kita.

IKHLAS adalah sumber energy terpenting dalam melakukan apa perkara sekalipun. Ia berfungsi menjadi benteng paling ampuh berdepan tribulasi dunia yang semakin mencabar dan menikam IMAN dan TAQWA.

Apabila Kamu Mengejar Dunia, Dunia Lari Meninggalkan Kamu.
Apabila Kamu Mengejar Akhirat, Dunia Datang Mengejar Kamu.

Selain faktor dalam kisah realiti di atas iaitu cantik, berharta dan berketurunan mulia, termasuk dalam skop duniawi ini ialah betapa ramai para pemuda, bapa dan datuk mengejar perempuan bagi melengkapkan cawangan kedua, ketiga dan keempat namun wanita itu lari daripadanya. Tambahan pula, tata susila melamar atau dalam proses ke arah tercapai akad yang sah dicemari virus yang tidak diredai Allah SWT.

Sama ada Allah menjauhkan apa yang kita buru dari digapai atau kita berjaya mendapatnya tanpa diiringi barakah dari Allah SWT.  Mana pilihan kita? Kalau Allah SWT keutamaan kita, kita sangat bersyukur apabila ditakdirkan perkara pertama kerana ia akan mengembalikan kita kepada Allah.  Kalau perkara kedua, dibimbangi menjadi ‘istidraj’ .  Istidraj ialah nikmat yang dikurniakan Allah bertujuan menjauhkan manusia dari rahmat Ilahi.  Semakin bertambah nikmat, bertambah kekufurannya kepada Allah.  Na’uzubillah minzalik.

Lihatlah pula, para lelaki yang benar-benar memelihara hatinya untuk Allah SWT, para wanita atau wali kepada wanita berebut-rebut mengejarnya.  Bukan kerana handsomenya dia, bukan kerana kaya dan berjawatan tinggi atau berpengaruh dalam masyarakat tapi semata-mata kerana hati sejuk mendengar perihal akhlaknya. 

Masih ramaikah lelaki berkualiti sebegini pada hari ini?

Dewasa ini, ramai para suami berbangga apabila memperkenalkan isterinya sebagai seorang yang jelita, kaya, berjawatan dan bergaji tinggi.  Namun malu-malu dan segan bila isteri tidak secantik mana, hanya tinggal di rumah jaga anak-anak, bukan pula keturunan berpangkat dan kaya.

Nilai iman dan taqwa sudah jatuh ke ranking paling bawah kerana ia tidak akan menjadi topik perbualan utama.

Kita hampir lupa atau langsung tidak ingat siapakah tokoh penghulu wanita syurga?

Kaya atau miskin puteri kesayangan Rasulullah SAW? Apa kerjaya dia? Apa jawatan dia? Kalau pun ada berita menyifatkan Fatimah al-Zahra sebagai rupawan, berapa banyak hadis atau athar yang membesar-besarkan paras beliau berbanding kisah-kisah penyubur iman dan taqwa?

Cubalah tanya kepada para pemuda kita, apabila kita mahu padankan dengan mana-mana muslimah kita (atau dia cari sendiri), apakah soalan pertama yang terpacul dari lidahnya?
“ Comel ke? Putih ke hitam? Kerja apa?….”

Berapa kerat pemuda yang bertanya “Apakah si gadis seorang yang berakhlak mulia?”

“Apakah symptom iman muslimah tersebut? ”

“ Apakah si gadis pencinta kebenaran? Atau gigih mempertahankan maruah diri dan agamanya?”

Asas pembinaan Baitul Muslim di kalangan umat Islam akan menjadi penentu kualiti individu dan rumahtangga masyarakat Islam.

Ulasan ini berdasarkan cerita di atas.  Sekadar memanaskan semula pesanan Nabi SAW mengenai kriteria utama memilih pasangan. Bagi yang muslimah, harus difahami sebaliknya.

 

Pemuda dalam kisah di atas telah mendapat bonus di dunia hasil keikhlasannya; Sudahlah sang bunga cantik berkembang, berbau wangi (berakhlak mulia), berketurunan mulia dan berharta pula.

Wa la hawla wala quwwata illa billah al-‘aliyy al-azhim.

Moga Allah mengampunkan kelemahan kita, memberi kekuatan dan senantiasa memandu kita hingga selamat sampai ke destinasi abadi. Amin.

Ummu Abbas

8 Safar 1428H

15 thoughts on “Gadis Kaya Menyamar Miskin Untuk Dapat Suami Jujur

Add yours

  1. Alhamdulillah, kebijasanaan akal yang Tuhan berikan diguna sebaik mungkin oleh gadis ini. Di zaman moden yang serba canggih ini sukar benar rasanya untuk mencari pasangan hidup yang benar-benar jujur, boleh dikatakan kebanyakkannya melihat harta dan paras rupa, sebagai ukuran untuk mencintai dan dicintai.

    Tak salah juga memilih mereka yang ada rupa dan harta, cuma ditakuti nawaitu kerana Allah terlencung jauh.

    Wasalam…

    Benar bagai yang dikatakan. Fitrah manusia diraikan oleh Islam untuk melihat pada rupa, kedudukan dan harta namun biarlah agama yang menjadi nombor satu dalam ranking 4 perkara asas memilih pasangan hidup.


  2. Assalamualaikum semua,
    Terima kasih Ummu Abbas. Bertambah kuat rasanya semangat akak nak mendidik anak-anak menjadi yang terbaik di sisi Allah. Moga-moga berjaya.

    Wassalam

    Wa’alaikum salam Kak Nisha,

    Insya Allah… moga Allah membantu kita para ibu yang serba serbi lemah ini.

    Allah lah sebaik-baik murabbi.


  3. kenapa bertanya pada lelaki yang berkualiti, insan muslimah berkualiti masih wujudkah? tiada beza kaum muslimah dgn wanita-wanita bukan islam, kalau yang bertudung sama macam telanjang, bertudung tidak sampai ke maksud yang ditetapkan oleh syarak, ustazah-ustazah dalam tv terus berglamour, berpakaian cantik, mendedahkan aurat sambil memberikan syarahan agama. kalau yang menyampaikan ilmu pun macam tak ada ilmu macamana dengan pengikutnya/

    Ketegasan lelaki bernama bapa dan suami adalah penting untuk wanita-wanita dan ustazah-ustazah itu. Apa pun, setelah berusaha bertawakkallah kepada Allah.

    Terima kasih atas pandangan.

  4. tu namanya bulan jatuh ke riba…

    Ha a… betul juga kan… ‘bulan jatuh ke riba’. Satu peribahasa yang tepat. Terima kasih atas perkongsian.


  5. moga2 masih ada pemuda yg ‘jujur’ & ikhlas di luar sana….. yg dpt m’bimbing b’landaskan iman & taqwa… bukan nafsu semata…. sesungguhnya Allah jua lah yg Maha mengetahui apa yg t’baik utk hambanya…

    Insya Allah… pasti ada pemuda yang jujur. Hanya Allah yang mengenali mereka. Jadi mohon sahaja dari Allah suami yang jujur. Sebelumnya, berusaha menjadi jujur pada diri sendiri dan orang lain.


  6. apa yang anda fikirkan anda akan dapat.system telah ada sebelum adanya dunia ini.di dunia kitalah akan menentukan nya.tuhan tidak mengubah nasib hambanya.di sini ada yang lebih penting yang perlu kita lakukan……..kita masih ada masa untuk melakukannya………./?

  7. YANG JELAS BEKERJALAH DGN JUJUR DAN TEKUN SERTA BERDOA KPD YG MAHA ESA, APAPUN DINEGARA INI SELALU DIKAITKAN OLEH HAL2 YG BGNILAH BGTULAH….TIRULAH NEGARA MAJU YG DSANA SDH MENEMUKAN KUNCINYA YAKNI BEKERJA KERAS DGN JUJUR MAUPUN BOS KEK/ KARYAWAN KEK/KERYAWATI KEK/ PEMERINTAHAN KEK/ APARAT KEK APAPUN ITU LAKUKAN DGN KEJUJURAN DAN KETEKUNAN.

    TIADA SEORANGPUN BERUNTUNG DIDUNIA INI KRN SMUA SDH ADA KODRATNYA. INI SDH KODRATNYA ILAHI MRK DIPERTEMUKAN SEDEMIKIAN (KUCIPTAKAN MAHKLUK2KU TERDIRI DR YG BAIK DAN YG BURUK….MAKA BEKERJA YG JUJUR DAN TEKUN (DLM ARTI SHOLATPUN ITU BEKERJA , BEKERJA, BERUSAHAPUN TERMASUK BEKERJA YG LUAS ARTINYA) . LIAT/ DENGAR ORG YG DPT ENAK AJA LANGSUNG BGNI BGONO…

    iNTI KUNCINYA GLOBAL NASIONAL SADAR BETUL ARTI BEKERJA DLM KEJUJURAN DAN KETEKUNAN. LAKI YG DINAFKAHI ISTRI INI TDKLAH IDENTIK SUATU HAL YG BAGUS, KRN LAKI2 ADLH PEMIMPIN DAN WANITA TIANG COR2AN PONDASI UTAMA SUATU RUMTAG/ NEGARA. iNGATKAH KITA RAJA2 KAYA RAYA DR INDONESIA SKRG RATA2 TERBENAM SMUA DLM TANAH KRAJAANNYA LALU MANA HARTANYA..ENTAHLAH, SMUA SDH ADA PLAN DR ALLAH, KITA HANYA MENJALANI..1 DETIK KMDIAN TIADA YG TAHU APA YG AKAN TERJADI SETELAH MENERIMA WANITA KAYA TSB. ALLAHU AKBAR ITULAH KEKUASAANNYA. (INDAHNYA BERBAGI)

  8. SETAN BERJUALAN IRI,HASUD DAN TAK’ABUR….IRI ADANYA DIKALANGAN ORANG MISKIN,HASUD ADANYA DI KALANGAN ORANG SANTRI ATAU PELAJAR,TAK’ABUR ADANYA DI KALANGAN K;YAI,GURU,RAJA,PEJABAT DAN PENGUSAHA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: